
Sign up to save your podcasts
Or


Dalam sudut pandangan kewangan, perancangan gaji juga memainkan peranan yang sangat penting. Tak ramai orang boleh simpan duit gaji setiap bulan, ada yang tak berjaya kawal, seminggu lepas dapat gaji akaun bank dah kering. Dalam podcast ni kitorang kongsikan cara yang paling berkesan untuk simpan duit. Bak kata pepatah 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'!
Pada zaman yang penuh cabaran ini, ada yang gaji 5 angka pun tak ada langsung simpanan. Semuanya berbalik kepada disiplin kita sendiri. Ikuti podcast ini untuk dapatkan tips terbaik dari tetamu kita Nafisah Amran, pakar dalam pengurusan gaji.
Aznah Abas, the credit card enthusiast from TikTok is here!
Memang bahaya jika tidak memahami penggunaan kad kredit. Namun, jika anda memiliki pengetahuan yang mencukupi mengenai kad kredit. Ia memberi beberapa kelebihan dalam financial planning berbanding guna wang tunai atau kad debit.
Seringkali, masyarakat kita dihantui oleh risiko kad kredit dan bukan kebaikannya. Berminat untuk menjadi mahir dalam menggunakan kad kredit? Mari dengar podcast kami.
Scene bundle semakin mencanak, sampaikan barang-barang bundle pun ada yang harga macam barang mewah. Korang yang susah nak cari barang jackpot semasa menyelam tu, jom kita dengar perkongsian menarik daripada OG bundle yang kami jemput! Tapi memang mahal betul apa yang dorang berjaya collect.
Ada influencer yang tak post isu awareness P4lest1ne sampai kena kecam dan cyberbully. Adakah diorang lebih pentingkan periuk nasi sendiri atau tak ambil peduli tentang isu ini?
Jom ikuti Podcast ini dan cuba komen pendapat korang.
Korang rasa patut ke tak patut barang lokal harga mencecah sehingga ratusan ringgit? Nak orang support tapi letak harga yang buat orang tak boleh nak beli. Terpaling “untuk yang mampu”.
Tonton apa yang kami borak dan kongsi juga pendapat korang. Komen sikit apa brand lokal mahal yang korang pernah beli.
"Tahniah abang 125, kami semua di belakang abang"
"Abang 125 wira kita"
"Roadtax dia dah tamat tempoh sekali pun, budi bicara ada kan?"
"Kesiannya nak cari rezeki pastu motor kena sita"
Itulah antara kata-kata dan luahan netizen yang seolah-olah menyokong kesalahan melanggar undang-undang yang boleh membawa bala kepada orang lain.
Jadinya mana yang kita perlu lebihkan? Sifat empati dan simpati yang ada dalam diri, atau ikut saja peraturan yang boleh menyelamatkan diri.
Generasi Sandwich ni adalah ‘term’ yang diguna pakai oleh generasi sekarang. Cuma bezanya, isi sandwich selalunya sedap dan penuh nikmat, tapi kalau ‘generasi sandwich’ ni, intinya boleh jadi beban.
VOCCAST kali ini kami ‘bergaduh’ pasal generasi sandwich. Ada yang setuju, ada yang macam persoal kenapa perlu tambah beban.
VOCCAST kali ini membincangkan satu topik yang viral akibat seorang abang kereta kita, Poligami. Adakah perkara ini perlu diambil berat? Atau sekadar biarkan saja orang lain nak buat apa yang mereka nak buat. Untuk makluman, segala hujah dan komen yang diberikan oleh keempat-empat hos dalam video ini adalah pendapat peribadi mereka sendiri. Kalau ada yang tak puas hati, boleh komen di bawah. Atau lebih mudah, korang simpan aje komen korang dalam hati.
Hi guys, untuk video kali ini VOCCAST akan membincangkan tentang mobilegrapher yang buat job-job kahwin ni. Host kita pada episode kali ini ialah Ally Iskandar dan Intan Zulsyawani. Tetamu jemputan kita pulak ialah Shaiful Baker (Content Creator) dan Zulhelmey Isnin (Proffessional Wedding Photographer).
Korang kalau kahwin prefer yang mana, nak berjimat hire mobilegrapher atau nak spend lebih sikit hire yang professional? yelah kan gambar tu kenangan sampai hari tua.
VOCCAST kini masuk musim yang ketiga. Topik untuk episod pertama ini kami akan sembang dan bincang tentang perbezaan media dulu dan media sekarang. Untuk topik yang dipilih ini, kami menjemput Ally Iskandar, pengacara terkemuka di rancangan Malaysia Hari Ini. #Vocket #Voccast
From the publisher's feed