No Tapis
Download on the App Store

No Tapis episodes

  • Hustle demi hasil: Kehidupan Sebenar Pekerja Gig

    Sejak empat tahun lalu, Encik Mohammad Shaffiee Abdullah tinggalkan pekerjaannya di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan menjaga anak sulungnya yang mengalami autisme. Untuk terus menampung kos sara hidup keluarganya, beliau terpaksa ‘hustle demi hasil’.
    Dalam podcast NoTapis kali ini, kami membincangkan bagaimana undang-undang baru pekerja platform boleh mempertingkat perlindungan dan perwakilan sewajarnya bagi golongan pekerja ini, sebagaimana yang dinikmati pekerja biasa hari ini bersama Encik Mohammad Shaffiee Abdullah dan Pengarah Divisyen Operasi dan Mobilisasi NTUC, Encik Mohd Fahmi Aliman.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    45 min
  • NoTapis: “Jojo Joget dah jadi Jojo Sakit”: Suhaimi Yusof kena strok?

    “Saya rasa seperti dalam gempa bumi pada masa itu!”

    Selepas diserang angin ahmar pada April 2024, pelawak, pelakon dan pengacara Suhaimi Yusof, kini mahu membantu meningkat kesedaran ramai berhubung penyakit itu.


    Dalam podcast NoTapis kali ini, Suhaimi berkongsi pengalamannya menempuh tempoh sukar tersebut. Perunding Kanan, Jabatan Neurologi Institut Neurosains Kebangsaan, Dr Pang Yee Hau turut berkongsi cara mengenal pasti tanda serangan angin ahmar dan salah tanggapan mengenai penyakit itu sempena Hari Strok Sedunia pada 29 Oktober.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    58 min
  • NoTapis: Selama 25 tahun hidup, saya tak ada sebarang kerakyatan. Sekarang baru ada harapan...

    Seumur hidupnya, beliau tidak pernah memiliki sebarang kewarganegaraan, meskipun telah menetap di Singapura sejak lahir. Namun, kini Encik Ricqo Rafiezuwan, 25 tahun, menerima berita bahawa ada harapan untuk beliau menjadi warga Singapura secara rasmi. Encik Ricqo merupakan antara 853 orang tanpa kewarganegaraan yang tinggal di Singapura pada 31 Dis 2023.

    Dalam episod podcast NoTapis kali ini, Encik Ricqo berkongsi bagaimana beliau menjalani kehidupan di Singapura tanpa IC atau kad pengenalan serta usahanya cuba mendapatkan kewarganegaraan di sini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    40 min
  • NoTapis: Ye ke anak muda tak kisah tentang Bahasa Melayu kita?

    Sudah hampir empat dekad sejak Bulan Bahasa dimulakan dan pelbagai usaha dijalankan untuk terus menyemarakkan serta memupuk bahasa dan budaya kita dalam masyarakat. Tetapi sejauh mana keberkesanannya?

    Dalam episod ini, Pengerusi Bulan Bahasa Encik Zulkarnain Abdul Rahim bersama dua orang beliau, Encik Encik Muhammad Farish Jasni, pelajar Politeknik Republik dan Cik Putri Nish, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat mengetengahkan pandangan mereka bagaimana Bulan Bahasa mampu terus mendekati masyarakat agar dapat melestarikan bahasa dan budaya Melayu di Singapura.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    43 min
  • NoTapis: Ibu hamil ambil dadah, bayi boleh jadi 'ketagih' lepas lahir?

    Setelah terjerumus dalam kanca dadah, Cik Anita Jangil tidak dapat hentikan ketagihannya meskipun semasa beliau hamil. Bila si ibu ambil dadah, apa yang jadi dengan anak-anaknya? Terutama sekali anak yang dalam kandungan?

    Dengarkan perkongsiannya dalam episod kali ini. Pengurus Kes di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Dianah Ja’afar pula berkongsi cara terbaik untuk wanita bekas pesalah dadah boleh mendapatkan motivasi untuk berubah.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    56 min
  • NoTapis: Projek naik taraf Geylang Serai: Kenapa tak cukup meriah ke sekarang?

    Adakah Geylang Serai mampu mengekalkan tarikannya untuk terus menjadi tempat istimewa bagi masyarakat Melayu dengan peredaran masa? Terutama sekali bagi golongan muda?

    Dalam podcast ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga pengerusi Jawatankuasa Jalur Budaya Geylang Serai (GSCB) menjelaskan menyemarakkan lagi kawasan Geylang Serai.

    Pada masa yang sama, Pengasas Sri Warisan Cik Som Said, Pengasas The Intan Peranakan Museum, Encik Alvin Yapp dan Pengerusi Kelana Purba, Encik Hydil Kwok turut berkongsi bagaimana program-program yang ditawarkan di kawasan itu dapat menarik semua lapisan masyarakat dengan cara inovatif.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    52 min
  • tBH: "Ustaz, saya alami tarikan sesama jenis..."

    "Ustaz, saya alami tarikan sesama jenis, apa harus saya lakukan?" 
    Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Tarmizi Abdul Wahid, menjawab pertanyaan tersebut dalam episod tBH kali ini. 
    Beliau turut menjelaskan panduan agama yang diterbitkan Pergas berjudul "Tarikan Sesama Jenis daripada Perspektif Islam" bersama seorang lagi tetamu, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim, Eksekutif Kanan Pembangunan Kajian Pergas

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    1 hr 1 min
  • NoTapis: ‘Heavy metal’ berhijab, VOB asal pelajar nakal

    Ditubuhkan pada 2014, kumpulan Voice of Baceprot (VOB) asal Indonesia, dianggotai oleh tiga rakan sekolah menengah menemui jalan untuk menyalurkan tenaga dalam bidang muzik, khususnya dalam genre ‘heavy metal’.

    Dalam episod kali ini, anggota band VOB, Firda Marsya Kurnia, Euis Siti Aisyah, dan Widi Rahmawati berkongsi perjalanan mereka menjadi rockstar antarabangsa.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    42 min
  • Apakah 'Singapore Dream' bagi anak Melayu Singapura?

    Kejayaan bagi anda, adakah ia sama dengan apa yang dianggap masyarakat sebagai kejayaan atau apa yang anda sendiri anggap sebagai kejayaan?

    Dalam podcast NoTapis kali ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bersama pemuzik Cik Nabillah Jalal dan atlet boling, Encik Nu’man membincangkan definisi kejayaan.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    1 hr 14 min
  • Ambil dadah sejak usia muda

    “Muda-muda lagi dah ambil dadah”

    Dalam episod No Tapis kali ini yang dihoskan pempengaruh Cik Pamela Lee Nur Shuhadah, Encik Muhammad Aqil Danish Helmi, Encik Danial Iskandar Azemani  menceritakan pengalaman mereka terjebak dengan kancah dadah. Kaunselor Encik Shaikh Loqman pula berkongsi tips bagi ibu bapa cegah anak mereka dari terjebak.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    47 min

About No Tapis

From the publisher's feed

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

More shows like No Tapis

TTYL: Talk To You Later by Folklore Studio

TTYL: Talk To You Later

5 Listeners