
Sign up to save your podcasts
Or


Dalam masyarakat yang semakin pelbagai, pendapat yang berbeza adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun kalau dibincangkan secara terbuka di media sosial tanpa konteks, perbahasan ini boleh menyebabkan masyarakat berpecah belah.
Apakah adab yang harus diamalkan dalam wacana masyarakat?
Mantan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, bincangkan dalam episod podcast BHerbual kali ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Isu radikalisasi dalam kalangan belia kini lebih rumit berbanding sebelum ini, dengan melibatkan pelbagai ideologi yang disebarkan melalui media sosial.
Dalam episod podcast BHerbual kali ini, mantan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan mengupas punca di sebalik isu ini serta pengaruh media digital, yang kadangkala di luar kawalan ibu bapa.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Selepas hampir tiga dekad berbakti di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan memainkan pelbagai peranan, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, 59 tahun, melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Mufti pada 31 Julai 2025.
Dalam episod podcast BHerbual kali ini, beliau ceritakan antara kenangannya di Muis termasuk pencapaian, cabaran dan harapannya bagi masyarakat Islam Singapura.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Skuad wanita LCS tekankan – tanpa sokongan peminat, liputan media & penaja, bola sepak wanita Singapura susah nak melangkah jauh.Jom beri mereka ‘spotlight’
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Lion City Sailors wanita kini berlabuh di Liga Juara-Juara Wanita Asia.
Misi mereka? Angkat martabat bola sepak wanita Singapura sampai ke puncak tertinggi!
Saksikan perjalanan mereka di sini
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Selepas hampir 40 tahun berkhidmat di SMRT, Encik Hamzah Suria akhirnya memilih untuk bersara. Tetapi persoalannya sama seperti ramai warga emas lain: cukupkah duit untuk hari tua?
Dalam episod ini, kami bersama pengurus kanan estet HDB Cik Nurul Nadirah Khalid, yang menjelaskan bagaimana Skim Beli Pajakan Balik (LBS) boleh membantu warga emas menambah pendapatan persaraan untuk hari tua nanti.
Dari salah faham rakan-rakan di kedai kopi, hingga manfaat sebenar yang memberikan ketenangan minda, episod ini membuka mata tentang bagaimana LBS dan skim lain yang ditawarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh mengubah cara kita merancang persaraan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Apakah peranan Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) dalam Parlimen? Podcast BHerbual bersama Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah kali ini antara lain membincangkan peranan mereka yang termasuk menawarkan alternatif, kritikan dan cadangan terhadap dasar yang dibentangkan di Parlimen.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Perlukah Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) bersikap lebih berani di Parlimen? Dengan 12 AP WP dan populariti yang semakin meningkat, Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah berpendapat mungkin sudah tiba masanya untuk mereka lebih lantang bersuara.
Episod podcast BHerbual kali ini antara lain membincangkan peranan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, dan AP WP Melayu baru dalam mengetengahkan isu-isu yang penting di Parlimen.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Parlimen ke-15 menampilkan Anggota Parlimen daripada dua parti iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) berbanding tiga parti - PAP, WP dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) - sebelum ini.
Bersama Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah, episod podcast BHerbual kali ini membincangkan cabaran dan keperluan bagi perbahasan yang lebih inklusif dalam landskap politik sekarang serta peranan penting yang perlu dimainkan setiap Anggota Parlimen untuk memastikan suara rakyat didengar.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Apa sanggup anda lakukan demi keluarga?
✨ Dalam episod khas Bulan Kebapaan ini, kami bawakan dua kisah pengorbanan luar biasa seorang ayah.
🏆 Encik Suyasman Yadoni, pemenang Anugerah Bapa Cemerlang 2025 oleh Bapa Sepanjang Hayat (BSH), sanggup meninggalkan kerjaya selama lebih 30 tahun demi menjaga isterinya yang terlantar di hospital hampir empat bulan, sambil terus menjadi tunjang keluarga.
💙 Encik Mohamed Hussain Adam Shah, finalis Anugerah Bapa Cemerlang, pula berjuang mendampingi isterinya yang bergelut dengan kemurungan, sambil memikul tanggungjawab besar sebagai ayah.
Kisah mereka bukan sahaja menyentuh hati, tetapi juga membuka mata tentang erti kasih sayang, ketabahan dan tanggungjawab seorang lelaki sejati.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners