
Sign up to save your podcasts
Or


Kita bincang tentang waktu yang paling mustajab untuk berdoa dan bagaimana doa boleh menjadi penguat hati dalam pelbagai keadaan. Ustaz juga kongsikan doa-doa yang sesuai untuk emosi dan situasi berbeza, dari doa ketika marah, doa saat sedih, doa untuk murahkan rezeki, sehinggalah doa bagi mereka yang sedang “senang” supaya tidak lalai dengan nikmat yang diberi.
Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Kami bincang tentang kepentingan tidur, cara kekal sabar walaupun diuji, dan kalimah sesuai diamalkan dalam pelbagai situasi, termasuk ganjaran besar yang dijanjikan untuk orang yang sabar. Kita juga bincang persoalan tentang khusyuk dalam solat, bagaimana nak elakkan gangguan fikiran dan memastikan hati serta minda hanya tertumpu pada Allah, di samping mengulangkaji rukun solat yang wajib dijaga.
Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Antara topik yang kita rungkaikan ialah doa-doa yang sesuai ketika sujud dan bagaimana cara berdoa dengan betul. Kita juga sentuh isu ibu bapa yang toxic, adakah masih ada pahala kalau kita turuti mereka, dan bagaimana pula dengan seorang ibu yang toxic, masihkah syurga terletak di bawah kakinya? Salah ke kalau anak-anak yang “melawan kembali” bila mental health mereka terjejas? Akhir sekali, kita kupas tentang apa itu rezeki yang berkat dan tanda-tanda keberkatan dalam rezeki seseorang.
Video Penuh di Youtube - https://youtu.be/JyxINq_K2yI
Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Kita bincang beberapa soalan dan isu hangat daripada pendengar. Betul ke kena azan pada empat penjuru rumah bila masuk rumah baru? Kita juga kupas fenomena film K-pop demon hunters, adakah ia menyesatkan? Selain itu, kita sentuh persoalan hukum beli blind box, halal atau haram? Dan akhir sekali, isu semasa tentang Kpod dan vape yang makin jadi perhatian.
Tonton Video Penuh di sini
Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Kami kupas pelbagai persoalan menarik, dari adakah kita akan bertemu semula dengan haiwan peliharaan di akhirat, maksud sebenar kejayaan bagi seorang Muslim, hingga syarat-syarat taubat yang sah. Kami juga bincang tentang kesahihan frasa “aku tak akan maafkan kau dunia akhirat”, hukum suami dengan penyewa perempuan atau isteri dengan penyewa lelaki tinggal berdua di rumah, serta isu ruqyah melalui TikTok Live dan tanda-tanda red flag seorang per-ruqyah.
Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Video Penuh di YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCv5oEdQ-nWVzbmQFbyCE9NA
Selepas membuat keputusan untuk meninggalkan Spotify, Usrah kini beralih sepenuhnya ke YouTube! Jangan lupa subscribe & teruskan menyokong kami di platform baru!
Tonton kami di YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCv5oEdQ-nWVzbmQFbyCE9NA
Kami ulas kiriman pendengar yang penuh emosi dan persoalan mendalam, daripada isteri yang tahu suaminya curang tapi tidak rasa sakit hati, persoalan adakah wanita yang meminta cerai tidak akan masuk syurga, hinggalah cara memujuk diri selepas hilang kepercayaan terhadap pasangan. Kami juga bincang bagaimana menghadapi hidup tanpa terlalu terkesan dengan manusia, serta mencari erti kebahagiaan sebenar walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.
Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Video penuh di YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCv5oEdQ-nWVzbmQFbyCE9NA
Kami kupas pelbagai persoalan menarik yang ditanya oleh para pendengar, daripada syarat-syarat sah nikah, hukum makan makanan yang diragui status halalnya, hinggalah isu minuman 0% alkohol dan hukum lelaki memakai jam yang mengandungi emas putih. Kami juga sentuh tentang hukum mendedahkan badan dalam dunia bina badan, ganjaran bagi mereka yang memelihara haiwan, serta persoalan berat seperti adakah berdosa jika tidak membantu Palestin dan mengapa banyak negara Islam seolah-olah tidak turun membantu.
Kami bincangkan teori konspirasi tentang figura Labubu, betul ke ia ada kaitan dengan demon seperti Pazuzu? Boleh ke kita simpan Labubu di rumah atau ada unsur yang meragukan? Kami juga sentuh isu melakar rupa syaitan, serta fenomena ajaran sesat moden seperti eHati dan gerakan “new age” yang makin menyesatkan dan menggugat akidah. Tak lupa juga, persoalan fiqah moden, boleh ke simpan sperma dalam sperm bank?
Kami merenung pemergian bekas Mufti Sheikh Syed Isa Semait dan sumbangan besar beliau kepada masyarakat Muslim di Singapura. Kami juga sambung menjawab soalan-soalan kiriman pendengar seperti hukum sunat untuk bayi perempuan, kepentingan taat kepada ibu bapa walaupun mereka mungkin dianggap “toxic” atau “jahat”, serta pandangan Islam tentang “silent treatment”. Selain itu, kami bincangkan tanggung jawab wajib seorang suami, isu menghadiri majlis perkahwinan civil dan sama ada itu menjadikan kita munafik, maksud sebenar munafik, dan persoalan sama ada semua yang masuk penjara itu jahat.
From the publisher's feed