
Sign up to save your podcasts
Or


“Penyerang ‘maut’ Noh Alam Shah suatu ketika dulu seperti tak boleh dipisahkan dengan kontroversi di padang. Kini beliau beralih peranan, membimbing generasi baru agar tidak ulangi kesilapannya, sambil komited melatih pemain muda bermain dengan lebih matang dan berdisiplin.
01:57 — Asal-usul gelaran ‘Along’
02:52 — Minat berputik: “tiang gol” tong sampah
05:30 — Dibesarkan dua “mak”: berdikari tanpa bapa
06:45 — “Kebolehan jaringkan gol, tak boleh diajar”
10:31 — “Pada usia 14 tahun, saya terpaksa berhenti sekolah…”
17:04 — Insiden Bennett: Apa yang terjadi?
22:02 — Pengajaran “jangan selalu jadi hero”
27:03 — Keluarga & anak-anak ‘Along’
28:12 — Ketua Jurulatih Tanjong Pagar: identiti, disiplin & sasaran
34:38 — Generasi baru: mentaliti dan ‘loyalty’
36:36 — “Saya terhutang budi pada Teo Hock Seng”
41:30 — Pemain Jepun di SPL & pemain asing
43:35 — Penyerang masa depan berpotensi
47:20 — Identiti bola sepak S’pura & harapan terhadap FAS
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ketua jurulatih Geylang International, Noor Ali berkata beliau berbesar hati kelab-kelab Liga Perdana Singapura (SPL) memberi peluang kepada pemain tanpa kelab untuk terus beraksi dan membuktikan kemampuan mereka. Bekas pemain bola sepak Singapura yang kini berusia 50 tahun itu turut menyentuh tentang bakat-bakat ‘terpendam’ pemain Singapore Football League (SFL) yang boleh digilap untuk lebih menyerlah.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bola sepak dan pelajaran boleh jalan seiring, tapi yang penting keupayaan untuk imbangi kedua-dua dengan baik. Ketua jurulatih Geylang International, Noor Ali sentuh tentang pentingnya keupayaan pemain mengimbangi komitmen berbeza, disiplin, dan juga perbezaan pemikiran antara generasi dalam episod Kaki Bola kali ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bagaimana rasanya jadi ibu kepada anak berkeperluan khas dan yang menghidap penyakit ‘rare’?
NoTapis kali ini mengetengahkan dua ibu luar biasa, Cik Julia Kasiman dan Cik Haznita Abdul Karim yang berkongsi perjalanan mereka dari saat menerima diagnosis anak, melalui tempoh penuh cabaran, dan seterusnya memutuskan untuk membina kumpulan sokongan untuk keluarga yang melalui perkara yang sama. Mesej mereka kepada ibu bapa lain: “Anda tidak bersendirian.”
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pengerusi baru Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Abas Kasmani, kongsi perjalanan politiknya serta dorongan untuk terus perjuangkan legasi pengasas PSP, Dr Tan Cheng Bock.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Selepas keputusan GE2025, Parti Kemajuan Singapura (PSP) berdepan cabaran besar untuk kekal relevan tanpa perwakilan di Parlimen. Pengerusi baru PSP, Encik Abas Kasmani, berkongsi pandangan tentang faktor yang menjejas prestasi parti, strategi pembaharuan, serta peranan generasi muda dalam menentukan hala tuju PSP.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pengerusi baru PSP, Encik Abas Kasmani, melihat setiap cabaran sebagai peluang untuk memperkukuh parti. Beliau berkongsi hala tuju jangka panjang, dan bagaimana untuk menggabungkan pandangan golongan yang berpengalaman serta pandangan golongan muda untuk kebaikan parti.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Nama Kadir Yahaya tidak asing lagi dalam dunia bola sepak setempat. Pada usia 57 tahun sekarang, bekas pemain bola sepak Singapura itu yang kini berkhidmat sebagai pengarah bola sepak di bawah inisiatif Unleash The Roar memilih untuk lebih menumpukan pada usaha membentuk cita-cita pemain muda daripada memburu kemenangan.
Ketahui kenapa dalam episod ketiga (segmen 2 daripada 2) vodcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Daripada menjuarai Liga S bersama Geylang United pada 1996, kepada memimpin pasukan Singapura meraih pingat gangsa semasa Sukan Olimpik Belia (YOG) pada 2010, Kadir Yahaya berkongsi pengalamannya sepanjang bergiat dalam arena bola sepak Singapura.
Beliau turut berkongsi pengalamannya menjadi jurulatih pasukan bola sepak St. Joseph’s Institution (SJI) selama 10 tahun dalam episod ketiga (segmen 1 daripada 2) vodcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
NoTapis Personaliti kali ini menampilkan Guy Ghazali, yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan Presiden Kanan Mahkamah Syariah Singapura pada 2020. Di sebalik personaliti yang agak misteri — dengan maklumat peribadi yang terhad di ruang maya — terserlah seorang pemimpin yang menggabungkan ketegasan undang-undang dengan kelembutan empati.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners