
Sign up to save your podcasts
Or


“Tahniah! Awak dah jadi seorang ibu/bapa sekarang!”
Kata-kata ini menandakan mulanya perjalanan baru bagi setiap pasangan yang baru menimang cahaya mata. Namun, jelas perjalanan tersebut bukan mudah.
Dalam podcast No Tapis kali ini, Pegawai Program KidSTART, Cik Halimah Ghazalie dan Cik Jazimah Haron berkongsi cabaran yang biasa dihadapi ibu bapa serta menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam pembangunan awal kanak-kanak.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Lazimnya pembantu rumah di Singapura akan meluangkan hari cuti mereka dengan kegiatan riadah seperti berkelah atau bersiar-siar. Namun ada juga segelintir yang memanfaatkan masa itu untuk meningkatkan diri.
Episod No Tapis kali ini menampilkan pembantu rumah, Sri Mulyani dan Fitri yang berwawasan dan berkongsi usaha mereka mempertingkat kemahiran melalui pelbagai kursus supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa apabila pulang ke Indonesia nanti.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Mula sebagai perniagaan untuk bantu keluarga, pengasas Cheekies, Encik Nabill Shukry Johari, kini ingin kembangkan perniagaan ke Indonesia.
Dalam podcast No Tapis kali ini, Encik Nabill berkongsi perjalanannya sebagai anak muda yang mengendali perniagaan sepenuh masa, bekerja sepenuh masa dan belajar sebagai pelajar sambilan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Tahun ini, pemerintah mengumumkan beberapa sokongan tambahan bagi anak-anak berkeperluan khas. Namun, apakah sebenarnya cabaran yang dilalui ibu bapa anak berkeperluan khas ini?
Dalam podcast No Tapis kali ini, Konsultan Kanan Pendidikan Khas, Dr Haslina Hassan, dan seorang bapa dengan anak berkeperluan khas, Mohamed Shahrom Mohd Taha membincangkan sekiranya sokongan yang ditawarkan bagi anak-anak berkeperluan khas mencukupi.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ada lagu, ada lagi.
Sejak 2014, rancangan televisyen realiti Malaysia. Gegar Vaganza telah menarik perhatian orang ramai dengan memberi peluang kedua kepada penyanyi-penyanyi popular untuk bersinar sekali lagi.
Dalam podcast No Tapis kali ini, koresponden Berita Harian, Encik Anwar Saleh dan Ketua Gaya Hidup, Cik Haryani Ismail menerima eksklusif di sebalik tabir siri tersebut bersama Pengarah Urusan Inkhouse Media, Datuk Khairul Anwar Salleh.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Lima puluh tahun selepas berpulangnya Tan Sri P. Ramlee, namanya terus dijulang sebagai ikon seni disebabkan bakatnya yang luar biasa dan kesan abadi filemnya.
Dalam podcast No Tapis kali ini, pengarah urusan Inkhouse Pictures Datuk Khairul Anwar Salleh, berkongsi usahanya untuk terus melestarikan karya P. Ramlee melalui filem biopik baru bertajuk 'P. Ramlee — Jeritan Batinku' yang dijangka ditayangkan pada 2025.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Singapura pun ada tukang cari jodoh seperti “Aunty Sima”?
Dalam podcast No Tapis kali ini, Penerbit Podcast, Natasha Mustafa dan Wartawan Berita Harian, Nur Humaira Sajat bertemu bersama personaliti televisyen tempatan, Sujimy Mohamad dan Haslinda Ali untuk kenali perjalanan mereka dalam industri media dari dulu hingga sekarang.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kahwin di luar negara tanpa pengetahuan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), boleh ke?
Dalam podcast No Tapis kali ini, Timbalan Pendaftar ROMM, Ustaz Mohamed Khair Rahmat, dan Naib Kadi, Ustaz Hidayat Ismail, berkongsi dengan lebih lanjut tentang isu poligami dan kesannya terhadap keluarga.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Makanan alternatif, seperti daging kultur, boleh menjadi sumber makanan umat Islam. Tapi apa yang membuatnya halal?
No Tapis ajukan soalan ini kepada Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, anggota bersekutu kanan Jawatankuasa Fatwa Muis, yang telah berkongsi tentang penghasilan daging kultur dan mengapa ia sumber makanan alternatif penting kini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Mampu ke saya nak 'upgrade' dari BTO ke rumah privet? Agak-agak berapa gaji yang diperlukan?
Dalam episod No Tapis kali ini, ejen hartanah, Cik Nadiyah Kamsani dan Cik Nuruhuda Md Noor, berkongsi lebih lanjut mengenai kriteria serta bagaimana anda boleh merancang untuk beralih ke rumah privet seperti kondominium.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners