
Sign up to save your podcasts
Or


Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta sejarawan dan Pensyarah Kanan USM, Profesor Madya Dr. Azmi Ariffin, mengupas mengapa sejarah Malaysia masih terikat dengan tafsiran kolonial, persoalan di sebalik Perjanjian Pangkor dan penjajahan British di Perak, serta keperluan menilai semula sejarah berasaskan bukti tanpa sekadar mengagungkan tokoh dan naratif tempatan.
#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #AzmiAriffin #SejarahMalaysia #SejarahMelayu #PerjanjianPangkor #SejarahKolonial #British #Melaka #HangTuah #Historiografi #Malaysia
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam dan pimpinan PAS Selangor, Dr. Yusfarizal Yussoff, mengupas perbezaan antara tanah leluhur dan tanah kewarganegaraan, kontroversi kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tentang Tanah Melayu, serta persoalan lebih besar tentang identiti, sejarah dan politik Melayu dalam masyarakat majmuk.
#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #DrYusfarizalYussoff #PAS #DSMuhammadSanusi #TanahMelayu #PolitikMalaysia #PolitikMelayu #PenyatuanUmmah #IdentitiMalaysia #Malaysia
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Dr. Yusfarizal Yussoff. Mereka membincangkan mengenai hala tuju penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO, masa depan politik Melayu selepas PRN, serta polemik “Tanah Melayu” dan identiti negara dalam landskap politik semasa.
#Khabarnya #Season2 #DrYusfarizalYussoff #PAS #UMNO #PenyatuanUmmah #PolitikMalaysia #PRN #Melayu #TanahMelayu #Malaysia
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Amira Aisya Abdul Aziz, mengulas prestasi MUDA dalam PRN, kebimbangan terhadap normalisasi kleptokrasi dalam politik Malaysia, serta mengapa pembangkang dan parti-parti kecil perlu bersatu bagi menawarkan alternatif yang lebih diyakini rakyat.
#Khabarnya #Season2 #AmiraAisya #MUDA #PRN #PRU16 #Kleptokrasi #PolitikMalaysia #Demokrasi #Pembangkang #SemakImbang #Malaysia
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Dr. Haim Hilman Abdullah, mengupas penahanannya susulan kenyataan tentang kemasukan ke universiti awam, isu saluran terbuka yang didakwa mengecilkan peluang pelajar tempatan, serta kegagalan pendidikan tinggi menyelaraskan program dengan keperluan industri dan pasaran kerja.
#Khabarnya #Season2 #HaimHilman #PolitikMalaysia #PendidikanTinggi #UniversitiAwam #SaluranTerbuka #UPU #PelajarTempatan #Graduan #Malaysia
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Kedah, membincangkan perubahan wajah PAS melalui kemunculan golongan profesional dan teknokrat dalam parti serta pendekatan terhadap masyarakat berbilang kaum.
#Khabarnya #Season2
#DrHaimHilman
#PAS #PerikatanNasional
#Kedah #PolitikMalaysia
#Teknokrat #Pentadbiran
#Perpaduan #Malaysia
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Rashifah Aljunied, calon MUDA bagi Puteri Wangsa, berkongsi perjalanan daripada seorang aktivis kepada calon pilihan raya, cabaran membawa suara rakyat, serta realiti bekerja di sebalik tabir seorang wakil rakyat.#Khabarnya #Season2
#RashifahAljunied
#MUDA#PuteriWangsa
#PRNJohor#PolitikMalaysia
#AnakMuda#KosSaraHidup
#PerubahanIklim#Johor
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Amira Aisya Abdul Aziz, Presiden MUDA dan ADUN Puteri Wangsa, membincangkan hala tuju politik Johor menjelang pilihan raya negeri, cabaran menjadi pembangkang, serta kedudukan parti-parti politik dalam landskap baharu Malaysia.
#Khabarnya #Season2#AmiraAisya#MUDA#Johor#PRNJohor#PolitikMalaysia#KosSaraHidup#PusatData#AnakMuda#Malaysia
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam Rafique Rashid, membincangkan perkembangan terkini melibatkan Yusoff Rawther, permohonan suaka di United Kingdom, serta implikasinya terhadap prosiding mahkamah yang masih berjalan di Malaysia.
#Khabarnya #Season2#RafiqueRashid#YusoffRawther#PolitikMalaysia#Mahkamah#SuakaPolitik#HakAsasi#Malaysia #UnitedKingdom
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, membincangkan isu Unified Examination Certificate (UEC) dan kedudukannya dalam sistem pendidikan negara.
Episod ini menyentuh persoalan pengiktirafan UEC, kedudukan Bahasa Melayu sebagai asas jati diri negara, serta cabaran pembinaan negara apabila wujud laluan pendidikan yang bergerak di luar sistem kebangsaan.
#Khabarnya #Season2#ProfTeoKokSeong#UEC #DongZong#PolitikMalaysia #PendidikanMalaysia#BahasaMelayu #SistemPendidikanKebangsaan#IdentitiNasional #PerpaduanMalaysia
From the publisher's feed

4 Listeners

1 Listeners

1,987 Listeners

652 Listeners

1 Listeners

196 Listeners

16,169 Listeners

10,810 Listeners

3,136 Listeners

301 Listeners

1 Listeners