
Sign up to save your podcasts
Or


Banyak ujian personaliti yang ada di luar sana, terutama yang boleh dibuat melalui internet. Tetapi, sejauh mana ketepatan ujian itu? Boleh percaya ke? Atau sekadar untuk seronok-seronok saja? Jom dengar, kupasan kali ini.
Bukan kebersihan gigi, badan dan rumah saja yang perlu dijaga. Kebersihan tidur atau sleep hygiene pun penting juga! Episod kali ini kita kupas satu persatu berkaitan sleep hygiene ini.
Konsep multitasking antara mitos terbesar dalam hal produktiviti seseorang. Sebenarnya tidak ada istilah bernama multitasking dan otak kita tak dicipta untuk multitask. Episod kali ini, kita lihat penjelasan psikologi di sebalik mitos ini.
Membaca buku itu nampak macam perkara besar dan susah untuk buat. Tetapi sebenarnya ada trik dan teknik yang kita boleh buat. Macam mana? Episod kali ini fokus kepada tip untuk habiskan baca sebuah buku.
Setiap daripada kita berbeza-beza. Lain orang, lain cara pemikirannya. Maka tak perlu kita membanding-bandingkan, sebaliknya terima saja perbezaan antara satu sama lain. Macam main catur, seronok tak kalau semua Queen? Memang cepat menang, tetapi bosan!
Usah jadi "yes, man" sepanjang masa. Kadang-kadang kita terlalu serba salah nak jaga perasaan orang lain, tetapi kita tak jaga perasaan diri sendiri. Ada masa, kita perlu fokus diri sendiri dan katakan tidak!
Ketagihan yang benar dan perlu bantuan yang benar. Isu ini memberi kesan kepada ramai individu, baik lelaki atau perempuan, baik muda atau berusia. Episod kali ini, fokus kepada langkah-langkah praktikal untuk bebas daripada ketagihan tersebut.
Bila nak buat kerja ini? Esoklah. Bila nak selesaikan tugas itu? Malam nanti lah... Kenapa sesetengah orang suka menangguh ya? Malah, kerana nak tangguhkan kerja penting, sanggup buat hal lain dulu yang memerlukan tenaga juga (contohnya, sapu rumah), semata-mata tak nak buat kerja yang sepatutnya kena buat itu! Episod kali ini, kita kaji bersama mengenai penangguhan dan bagaimana nak elakkan.
Bayangkan anda nak keluar makan dengan kawan-kawan, semua dah masuk kereta, kemudian yang tukang drive pun tanya, "Kita nak makan mana malam ni?" dan persoalan itu tak terjawab selama 1 jam, haha. Episod kali ini, kita kaji sedikit, kenapa terjadi situasi sebegitu.
"Kajian Psikologi membuktikan bahawa bla bla bla..." Biasa dengar kan? Selalu baca di media sosial orang kongsikan. Tetapi, boleh percaya ke? Episod kali ini, kita dalami lebih lanjut mengenai "kajian" sebegini.
From the publisher's feed