Usrah

Usrah

Download on the App Store

Usrah episodes

  • #45 : Antara Ilmu & Algoritma: Belajar Agama Dari TikTok?!

    Dalam episod ini, sesi Quick Fire Questions berbicara tentang fenomena shortform content dan pentingnya memahami konteks penuh sesuatu isu — khususnya dalam hal agama. Dari perbincangan tentang hukum faraid, tugas doktor ketika solat, sehinggalah isu wali fasik dan aurat wanita bertawaf — semuanya disentuh dengan santai tetapi penuh ilmu.


    Melatonin Gummies — ⁠www.usrah.shop/moondrop

    31 min
  • #44: Sambut Halloween Untuk “FUN” Je… Tapi Boleh Ke?

    Sempena musim Halloween yang semakin diraikan secara meluas, kami tanya Ustaz, bolehkah umat Islam menyambut Halloween? Apa asal usul dan aspek keagamaan di sebalik sambutan ini, serta melihat sama ada ia boleh dianggap sekadar aktiviti hiburan atau bonding keluarga semata-mata. Kalau sekadar pergi haunted house pun tak boleh ke? Kita pun turut menyentuh peranan media dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap Halloween dan batasan yang perlu difahami dari sudut Islam.


    Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop

    22 min
  • #43: Quickfire Soalan Agama

    Sesi quick fire questions! 🔥 Ustaz jawab soalan-soalan spontan daripada pendengar macam, “Bulu kucing tu najis ke tak?”, “Boleh ke guna duit mak mertua?”, dan “Apa sebenarnya maksud di sebalik nama ‘Nur’?”. Betul ke Nabi Khidir masih hidup sampai sekarang? Macam mana nak beza antara ujian dan bala, dan adakah wajib untuk qada solat yang kita pernah tinggal? 


    Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop

    38 min
  • #42: Bila Travel semua "Halal" Pulak?!?!

    Kami kupas isu viral tentang penggunaan utensils non-Halal yang dikatakan bercampur dengan yang Halal di Satay By the Bay dan reaksi daripada masyarakat Melayu Muslim selepas video tu tular. Persoalannya, sejauh mana sebenarnya jaminan halal di Singapura, dan boleh ke sebenarnya kalau peralatan Halal dan non-Halal dicuci bersama? Kami juga sentuh tentang terma “was-was” dalam konteks Islam. Bila berhati-hati bertukar jadi keterlaluan dan kenapa bila melancong ke luar negara, ramai pula yang jadi lebih ‘relax’ dalam bab halal? 


    Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop

    Tonton Video Penuh di: ⁠www.youtube.com/@planbmediasg ⁠

    24 min
  • #41: Solat Sunat Sebelum Jumaat Itu Bidaah??

    Ramai masih keliru, boleh ke tak sebenarnya buat solat sunat sebelum Jumaat? Ada yang kata haram, ada pula kata sunat muakkad! Dalam episod ni, kami bongkar salah faham paling panas bila seorang pendengar tanya: “Saya dengar tiada solat sunat sebelum Jumaat kecuali Dhuha, tapi ramai buat lepas azan pertama, salah ke tu?” Ustaz Nuzhan jawab tanpa tapisan apa sebenarnya hukum, dan di mana letaknya sunnah dalam amalan ni?


    Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop

    20 min
  • #40: Puasa Bukan Sekadar Tahan Lapar

    Episod kali ini kita renung nikmat Allah yang sering kita lupakan kerana terlalu sibuk fikir masalah. Kita bincang makna sebenar puasa, bukan sekadar tahan makan minum, tapi menahan diri daripada perkara buruk, dan bagaimana ia mendidik taqwa. Kami juga kongsikan refleksi diri bila masuk umur 40, cara terbaik instill agama pada anak-anak, serta ingatan untuk buat sehabis baik dan selebihnya bertawakkal pada Allah.


    Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop

    58 min
  • #39: Move On Cepat, Kahwin Lagi: Normal Atau Bahaya?

    Kita menyelami persoalan yang sering timbul dalam kalangan masyarakat Melayu Islam tentang perkahwinan semula selepas bercerai. Kenapa ada yang nampak lebih mudah untuk move on dan terus berkahwin lagi? Kita bincang tentang tanggungjawab selepas perceraian, persediaan hati dan jiwa untuk perkahwinan baru, serta risiko bila niatnya hanya untuk menghalalkan hubungan. Kita juga sentuh isu anak tiri, bolehkah mereka menerima keadaan baru, bagaimana nak berlaku adil antara anak sendiri dan anak tiri, serta panduan Islam dalam mengharungi cabaran-cabaran ini.


    Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop

    33 min

About Usrah

From the publisher's feed

Ustaz Muhammad Nuzhan Abdul Halim adalah Pengurus Dakwah Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, seorang Naib Kadi ROMM, anggota majlis PERGAS, kaunselor jabatan Religious Rehabilitation Group (RRG) serta penerima Anugerah Asatizah Cemerlang. Beliau berkelulusan sarjana dalam tafsir Al-Quran, Universiti Al-Azhar.