AP Voice

AP Voice

By Aiman AmriScienceSocial Sciences
Download on the App Store

AP Voice episodes

  • What is Hoarding Disorder - Radio Interview with IIUM fm

    Pernah dengar Hoarding Disorder? Penyakit mental seseorang yang tak dapat buang barang tak guna, sehingga bertimbun menjadi sampah di rumah dan memberi penyeksaan kepada ahli keluarga yang lain. Episod kali ini ialah rakaman ketika temuduga dalam radio IIUM fm, 19 Oktober 2018.

    37 min
  • 39. Introvert dan Ekstrovert, Siapa Yang Lebih Bagus?

    Selalu sangat kita dengar dan saksikan betapa bagus dan hebatnya ekstrovert dalam kalangan kawan-kawannya. Pandai bercakap, pandai yakinkan orang, pandai present dan macam-macam lagi. Sehingga golongan introvert selalu disuruh untuk berubah dan jadi lebih ekstrovert. Tetapi hakikatnya, siapa yang lebih bagus sebenarnya?

    6 min
  • 38. Kesihatan Mental vs Kecelaruan Mental, Apa Beza?

    "Saya ada isu kesihatan mental" dan "saya ada kecelaruan mental" ialah dua penyataan yang membawa maksud yang sangat berbeza! Bukan setakat ejaan, sebutan dan bilangan suku kata, malah definisi pun berbeza, walaupun bunyi hampir sama. Jom kali ini, kita kenalpasti apa perbezaan antara dua ini.

    6 min
  • 36. Self Care - Menjaga Hubungan Dengan Diri Sendiri

    Kita selalu dididik untuk jaga hubungan dengan orang lain, hormat orang tua, sayangi yang muda dan sebagainya. Tetapi pernah tak kita diajar untuk jaga hubungan dengan diri sendiri dan sayangi diri sendiri? Sedangkan, ini hubungan yang paling penting!

    6 min
  • 34. Self Care - Menyayangi Diri Sendiri

    Di saat orang sekeliling yang boleh menghampakan kita, satu-satunya individu yang takkan sesekali kecewakan kita ialah diri kita sendiri. Dengan menyayangi diri sendiri, membawa kepada penerimaan diri sendiri, sama ada baik atau pun tidak. Self-love, yang terhasil daripada self-care.

    6 min
  • 33. Pernafasan Dalam Anxiety Disorder

    "Kawal pernafasan!" Antara tip dan nasihat yang diberi kepada orang yang tengah berjuang dengan anxiety disorder. Tetapi, sejauh mana keberkesanannya? Macam mana pernafasan boleh bantu penyakit pula? Jom sama-sama kita kupas dan praktiskan! (episod kali ini ada praktikal)

    5 min
  • 32. Jenis-jenis Anxiety Disorder

    Rasa gelisah pun boleh jadi penyakit? Atau ini sekadar perasaan semata-mata? Episod kali ini akan terangkan maksud di sebalik Anxiety Disorder dan apa jenis-jenis yang ada. Bila dah tahu beza, baru kita boleh mula fahami pesakit itu dengan lebih mendalam.

    6 min

About AP Voice

From the publisher's feed

Kupasan topik psikologi yang menarik secara santai bersama Aiman Psikologi.