No Tapis
Download on the App Store

No Tapis episodes

  • Episod 481 - Siri Piala Podcast: Budi Yasa: Penjenayah Budaya atau Penyelamat Bahasa?

    Slanga seperti “mantul”, bahasa singkatan dan istilah baharu semakin menjadi sebahagian daripada cara golongan muda berkomunikasi. Tetapi adakah perubahan ini membantu Bahasa Melayu kekal relevan, atau perlahan-lahan menghakis keaslian bahasa kita? Dalam episod ini, pelajar Raffles Institution (RI) membawa pendengar menyelami isu penggunaan bahasa dalam kalangan belia menerusi kisah fiksyen seorang pempengaruh yang dituduh “menculik” bahasa generasi muda.

    Episod ini merupakan hasil karya sekumpulan pelajar dari RI yang juga merupakan juara bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    18 min
  • Episod 480 - Siri Piala Podcast: Di mana identiti Melayu kita?

    Kalau bukan kita yang pelihara identiti Melayu, siapa lagi? Cukup ke sekadar dengar lagu Melayu atau pakai baju kurung untuk kekalkan warisan kita? Dalam episod ini hos dari Madrasah Alsagoff bincangkan cabaran sebenar yang dihadapi generasi muda hari ini - daripada isu penggunaan bahasa Melayu hingga ke usaha kekalkan adab dan nilai Melayu. 


    Episod ini merupakan hasil karya sekumpulan pelajar dari Madrasah Alsagoff yang juga merupakan pemenang Tempat Kedua bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    16 min
  • Episod 479: Siri Piala Podcast: Permainan tradisional - ‘cringe’ ke ‘cool’?

    Adakah permainan tradisional seperti congkak dan capteh masih relevan atau sekadar simbol warisan yang ‘cringe’ bagi generasi muda? Dalam episod ini, hos dari Maktab Rendah Anderson Serangoon membawakan perdebatan sengit antara impak permainan digital moden dengan kepentingan mempertahankan nilai warisan dan identiti budaya Melayu di Singapura.

    Episod ini merupakan hasil karya pelajar sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Anderson Serangoon yang juga merupakan pemenang Tempat Ketiga bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi.

    Episod ini merupakan karya tempat ketiga Piala Podcast 2026.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    19 min
  • Episod 478 NoTapis - Kenapa ramai tak tahu ‘humanitarian work’ sebenarnya mula di S’pura?

    Kenapa ramai rasa kerja kemanusiaan hanya boleh dilakukan di luar negara? Bila  sebut  tentang kerja kemanusiaan, ramai mungkin bayangkan misi bantuan di kawasan perang, bencana alam atau krisis di luar negara. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang memerlukan bantuan di depan mata kita sendiri?

    Dalam episod NoTapis kali ini, dua kakitangan Palang Merah Singapura, Muhammad Daniel Samu Wel dan Mohammad Indera Putra Abdullah, berkongsi perjalanan mereka — daripada membantu warga emas dan memberi bantuan kecemasan, hingga berdepan kehilangan serta tekanan emosi yang datang bersama tugas tersebut.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    38 min
  • Episode 477 NoTapis - Belia Singapura yakin masa depan negara, tapi bimbang nasib sendiri?

    Ramai belia yakin Singapura mempunyai masa depan yang cerah. Namun apabila bercakap tentang kerjaya, kos sara hidup, kecerdasan buatan (AI), pemilikan rumah dan peluang untuk berkembang, adakah mereka masih yakin dengan masa depan sendiri?

    Sempena Hari Kebangsaan, NoTapis menghimpunkan empat anak muda daripada latar belakang berbeza untuk berbincang secara terbuka tentang cabaran yang dihadapi generasi hari ini, mengapa ramai masih memilih untuk kekal di Singapura, dan apakah yang perlu dilakukan supaya belia bukan sekadar menjadi sebahagian daripada masa depan negara, tetapi mampu berkembang seiring dengannya.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    54 min
  • Episod 476 NoTapis - “Buat apa masuk dikir? Bukannya boleh buat duit..” Masuk bidang seni=tak ada masa depan?

    "Boleh cari makan ke kalau main Dikir Barat?" Seni boleh dijadikan kerjaya atau semakin dilihat sebagai ‘buang masa’? Atau mungkin dalam era AI sekarang, kreativiti dan budaya semakin penting dan bernilai? 

    Episod NoTapis kali ini diadakan di Taman Warisan secara langsung dan kita dapatkan pandangan penonton juga kali ini selain empat panelis: Pengarah Eksekutif Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Didicazli Ismail; pengasas syarikat teknologi dan arkitek data, Encik Shamir Rahim; dan tukang karut muda daripada Politeknik Republic, Cik Nur Syahindah Aqilah Zakaria.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    51 min
  • Episod 475 NoTapis - Dari rumah sewa ke rumah sendiri: "Tak ada gaji tetap, masih boleh beli HDB?"

    “Kalau dah tinggal di rumah rumah sewa…memang terus kekal lah di situ..”

    Betul ke?

    Ramai anggap rumah sendiri hanya untuk mereka yang ada  pekerjaan tetap dan kewangan yang kukuh. Tapi kalau ‘freelance’ bagaimana pula? Masih ada ‘chance’? 

    Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan Cik Noor Aini Jani dan Encik Muhammad Waliyuddin kongsi perjalanan mereka daripada rumah sewa ke rumah sendiri, serta bagaimana bimbingan HDB Home Ownership Support Team (HST) membantu mereka memahami proses, geran dan kelayakan yang selama ini mereka sangka di luar kemampuan mereka.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    49 min
  • Episod 474 NoTapis - Peguam muda senang ‘burnout’? Atau sistem guaman dah rosak?

    Kenapa semakin ramai peguam muda di Singapura pilih untuk tinggalkan bidang guaman? Adakah disebabkan ‘burnout’, waktu kerja yang terlalu lama, atau sistem itu sendiri yang perlu diubah? Dalam episod NoTapis kali ini, kami berbincang bersama Pengarah Urusan, Crescent Law Chambers LLC; Peguam Kanan, Titanium Law Chamber LLC dan Lulusan bidang undang-undang, Universiti Nasional Singapura (NUS) tentang realiti sebenar menjadi seorang peguam di Singapura. Daripada tekanan memenuhi tuntutan klien hinggalah kesan teknologi yang menjadikan kerja semakin pantas, kami mengupas persoalan yang ramai ingin tahu: adakah profesion ini masih mampu menarik dan mengekalkan bakat-bakat muda? Adakah masalahnya generasi muda... atau sistem yang perlu berubah?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    1 hr 10 min
  • Episod 473 NoTapis - Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah?

    Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi?

    Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; pengasas bersama Meja Conteng, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria dan pencipta kandungan Cik Sofia Duad (soficattt).

    Melalui undian secara langsung bersama hadirin, kami mengupas persoalan yang dekat dengan generasi muda: 

    • Adakah anak muda kini belajar bahasa Melayu daripada media sosial seperti TikTok?
    • Perlukah kita risau dengan bahasa rojak? 
    • Sejauh mana pencipta kandungan bertanggungjawab membentuk penggunaan bahasa Melayu? 
    • Adakah bahasa Melayu benar-benar semakin hilang, atau sekadar berubah mengikut zaman?

    Perbincangan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja kekal relevan dalam era digital, malah terus mendapat tempat menerusi wadah baharu seperti podcast dan vlog, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    57 min
  • Episod 472 NoTapis - Rahsia di sebalik pertahanan S’pura: Bukan jet canggih, bukan pangkat tinggi tapi…

    Teknologi canggih boleh dibeli, tetapi semangat dan kesiapsiagaan untuk mempertahan Singapura tidak boleh dijual beli. 

    Apabila bercakap soal pertahanan negara, biasanya orang akan fikir tentang jet pejuang, kapal selam mahupun teknologi yang canggih.

    Namun, adakah semua itu mencukupi untuk menjamin keselamatan sebuah negara sekecil Singapura?

    Dalam episod podcast No Tapis sempena Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ini, hos Natasha Mustafa berbincang bersama Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, yang antara lain berkongsi pengalamannya sebagai Panglima Tentera Darat sebelum ini berkata senjata sebenar Singapura bukanlah aset dan teknologi canggih yang dimiliki, tetapi semangat individu di sebaliknya.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    47 min

About No Tapis

From the publisher's feed

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

More shows like No Tapis

TTYL: Talk To You Later by Folklore Studio

TTYL: Talk To You Later

5 Listeners