
Sign up to save your podcasts
Or


Siapakah tokoh masyarakat Melayu dan mengapa mereka masih penting?
Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha Mustafa sembang bersama sahabat sastera Majlis Bahasa dan Sastera Melayu Singapura (MBMS), Cik Miranti Silasudjana serta Timbalan Pengarah dan Pustakawan Utama (Bahasa Melayu) NLB, Cik Zubaidah Mohsen tentang bagaimana tokoh masyarakat Melayu membentuk sejarah, nilai dan identiti kita serta usaha bangunkan Tokoh Melayu Singapura.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Di sebalik setiap pinggan nasi, nugget $1 dan ikan pari $2.60, tersimpan kisah yang jarang kita dengar — kisah peniaga kantin sekolah yang setiap hari memastikan pelajar makan dengan harga mampu milik.
Dalam episod NoTapis ini, Cik Siti Raudha Md Nor dan Encik Wan Hasnirauuf Hassan berkongsi pengalaman mereka berniaga di kantin sekolah. Mereka berkongsi cabaran yang mereka hadapi serta salah tanggapan orang ramai tentang kerja mereka.
Pada masa yang sama, mereka berdepan ketidakpastian tentang masa depan mereka, dengan beberapa sekolah kini bakal beralih kepada model katering pusat mulai 2026 — satu perubahan yang mungkin menamatkan kewujudan peniaga tradisional di sekolah. Jadi kita dengarkan apa ‘Aunty’ dan ‘Uncle’ kantin sekolah katakan…..
See omnystudio.com/listener for privacy information.
“Kenapa, tak boleh urus sendiri ke?”
“Selesa ke ada orang luar tinggal dalam rumah?”
Mungkin ini antara komen yang ditujukan kepada ibu-ibu yang mengambil khidmat ‘confinement nanny’ - atau penjaga semasa tempoh berpantang. Dulu biasanya mak atau mak mertua yang jaga, tapi kini orang luar yang jaga?
Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Nurulshafiqa Subadi, seorang ibu muda ceritakan pengalaman sebenar selepas melahirkan anak pertamanya. Pengasas Beyond Bibik, Cik Yunisha Phillip dan Pengasas Ratu Confinement, Cik Nurindah Zafirah Sarman pula berkongsi manfaat khidmat penjaga berpantang bagi ibu yang baru saja bersalin.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Apa yang buat perniagaan warisan begitu istimewa — dan mengapa penting untuk kita pertahankan?
Dalam episod khas NoTapis ini, kita berbual bersama dua ikon Kampong Glam, Encik Hafeez Abdul Hamid daripada Halijah Travel, agensi Haji dan Umrah yang bermula sejak 1981, dan Encik Hasmi Zin & Puan Zubaidah daripada Rumah Makan Minang, restoran Padang yang menjadi legenda di Arab Street.
Mereka berkongsi kisah perjuangan keluarga, cabaran mengekalkan tradisi dalam dunia moden, dan harapan untuk generasi seterusnya.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bagi Siti (bukan nama sebenar), membesar dengan ayah yang dipenjara kerana dadah bukan perkara mudah. Beliau akui segan bercerita tentang ayahnya kepada teman-teman, takut akan pandangan orang lain. Bantuan dari Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) mengubah hidup beliau dan adik beradiknya, bukan hanya dari segi kewangan tapi juga dari segi sokongan moral dan mental.
Dari bantuan kecil hingga sokongan emosi dan mentor, HGEF bantu Siti bina semula keyakinan diri dan kini dia mahu bantu orang lain pula. Dalam episod NoTapis kali ini, Siti dan Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun berkongsi bagaimana pertubuhan ini bukan sekadar memberi wang, tapi harapan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bayangkan — baru bertunang, tunang disahkan leukemia.
Enam bulan berulang-alik ke hospital, tapi di tengah dugaan itu, lahirlah impian baru. Daripada seorang guru kepada cef pastri, Cik Insyirah Abdullah kongsi kisah berani meninggalkan kerjaya stabil demi kejar minat dan membina semula hidup dengan semangat.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
****Amaran kandungan sensitif:
Video ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan seksual dan tekanan emosi. Penonton dinasihatkan untuk menonton dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau talian bantuan.
Beliau didera secara seksual oleh bapa tirinya sejak berusia 9 tahun hingga lah usianya 14 tahun. Cik Danyya Ateera berkongsi bagaimana beliau mula sedar bahawa apa yang dialaminya sejak kecil satu perkara yang salah hanya semasa kelas pendidikan seksual di sekolah.
Bersama Encik Amir Mirza Johari, Pegawai Perlindungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) beliau menjelaskan bagaimana orang awam dapat memainkan dalam masyarakat untuk mengenali tanda-tanda penderaan dan menyelamatkan nyawa orang.
Jika perlukan bantuan: National Anti-Violence & Sexual Harassment Helpline (NAVH) 1800-777-0000.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bila beliau nyanyi, Simon Cowell - dari America’s Got Talent - berdiri dan terus ke pentas dan beritahu beliau “you are one of the best singers that we ever had on this show”.
Hari ini, penyanyi Indonesia, Putri Ariani sudah mencipta sejarah dan menjadi salah seorang penyanyi terkenal di dunia. Kini, remaja 19 tahun itu bersedia memenuhi impiannya yang lain — beraksi di pentas F1 Singapura, sebuah doa yang kini menjadi nyata.
Dalam podcast NoTapis ini, Putri berkongsi bagaimana momen AGT yang mengubah hidup serta peranan muzik sebagai suara jiwanya. Dengan sokongan keluarga, cinta dan peminat, Putri membuktikan bahawa “penglihatan” sebenar lahir daripada keberanian, harapan dan impian tanpa sempadan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bayangkan umur 16 tahun sudah kena tanya: “Ready main untuk negara?”
Dia bukan saja kapten pasukan Singa, tapi Captain Fantastic untuk semua…sehinggakan TMJ lantiknya kapten JDT!
Kini Hariss Harun ‘luaskan kuasanya’ dengan berjinak-jinak sebagai pentadbir bola sepak SG!
Ikuti Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein sembang bersama Hariss dalam episod ketujuh (segmen 1 daripada 2) vodcast Kaki Bola ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pernah dibuli, tinggal di rumah perlindungan dan bergelut dengan kemurungan—hari ini Muhamad Imran Mean, Pengasas, IM Volunteer Network SG mempunyai lebih 400 relawan di Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Dari agih buah ketika COVID-19 hingga melatih belia melalui bisnes dim sum halal, Imran membina ekosistem “Run by youth, for youth”. Dengarkan bagaimana trauma berubah menjadi tujuan—serta 3 prinsipnya: belajar sepanjang hayat, jangan putus asa, dan kuasa membina rangkaian
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners