
Sign up to save your podcasts
Or


Dalam ucapan NDR 2025 beliau, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menarik perhatian tentang Semangat Singapura dan menyeru warga membangunkan masyarakat yang mengutamakan ‘kita’ sebelum ‘saya’. Memang bukan mudah kerana lumrah manusia adalah untuk mementingkan diri sendiri dan mempertahan apa yang mereka miliki, namun menyemarakkan Semangat Singapura ini bukan hanya penting tapi perlu sedang Singapura mengemudi dunia yang semakin tidak menentu dan bergelora.
Pakar perubatan geriatrik, Dr Nur Farhan Alami dan Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
1 daripada 4 warga Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas menjelang 2030. Namun ini bukan isu yang harus ditangani golongan warga emas sahaja. Orang muda juga perlu memahami isu ini dengan mendalam dan peranan penting yang mereka boleh mainkan sedang Singapura menuju status ‘super-aged society’ atau masyarakat lebih menua.
Pakar perubatan geriatrik, Dr Nur Farhan Alami dan Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Baru sahaja meraikan kemenangan bersejarah apabila Singapura menewaskan Pahang 4-0 di perlawanan akhir Piala Malaysia 1994, nama Abbas Saad terpalit dengan kontroversi rasuah pula.
Kini pada usia 58 tahun, legenda bola sepak Singapura itu berkongsi tentang antara detik terendah dalam kerjaya bola sepaknya yang menghancurkan satu impiannya. Beliau juga berkongsi tentang hubungan rapatnya bersama legenda bola sepak negara lain seperti Fandi Ahmad, Malek Awab dan V. Sundramoorthy serta harapannya untuk kembali menyumbang di Singapura dalam episod kedua (segmen 2 daripada 2) podcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Membesar di Lebanon ketika negara itu dilanda perang, kemudian berpindah ke Australia bersama keluarganya sebelum bakatnya dikesan untuk menyertai pasukan Singa, legenda bola sepak Singapura, Abbas Saad yang pernah diberi julukan ‘David Beckham’ dan ‘Eric Cantona’ Singapura ceritakan kisah perjalanan kerjayanya dalam bola sepak, dalam episod kedua (segmen 1 daripada 2) podcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pekerja gig Encik Afiq Zayany Zainin, ‘viral’ baru-baru ini kerana dilaporkan tinggal di villa di JB Malaysia yang bernilai RM1.4 juta Ada yang tertanya-tanya betul ke ni?
Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Afiq menjelaskan realiti sebenar sebagai pekerja gig di Singapura yang tinggal di Malaysia. Daripada pendapatan harian sebagai penghantar makanan, gaya hidup ‘mewah’ yang beliau mengalami serta mengapa anda mungkin tidak mahu mengikut jejaknya.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sistem Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) Singapura adil dan efisien daripada perspektif ekonomi, namun adakah sistem ini bersifat empati kepada mereka yang benar-benar memerlukannya seperti keluarga dengan ranak berkeperluan khas dan mempunyai warga emas.
Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Kewangan serta Perdagangan dan Perusahaan bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Harga naik? Pekerjaan terjejas? Tarif AS mungkin memberi kesan kepada kita di Singapura. Encik Saktiandi Supaat kupas apa yang perlu kita tahu, dan bagaimana bersedia.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod pertama (segmen 1 daripada 2) NoTapis Kaki Bola, Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein mengundang legenda liga profesional setempat, Yazid Yasin, dan jurulatih berpengalaman, Akbar Nawas, untuk membincangkan isu hangat bola sepak tempatan dan berkongsi pengalaman dari era Liga S pada 1990-an.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod pertama (segmen 2 daripada 2) NoTapis Kaki Bola ini, Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein berbincang dengan legenda liga profesional setempat, Yazid Yasin, dan jurulatih berpengalaman, Akbar Nawas, tentang hala tuju bola sepak Singapura, pembangunan pemain muda dan masa depan mereka serta apakah kesannya Young Lions tidak disertakan dalam pemilihan awal kontinjen atlet yang akan wakili Singapura di Sukan SEA 2025.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod khas NoTapis Personaliti kali ini, mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, berkongsi hidup selepas persaraan, cabaran sebagai i presiden wanita pertama Singapura, dan prinsip yang membentuk dirinya. Dari cerita tentang rumah HDB Yishun yang menjadi “obsession” rakyat, gaya tudung yang konsisten, hingga keputusan sukar untuk menyahut cabaran menjadi presiden Singapura. Puan Halimah mendedahkan kisah peribadi (dan juga beberapa rahsia) yang tak pernah didedahkan sebelum ini. Beliau juga menyentuh isu-isu yang dekat di hati seperti hak wanita, kesihatan mental, dan perspektifnya berkaitan isu konflik Israel-Palestin.
Sebagai nenek manjakan cucunya, Halimah kini menikmati kebebasan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga namun pada masa yang sama terus berkhidmat untuk masyarakat.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners