VOCCAST
Download on the App Store

VOCCAST episodes

  • EP20 | Tanda-tanda Anak Kena BULI, Mak Ayah Kena Ambil Tahu Supaya Tidak Terlambat!

    Dalam episod kali ini, kami bersama Pakar Psikologi dari Jiwa Damai dan seorang mangsa buli (Muhd Fairuz) untuk membincangkan isu buli yang semakin berleluasa di Malaysia, baik di sekolah mahupun tempat kerja. Buli bukan sahaja memberi kesan fizikal, malah ia juga meninggalkan kesan mendalam kepada kesihatan mental mangsa.

    Kami akan menyelami jenis-jenis buli, punca utama buli, faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku, dan bagaimana ia memberi impak kepada individu yang terlibat. Selain itu, kita juga akan mengupas langkah-langkah pencegahan serta sokongan yang boleh diberikan kepada mangsa buli untuk membantu mereka pulih dan terus maju.

    Jangan lupa untuk menonton dan kongsikan supaya kesedaran tentang buli semakin meningkat, dan kita bersama-sama berusaha untuk menghapuskan budaya buli di Malaysia. Kepada anda yang menonton, anda tidak keseorangan.

    39 min
  • EP19 | Kisah Dato' Hattan Ditipu Penganjur

    Dalam episod kali ini, kami berpeluang untuk berborak santai dengan dua legenda muzik Malaysia, Dato' Hattan dan Hazama. Banyak kisah menarik yang dikongsi, termasuk pengalaman Dato' Hattan yang pernah ditipu oleh penganjur, serta bagaimana Hazama dengan beraninya menghantar mesej kepada M. Nasir untuk meminta lagu.


    Selain itu, mereka turut mendedahkan perancangan besar mereka untuk Konsert Hitam Manis yang bakal berlangsung tahun depan bersama Black. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan muzik mereka, cabaran yang dihadapi, serta bagaimana mereka terus memberi impak dalam industri muzik tanah air.

    50 min
  • EP18 | Melampau! Dah Buat Album, Radio Pula Banned Lagu KRU

    Dalam episod VOCCAST kali ini, kami berkesempatan untuk berbual secara eksklusif dengan Datuk Yusry Abdul Halim, salah seorang anggota kumpulan KRU yang terkenal. Baru-baru ini, Datuk Yusry dilantik sebagai juri untuk program TV, Calpis Soda One in a Million.


    Kami juga berbual tentang pengalaman Datuk Yusry, bagaimana beliau dan adik-beradiknya (Norman dan Edry) mencipta muzik yang memukau selama ini, serta perkembangan terkini kerjaya Datuk Yusry dalam bidang perfileman.


    #Vocket #VOCCAST #DatukYusryKRU #CalpisSodaOneInAMillion

    49 min
  • EP17 | Elak Miskin Pada Hari Tua

    Wawancara eksklusif bersama pakar kewangan ternama, Dr. Adam Zubir! Dalam episod kali ini, kami akan membahaskan tentang cara-cara membuat persediaan dalam kewangan sebelum mencapai usia persaraan.


    Mahu jadi jutawan? Atau setidaknya mempunyai kewangan yang sihat? Jom, dengarkan podcast kami! Beliau akan bongkar semua rahasia kewangan yang selama ini mungkin belum anda tahu.


    Untuk belajar lebih lagi ilmu kewangan bersama Dr. Adam Zubir, boleh layari laman sesawang https://absorich.com/voccast 

    1 hr 30 min
  • EP16 | Nak Kaya, Kena Muflis Dulu!

    Dalam episod kali ini, kami berkesempatan berborak bersama Fizo Omar!


    Daripada seorang pemain bola sepak hingga menjadi nama besar dalam industri seni, Fizo berkongsi perjalanan karier yang bermula daripada program Hero Remaja. Namun, perjalanan karier Fizo tidak sentiasa indah. Pada tahun 2011, beliau berhadapan dengan cabaran besar apabila diisytiharkan bankrap dengan hutang sebanyak 8 juta. Kami sempat membincangkan pengalaman pahitnya ketika menghadapi muflis dan bagaimana beliau bangkit semula.


    Jangan terlepas perbualan menarik ini untuk mendapatkan motivasi dan inspirasi dari Fizo! Jangan lupa untuk like, subscribe, dan tinggalkan komen!

    1 hr 16 min
  • EP15 | Dolla Jelaskan Sebab Sebenar Tak Pergi Wedding Syasya...

    Dalam episode podcast kali ini, kami sangat bersemangat dengan kedatangan tetamu istimewa, iaitu Dolla!


    Bersama Sabronzo, Tabby, dan Angel, kita akan membahas konsert terbaru mereka yang sangat dinantikan, "Re:birth," yang akan berlangsung di Zepp KL pada 3 Ogos ini.


    Tidak hanya itu, Dolla juga terbuka membicarakan isu-isu hangat yang sedang ramai diperbincangkan, termasuk cerita di balik kenapa Dolla tidak hadir ke perkahwinan Syasya.

    44 min
  • EP14 | Selongkar Kisah Silam SonaOne

    Dalam episod ini, kami berpeluang menemuramah SonaOne, seorang rapper terkenal dalam industri muzik. Bukan sahaja terkenal, malah lagunya bersama Joe Flizzow pernah memenangi juara di Anugerah Juara Lagu ke-29 dan naib juara di AJL 37.


    Kami cuba mengupas kisah permulaan perjalanan beliau dalam muzik dan bagaimana beliau mula mengenali Joe Flizzow. Dengar cerita, Joe banyak menolak lagu-lagu SonaOne pada mulanya.

    49 min
  • EP13 | Alyph Kongsi Pengalaman Buat Lagu Di Jakarta

    Dalam episod terbaru podcast kami, kami berpeluang duduk bersama dengan Alyph, rapper terkenal dari Singapura yang telah menggegar industri muzik tempatan. Kami mengupas kisah di sebalik lagu terbarunya, "Dari Jauh", yang menarik perhatian ramai. Alyph berkongsi pengalaman uniknya dalam proses merekod dan menghasilkan video muzik lagu tersebut di Jakarta.


    Dengarkan podcast kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman menarik Alyph ini!

    43 min
  • EP12 | Nak Beli Rumah, Jadilah Pembeli Bijak Supaya Tidak Merana Kemudian Hari!

    Hai semua! Kali ini kita akan berbincang tentang ilmu untuk membeli rumah bersama tetamu kita yang istimewa, Syauqi Atar, seorang agen properti yang berpengalaman. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah kediaman. Penting untuk menjadi pembeli yang bijak agar tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


    Tetamu kita, Syauqi Atar, akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat. Jangan lepaskan peluang ini! Saksikan podcast kami dan jadilah pembeli rumah yang bijak dan berinformasi.

    1 hr 5 min
  • EP11 | Cukai Pendapatan (Income Tax) Info Penting E-Filling Yang Terkini Untuk Tahun 2024

    VOCCAST kali ini kita akan berborak dan berkongsi tentang topik cukai pendapatan bersama tetamu kita, Azrul Izzaham. Mungkin korang kenali beliau dengan gelaran CEO Of Cukai di TikTok.

    Kalau nak tahu, kepada sesiapa yang belum pernah mendeklarasi atau membayar cukai, atas inisiatif LHDN anda boleh membuat pengakuan sukarela dan tidak akan dikenakan sebarang penalti kepada anda. Untuk mengetahui maklumat lanjut, mari kita tonton episod VOCCAST ini!

    49 min

About VOCCAST

From the publisher's feed

Pernahkah anda mengikuti VOCCAST? VOCCAST kini masuk musim yang ketiga dan kali ini berkolaborasi dengan Audio+. Banyak kupasan mengenai apa yang berlaku di sekeliling bersama barisan hos yang santai,…