
Sign up to save your podcasts
Or


Betul kah agama merupakan salah satu faktor seseorang boleh ada masalah kecelaruan mental? Dan kalau ya, betul kah dengan agama juga seseorang itu boleh sembuh? Atau ada elemen lain juga? Episod kali ini, kita lihat perspektif spiritual pula dalam isu kesihatan mental.
Ada apa dengan bulan kesedaran itu? Penting sangat ke? Dan ada kesan ke kepada kesedaran pada manusia di dunia ini?
Macam-macam ilmu salah dan pseudopsikologi yang berkaitan dengan otak manusia yang biasa kita dengar. Episod kali ini, kita kupas satu-satu.
Tertinggal pula daripada episod sebelum ini, iaitu bahasa cinta yang ke-5. Apa itu? Jom kita dengar sama-sama dalam episod kali ini.
Cinta pun ada bahasa! Lain orang, lain bahasanya. Kenapa perlu tahu? Supaya apabila kita dah tahu bahasanya, barulah kita tahu bagaimana nak "curi hati" mereka! Hihihi..
Kecelaruan mental bukan sekadar apa yang kita "rasa" atau sekadar "dalam fikiran semata-mata", tetapi boleh beri kesan sehingga tahap biologi otak seseorang. Malah, elemen kepada emosi, tingkahlaku, pemikiran dan spiritual pun terkesan!
Bukan setakat ejaan dan bunyi saja berbeza, malah kondisinya juga berbeza! Tetapi, hanya sebab kedua-dua ini berbeza, bukan bermaksud kita cuma boleh dapat salah satu saja. Kajian menunjukkan apabila dah dapat satu, akan lebih tinggi kemungkinan untuk kita dapat yang satu lagi, kalau tak dapat rawatan secepat mungkin.
Tak semua orang tahu apa yang berlaku dalam sesi berdua-duaan bersama Psikologis Klinikal. Hanya yang pernah melalui saja yang mengetahuinya. Jom, episod kali ini memberi gambaran ringkas mengenai sesi tersebut.
Individu yang berjuang dengan isu kecelaruan mental biasanya ada jumlah tenaga tertentu saja. Episod kali ini akan menyentuh mengenai analogi The Spoon Theory ini, yang amat membantu kita untuk memahami apa yang mereka lalui.
Depression Anxiety Stress Scale ialah seperti termometer. Sekadar untuk kenalpasti suhu badan kita panas atau tidak. Jika panas, belum tentu ia satu diagnosis, tetapi sebagai indikator atau saringan saja! Diagnosis tetap perlu dibuat bersama pakar di hospital.
From the publisher's feed