Usrah

Usrah

Download on the App Store

Usrah episodes

  • #19: Fenomena dan Kontroversi Drama Bidaah

    Dalam episod kali ini, kami mengupas fenomena dan kontroversi di sebalik drama viral “Bidaah” yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Apa sebenarnya maksud bidaah dalam konteks agama? Apakah itu aib guru, dan sejauh mana kita boleh atau tidak boleh mempersoalkan seorang guru? Kami juga menyentuh persoalan tentang batas hormat terhadap guru, serta peranan dan tanggungjawab seorang Muslim dalam menghadapi pilihan raya – apakah erti undi sebagai amanah, dan bolehkah seseorang itu “buang undi” secara sengaja? Akhir sekali, kami berbincang tentang cara menjaga iman dan jati diri dalam era penuh cabaran dan trend yang berubah-ubah.

    1 hr 7 min
  • #18 Lindung Diri Dari Penyakit Ain

    Dalam episod kali ini di Usrah Podcast, kami membincangkan pelbagai topik penting dan relevan. Antaranya ialah hubungan antara adat dan budaya Melayu dalam Islam, sejauh mana ia selari atau bercanggah dengan ajaran agama. Kami juga kupas persoalan sama ada menyerupai kaum lain boleh menjejaskan akidah seorang Muslim. Selain itu, kami kongsikan cara sambutan Hari Raya di negeri-negeri lain serta sunnah-sunnah yang digalakkan semasa Eid.


    Topik penyakit ain turut disentuh. Apakah ia, bagaimana ia berlaku, dan cara melindungi diri. Kami juga bincangkan isu tarif dan al-maksu, serta pandangan Islam terhadap kutipan cukai. Akhir sekali, kami berikan kenyataan rasmi Usrah berkenaan isu melibatkan Calvin Cheng. Sebuah episod padat dengan ilmu, perspektif dan perbincangan terbuka.

    1 hr 18 min
  • #17 : Buat trend Tiktok semasa Raya, haram jugak ke?

    Dalam episod kali ini, sempena kehadiran bulan Syawal, kami berbincang tentang pelbagai topik menarik termasuk bagaimana untuk kekal istiqomah selepas Ramadan, adab-adab ketika beraya, serta isu hangat seperti trend TikTok Hari Raya — haram ke tidak bila buat? Kami juga sentuh tentang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak dan kupas pro dan kontra penggunaan ChatGPT.

    59 min
  • #16: Eidufitri - Cara takbir dan solat.

    Dalam episod kali ini, kami membincangkan segala-galanya tentang Eidulfitri—dari cara menentukan tarikh Hari Raya sehinggalah ke darjat solat sunat Aidilfitri. Bagaimana sebenarnya tarikh Hari Raya ditetapkan, dan apa itu konsep Imkanur Rukyah yang digunakan dalam penentuan hilal? Kami juga mengupas tentang takbir raya, bilakah waktu yang tepat untuk membacanya dan apakah maksud tersirat di sebalik takbir panjang yang sering kita dengar menjelang Syawal. Selain itu, kami turut membimbing anda melalui cara-cara solat Hari Raya dan memahami kepentingan serta darjatnya dalam ibadah seorang Muslim.


    💙 Sumbangkan kepada MTFA: https://visit.mtfa.org/usrah

    1 hr 15 min
  • #15: Malam Seribu Bulan

    Di penghujung Ramadhan, kami menyelami keistimewaan Malam Lailatul Qadar—malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Mengapa malam ini dirahsiakan? Apakah tanda-tandanya, dan bagaimana kita boleh mempersiapkan diri untuk Qiyam dengan sebaiknya?

    Selain itu, kami juga membincangkan tentang Malam Tujuh Likur, asal-usulnya, serta tradisi yang masih diamalkan hingga ke hari ini.



    💙 Sumbangkan kepada MTFA: https://visit.mtfa.org/usrah

    1 hr 12 min
  • #14: Gaduh Demi viral Jualan: Penipuan?

    Dalam episod kali ini, kami mengupas isu-isu hangat yang sering timbul ketika berniaga di bulan Ramadhan. Adakah penggunaan gimik dalam pemasaran dianggap sebagai satu bentuk penipuan? Apa hukum tadlis dalam perniagaan, dan sejauh mana kita boleh menaikkan harga tanpa melampaui batas?


    Selain itu, kami juga membincangkan tentang adab memberikan ulasan makanan—bagaimana cara yang betul untuk memberi maklum balas tanpa menjatuhkan perniagaan orang lain.

    1 hr 3 min
  • #13 : “Takpe, besok aku taubat”

    Dalam episod kali ini, kami menjawab pelbagai soalan daripada pendengar yang dihantar melalui Instagram. Antara persoalan yang dibincangkan: Bagaimana jika kita bekerja dan tidak dapat beribadah sepenuhnya di bulan Ramadan? Sejauh mana kemampuan ibadah setiap individu diambil kira? Adakah penganut Kristian dan Yahudi akan dibangkitkan sebagai Muslim kelak, dan mengapa mereka tidak menerima Nabi Muhammad? Selain itu, kami juga menyentuh isu gentle parenting vs traditional parenting, serta bagaimana untuk terus istiqomah walaupun doa masih belum dimakbulkan.


    💙 Sumbangkan kepada MTFA: https://visit.mtfa.org/usrah

    Qiyam bersama Usrah: https://forms.gle/pfyd2vJybivbB6Xt6


    1 hr 57 min
  • #12: Hak seorang anak tiri

    Dalam episod Usrah kali ini, kami kembali menjawab pelbagai soalan daripada pendengar yang dihantar melalui Instagram. Antara persoalan yang dibincangkan ialah sahkah solat Terawih jika dilakukan dengan tergesa-gesa, kelebihan solat berjemaah, hukum menghisap vape dalam Islam, serta bolehkah solat sunat lain menggantikan solat Terawih. Selain itu, kami juga membincangkan persoalan tentang kewajipan menanggung anak tiri.

    1 hr 9 min
  • #11: Hak Seorang Asatizah – Boleh ke hidup mewah?

    Dalam episod kali ini, kami membincangkan tentang hak dan kehidupan seorang asatizah. Adakah gaji mereka mencukupi? Patutkah seorang asatizah memiliki kereta mewah atau bercuti ke luar negara? Dan sejauh mana kemewahan di dunia seharusnya menjadi pertimbangan bagi mereka?

    Selain itu, kami juga menjawab beberapa soalan yang dihantar ke DM Instagram, termasuk kepentingan menjaga aib keluarga atau pasangan, signifikan sahur, serta niat puasa yang sebenar.



    💙 Sumbangkan kepada MTFA: https://visit.mtfa.org/usrah

    52 min
  • #10: Ibu Pendosa, Masih ada Syurga pada Ibu?

    Dalam episod kali ini, kami menjawab beberapa soalan daripada pendengar yang dihantar melalui Instagram, termasuk persoalan tentang adakah doa iftitah wajib dibaca dalam setiap solat Terawih dan Witir, serta kesahihan puasa bagi seseorang yang tidak menunaikan solat.


    Kami juga membincangkan cara untuk berhusnuzon dengan Allah dan bagaiman untuk sentiasa tenang, serta sejauh mana kebenaran bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

    1 hr 13 min

About Usrah

From the publisher's feed

Ustaz Muhammad Nuzhan Abdul Halim adalah Pengurus Dakwah Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, seorang Naib Kadi ROMM, anggota majlis PERGAS, kaunselor jabatan Religious Rehabilitation Group (RRG) serta penerima Anugerah Asatizah Cemerlang. Beliau berkelulusan sarjana dalam tafsir Al-Quran, Universiti Al-Azhar.