
Sign up to save your podcasts
Or


Kami menjawab soalan-soalan di Slido daripada pendengar seperti urutan solat qada Asar dan Maghrib ketika waktu Isyak, cara memberikan 100% harta pusaka kepada anak perempuan tanpa melalui faraid, hukum suami beronani kerana isteri kurang berminat demi menjaga rumah tangga, serta doa pertama yang sesuai selepas memeluk Islam. Kami juga membincangkan persoalan mengapa perlu berpegang pada satu mazhab sedangkan Rasulullah SAW hanya meninggalkan al-Quran dan sunnah, dan akhir sekali, keistimewaan hari Asyura yang penuh keberkatan.
Sempena tahun baru Hijrah ini, Usrah membawakan perbincangan yang padat dan reflektif, daripada doa akhir dan awal tahun, sembahyang sunat selepas nikah, hinggalah persoalan sama ada azan di liang lahad itu benar-benar sunnah atau tidak. Kami juga menyentuh tentang erti sebenar hijrah dalam konteks moden, membincangkan perang Iran-Israel serta keperluan menyaring kesahihan berita, dan mengulas isu hangat seperti penjualan “pahala” di Shopee – adakah ia sah di sisi agama?
Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas makna di sebalik lagu tema kami, lirik yang bukan sekadar sedap didengar, tapi juga mengangkat semangat dan jiwa. Kami juga ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai ibadah Qurban bersama Usrah tahun ini. Dalam sembang santai tapi bermakna ini, kita bincangkan juga tentang persepsi agama yang sering dianggap menakutkan, hakikatnya agama itu mendekat dan memeluk. Kita sentuh tentang taubat, bagaimana nak tahu jika ia diterima, serta isu mindset dalam rumahtangga: adakah lelaki wajib jadi pemberi sepenuhnya atau boleh 50/50?
Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas isu serius tentang trend TikTok yang mempermainkan neraka. Sekadar ikut trend, atau boleh membawa kepada murtad? Kami juga bincang tentang bagaimana wahyu qurban diturunkan kepada Nabi Ibrahim, dan beza antara mimpi seorang nabi dengan orang biasa. Selain itu, kami sentuh hakikat sebenar ibadah korban dan rahmat Allah yang tersembunyi di sebaliknya. Akhir sekali, kami kongsikan kenapa Hari Raya Aidiladha disambut lebih meriah di negeri Arab.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod Usrah kali ini, kami jawab pelbagai soalan menarik seperti isu pembantu rumah dan mahram, hukum melewatkan solat Isyak, cara bina keyakinan diri dan atasi cemas, serta konsep ukhuwah dalam Islam. Kami juga bincang isu khilaf insurans kesihatan, hukum forex trading, persoalan tentang kewujudan dinosaur, dan sama ada isteri berdosa jika menolak hubungan intim.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod Usrah kali ini, kami sambung sesi soal jawab daripada Slido dengan membincangkan soalan-soalan menarik seperti tips menjadi hafiz dan ahli Al-Quran, perbezaan menuntut ilmu di Yaman berorientasi tasawuf berbanding Madinah/Makkah, cara meraikan khilaf agar kekal sah dan harmoni, serta hukum isteri melaksanakan ibadah qurban bagi suami dan anak-anak termasuk persoalan qurban untuk orang lain.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod kali ini, kami buka ruang soalan melalui Slido dan jawab pelbagai persoalan agama yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini. Antara yang dibincangkan termasuk hukum vasectomy untuk family planning, pernikahan demi umah, taubat selepas zina, serta isu riba dan ganjaran kad kredit dalam Islam. Kami juga sentuh topik seperti ibadah qurban untuk arwah, badal haji, ketagihan pornografi, dan persoalan melibatkan muallaf yang perlu hadiri upacara pengebumian bukan Islam.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas keputusan pilihan raya terbaru di Singapura — termasuk rasa kehilangan terhadap Faisal Manap dan persoalan mengapa ramai kurang senang dengan menteri Melayu/Islam yang dilihat tidak benar-benar mewakili suara masyarakat. Kami bincangkan juga kepentingan menggunakan bahasa atau dialek yang tepat untuk menyentuh hati rakyat, serta bagaimana pemimpin Islam seharusnya tampil dan berkomunikasi dengan hikmah. Selain itu, kami sentuh isu viral pergaduhan antara ‘mat rep’ dan ‘ahbeng’, asal-usul istilah “mat rep”, dan kenapa ubat batuk boleh jatuh hukum haram dalam situasi tertentu.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod ini, kami kongsikan doa untuk membuat pilihan semasa mengundi, pandangan tentang pilihan raya Singapura, serta isu yang perlu diperbaiki dalam masyarakat Melayu-Muslim. Kami juga recap lawatan ke Surabaya untuk persiapan Qurban, doa-doa yang diterima termasuk dari Murshid, dan lawatan ke pusat tahfiz di sana. Akhir sekali, kami bincang cara menyampaikan takziah kepada yang bukan beragama Islam.
Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Dalam episod yang penuh emosi kali ini, Dzar dan Father Ismail berkongsi pengalaman menyentuh hati sepanjang lawatan mereka ke Bangladesh. Lawatan ini bertujuan untuk bertemu dengan pasukan tempatan serta penerima manfaat bagi ibadah qurban tahunan yang dijalankan. Sepanjang perjalanan, mereka menyaksikan sendiri keadaan hidup masyarakat di kawasan setinggan yang serba kekurangan, sekaligus membuka mata tentang nikmat dan rezeki yang sering kita terlepas pandang.
Episod ini juga menegaskan betapa pentingnya ibadah qurban dan harapan untuk menjalankan amanah ini sebaik mungkin, demi mereka yang memerlukan.
From the publisher's feed