
Sign up to save your podcasts
Or


Hos NoTapis Natasha Mustafa ‘keluar sekejap’ dari studio untuk tukar angin kali ini.
Dalam episod ini, kami bincangkan tentang seniman kita di Singapura, boleh cari makan ke?
Adakah kerjaya sebagai seniman ini masih dianggap “bukan kerja betul” atau sebenarnya masyarakat yang masih belum faham realiti di sebalik dunia seni?
Kami tampilkan artis kontemporari Fazleen Karlan, seniman veteran Tumadi Patri, dan penolong kurator dari Taman Warisan Melayu (MHC), Cik Syafiqah Jaffar tentang realiti sebenar menjadi artis hari ini. Daripada isu kewangan, persepsi masyarakat, hingga peranan institusi dalam menyokong seni tempatan, semuanya dibongkar dalam episod ini.
Persoalannya adalah adakah seni warisan masih relevan? Dan sejauh mana kita benar-benar menyokong artis tempatan?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Warisan Melayu sering dianggap sesuatu yang perlu dipelihara, tapi adakah ia masih relevan?
Dalam episod NoTapis kali ini, dua anak muda, Syafiqah ‘Adha Sallehin dan Muhammad Ilyia Kamsani, penggiat budaya yang aktif memperjuangkan seni warisan seperti dikir barat dan muzik tradisional Melayu. Mereka berkongsi bagaimana warisan sebenarnya masih ‘hidup’ dalam kehidupan harian kita - daripada lagu raya seperti Jodoh Lebaran hinggalah kepada nilai, emosi dan identiti yang kita bawa sebagai masyarakat.
Lebih daripada sekadar nostalgia, episod ini mengajak kita melihat warisan sebagai ruang untuk ekspresi, kreativiti dan memahami siapa diri kita sebenarnya.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Apa sebenarnya makna Hari Raya… kalau kita lihat dari POV kanak-kanak?
Dalam episod khas NoTapis ini, kami duduk bersama empat ‘bos’ kecil - yang berusia antara 5-7 tahun - untuk mendengar kisah mereka tentang Raya — daripada impian nak pergi bercuti guna duit raya, lagu raya kegemaran, sehinggalah “drama” pagi raya di rumah.
Jawapan mereka mungkin ‘simple’, kadang kelakar seram, tapi 100% jujur
perbualan santai yang mengingatkan kita bahawa Raya bukan sekadar tradisi — tapi tentang kegembiraan dan keluarga 💚✨
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bulan Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada yang maha esa. Tetapi bagi sesetengah orang, pengalaman di masjid kadangkala kurang menyenangkan.
Dalam episod NoTapis ini, Cik Atiqah Zulkifli (yang lebih dikenali sebagai automatiqhigh di media sosial) dan Ustazah Maria Mohammad Siddique dari Masjid Assyakirin tentang realiti di dewan masjid, terutama sekali waktu tarawih. Daripada kanak-kanak berlari di masjid, masjid ‘Karens’, hingga cara menegur dengan hikmah.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Selama ini beliau hanya tahu membayar zakat.
Tak pernah terlintas satu hari nanti, beliau sendiri yang menerima bantuan zakat. Ramai yang fikir zakat hanya untuk ‘fakir miskin’ … tapi hakikatnya kriteria kelayakan pun dah diubah dan lebih ramai yang memerlukan boleh dapat bantuan.
Apabila anak bongsunya mengalami spina bifida – keadaan tulang belakang yang tidak terbentuk dengan baik – sejak dilahirkan dan memerlukan rawatan serta pemantauan perubatan secara berterusan Cik Hadijah Mohamed Eusope terpaksa berhenti bekerja demi menjaga anaknya sepenuh masa.
Dalam episod NoTapis ini, beliau berkongsi bagaimana keluarganya akhirnya mendapatkan bantuan zakat dan bagaimana sokongan itu membantu mereka terus bertahan melalui tempoh yang mencabar. Turut bersama kami ialah Ustazah Sarima Jantan, Pegawai Pembangunan Sosial (SDO) di Masjid En-Naeem, yang menjelaskan bagaimana sistem zakat di Singapura sebenarnya berfungsi, siapa yang layak memohon, dan mengapa masih ramai yang segan untuk tampil mendapatkan bantuan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ramadan tempoh muhasabah dan perubahan diri. Tetapi bagi perokok, cabaran sebenar bukan sekadar menahan lapar dan dahaga - tetapi melawan keinginan merokok lepas berbuka.
Dalam episod NoTapis kali ini, kami tampilkan Encik Muchtar Abdul Karim, yang berjaya berhenti merokok selepas 15 tahun, serta kaunselor QuitLine Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Cik Siti Zuliana Nandir. Encik Muchtar berkongsi perjalanan penuh jatuh bangun tinggalkan rokok - termasuk beberapa cubaan yang gagal sebelum akhirnya menemui motivasi sebenar: keluarga. Sementara itu, Cik Zuliana jelaskan realiti proses berhenti merokok- mengapa ramai gagal berkali-kali, bagaimana Ramadan boleh jadi peluang terbaik, dan strategi praktikal untuk mengawal keinginan terutama selepas iftar.
Persoalannya - boleh ke Ramadan kali ini jadi permulaan kita berhenti merokok atau bantu keluarga kita lakukan demikian?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Gerai sebelah jual benda sama… nak gaduh atau nak collab? 👀
Dalam episod khas Ramadan ini, NoTapis menemubual tiga vendor yang turun padang untuk menawarkan makanan, minuman dan barangan kegemaran anda. Bersama pengasas bersama Golden Bao, Encik Nazareen Muslim, Pengasas bersama Balang.SG, Encik Syabil Marzuq Sulaiman dan Pengasas jenama Grey By Ortenhill, Encik Trisno Ishak kita bongkar realiti sebenar bazar — dari sewa belasan ribu, strategi capai target harian sampai “politik” booth sebelah-sebelah.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ilmu agama ‘fast food’ berbanding kelas agama berstruktur- ada yang lebih baik ke nak belajar agama dalam era TikTok dan AI sekarang? Macam mana nak pastikan tak hilang adab dan sumber yang sahih?
Bersama Natasha Mustafa, hos NoTapis, episod ini menampilkan perkongsian Cik Sutinah Sujaair dan Encik Amirul Aqmal, pelajar Diploma Pengajian Islam Cordova, serta Ustazah Zulaikha Ishak dari Andalus.
Andalus, Cordova dan Al-Zuhri menawarkan program-program agama untuk semua peringkat. Dapatkan informasi lanjut di:
ANDALUS: www.andalus.com.sg
CORDOVA: www.cordova.com.sg
AL-ZUHRI: www.zuhri.com.sg
00:00 – Fenomena ilmu 'segera' di media sosial
02:05 – Semuanya bermula di rumah
09:54 – Ilmu 'fast food' tak semestinya ilmu 'sahih'
14:33 – Peranan guru, adab belajar dan amanah ilmu
18:46 – AI dan teknologi: Memudahkan atau mengelirukan?
21:35 – Belajar fikir, bukan 'telan' saja apa yang tersedia
26:29 – Belajar agama 'online' + bersemuka dengan guru = Ilmu lebih menyeluruh
37:28 – Mula dengan langkah kecil dulu
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bagaimana rasanya jadi atlet negara sambil kerja sepenuh masa? Hos NoTapis pun salah seorang daripada atlet Sukan SEA tau!
Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Muhammad Hasbi Zainal, seorang pegawai Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan atlet sepak takraw serta Cik Noor Heeqmah Wahianuar, seorang peguam dan atlet jujitsu buka cerita sebenar.
Mereka berkongsi pengorbanan, semangat, dan matlamat pingat — bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan, jurulatih, dan keluarga yang sentiasa ada. Dan kejutan — penerbit podcast, Cik Natasha Mustafa sendiri juga bersiap untuk Sukan SEA!
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kesihatan mental semakin terbuka dibualkan, tapi bagaimana pula dengan golongan ‘neurodivergent’? Apa yang membuat mereka lain dari orang lain?
NoTapis kali ini tampilkan tiga individu yang berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai individu yang ‘lain, tapi tak kurang’.
Cik Nurazah Mazlan - Sindrom Hemiconvulsions-Hemiplegia-Epilepsi (HHE)
Encik Muhammad Hakim Hamzah - kelewatan pembangunan global (GDD)
Encik Sharie Mirza Mohamed Zahid - Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD)
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners