No Tapis
Download on the App Store

No Tapis episodes

  • Orang muda lebih berani beli rumah privet, tapi harus ikut kemampuan

    enerasi muda Melayu kini lebih yakin membeli rumah privet, malah ada yang terus membelinya sebagai rumah pertama mereka.

    Dalam episod BHerbual ini, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif PropNex, Encik  Ismail Gafoor, antara lain kongsi bagaimana sikap masyarakat Melayu telah berubah dari segi pemilikan hartanah dan mengapa penting untuk rancang kewangan dari awal.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    15 min
  • Kisah jatuh bangun Ismail Gafoor 25 tahun bersama PropNex

    Daripada rumah sewa di Lengkok Bahru kepada memimpin agensi hartanah terbesar di Singapura.

    Dalam episod BHerbual ini, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif PropNex, Encik  Ismail Gafoor, berkongsi kisahnya menerajui PropNex - bermula sebagai agensi kecil, berdepan perpisahan mengejut dengan rakan kongsi, hingga tersenarai dalam Bursa Singapura (SGX) dengan lebih 13,000 ejen hari ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    10 min
  • Di sebalik topeng, ada cerita…

    Bukan sekadar ‘menari suka-suka’ — dua anak muda dari Singapura, Megan Lee dan Tyara Cynta Puteri Noor Azhar, sanggup ke Indonesia untuk belajar tari topeng, seni tarian purba yang kaya dengan cerita rakyat dan unsur teater. Mereka adalah dua daripada empat individu yang terlibat dalam residensi inisiatif yang dikendalikan Yayasan Warisan Melayu (MHF), di bawah Program Pensijilan Seni (ACP) dengan kerjasama Universiti Negeri Malang, Indonesia.

    Bersama Cik Rilla Melati Bahri, Pengurus Besar MHF, NoTapis kali ini mengupas tarian nusantara ini dan belajar bagaimana penggiat-penggiat seni ini dapat terus melestarikan seni nusantara.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    39 min
  • Brigedier-Jeneral Melayu kedua dalam sejarah SAF…BG Fairoz Hassan

    Beliau memimpin ribuan tentera dan mengukir sejarah sebagai Brigedier Jeneral (BG) Melayu kedua dalam sejarah SAF. Tapi tak ramai tahu yang BG Fairoz Hassan ini merupakan seorang ‘introvert’ yang lemah lembut dalam pertuturannya. Beza ke BG Fairoz bila di rumah dan di tempat kerja? Bila beri arahan kepada pasukannya pun lemah lembut juga ke?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    42 min
  • Mencari Pelangi - Barah bukan hukuman mati

    Hingga kini masih ada lagi yang menganggap penyakit barah ini seperti “hukuman mati”? Ada juga yang masih percaya barah penyakit berjangkit?

    Dalam episod ini, kami berbual bersama Dr Hj Yusof Ismail dari AIN Society yang berkongsi kisah pesakit barah, penjaga dan perjuangan mereka.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    49 min
  • Orang Melayu tak pandai bisnes?

    Naratif ‘orang Melayu tak pandai bisnes’- ada kebenarannya ke? Dalam NoTapis BHerbual kali ini, kami minta Presiden DPPMS, Abdul Malik Hassan, ‘unpack’ tanggapan ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    16 min
  • Bukan hanya wakil masyarakat Melayu

    Pemegang jawatan politik Melayu/Islam dalam pasukan baru PM Wong perlu membuktikan mereka mampu mengimbangi kepentingan masyarakat dan negara.

    Dalam podcast ini Editor Berita Berita Harian, Encik Nazri Hadi Saparin bersama Profesor Madya di Sekolah Sains Kemasyarakatan, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Walid Jumblatt dan Pengarah Urusan Crescent Law Chambers LLC, Encik Ahmad Nizam Abbas mengulas tentang pengumuman cabinet baru Singapura.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    24 min
  • Pelantikan Dr Faishal, tanda PM Wong dengar rintihan masyarakat Melayu

    Pelantikannya disambut baik masyarakat. Namun, apakahi ciri-ciri kepimpinan lain yang dimiliki Dr Faishal Ibrahim yang dapat membantu beliau dalam peranan barunya sebagai pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam?

    Dalam podcast ini Editor Berita Berita Harian, Encik Nazri Hadi Saparin bersama Profesor Madya di Sekolah Sains Kemasyarakatan, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Walid Jumblatt dan Pengarah Urusan Crescent Law Chambers LLC, Encik Ahmad Nizam Abbas mengulas tentang pengumuman cabinet baru Singapura.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    23 min

About No Tapis

From the publisher's feed

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

More shows like No Tapis

TTYL: Talk To You Later by Folklore Studio

TTYL: Talk To You Later

5 Listeners