
Sign up to save your podcasts
Or


“Ayah saya kaki pukul.”
Ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung pertama anak-anak mereka, orang yang pertama anak-anak cari untuk dapatkan kasih sayang dan sokongan. Malangnya, bagi sesetengah individu, realitinya jauh berbeza. Demikian kehidupan Cik Siti (bukan nama sebenar).
Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Siti menceritakan pengalaman beliau dan keluarganya yang terperangkap dalam keganasan dan penderaan serta cara mereka dapatkan bantuan. Turut menyertai podcast kali ini ialah ketua pekerja sosial di Pave, Cik Nazeema Bassir Marican yang berkongsi dengan lebih lanjut realiti keganasan rumah tangga, kesannya serta sokongan dan bantuan yang boleh menyelamatkan nyawa.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pejam celik pejam celik dah tahun baru!
Dalam episode NoTapis ini, kita bertemu pasangan Cik Sharifah Osman dan Encik Supian Abdul Ghani yang berjaya kurangkan berat badan bersama keluarga -sebanyak 100kg secara keseluruhan- sempena tahun baru. Pasangan ini berkongsi bagaimana perjalanan kesihatan mereka didorong keinginan untuk menjaga anak istimewa mereka dan mengelak daripada menjadi beban kepada anak-anak mereka.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Biasanya khidmat peguam probono ditawarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan, dan ini merangkumi semua golongan yang memerlukan khidmat mereka termasuk mungkin mereka yang betul-betul bersalah. Jadi adakah golongan ini benar-benar membantu mereka yang memerlukan atau sebaliknya?
Dalam episod Notapis kali ini, Pengerusi Pro Bono SG dan Rakan kongsi di Kumpulan Amalan Litigasi Komersial di Rajah & Tann Singapore LLP, Encik Gregory Vijanedran dan Pengarah Emerald Law LLC, Cik Syafiqah Ahmad Fu'ad pengalaman mereka mencapai keadilan untuk semua lapisan masyarakat.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bangunan ikonik di Singapura seperti Taman East Coast, Lapangan Terbang Changi, Terminal 2, dan Masjid Al-Falah telah menjadi destinasi popular yang sering dikunjungi ramai. Tapi siapa sebenarnya arkitek di sebalik reka bentuk bangunan-bangunan ini
Episod NoTapis kali ini menampilkan dua arkitek berbakat yang terlibat dalam projek-projek ini — arkitek bersekutu, Encik Mohammed Madeni Jais, dan arkitek eksekutif, Cik Nur Syarafina Kamsani, dari RSP Architects, Planners & Engineers (Pte) Ltd. Mereka pengalaman serta kesan yang diharapkan sampai kepada masyarakat melalui reka bentuk bangunan dan ruang ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Hujan ke panas ke, khidmat mereka jalan terus! Mereka lah abang-abang dan kakak-kakak pekerja platform kita. Meski pekerjaan mereka penuh cabaran- dari segi cuaca, pendapatan tak menentu dan sebagainya, kerja yang dilakukan masih dianggap bukan kerja 'betul' ke?
Dengan perlindungan serta perwakilan yang diperkenalkan untuk pekerja platform kita, adakah persepsi ini akan berubah? NoTapis membincangkan topik kali ini dengan bekas pemandu privet, Hidayat Aziz dari Talk Folks dan juga Hisham Mohamed dari NPHVA.
Untuk membuka ruang bagi pekerja platform memahami bentuk sokongan yang akan disediakan mulai 2025, NTUC menganjurkan beberapa sesi taklimat sejak November.Mereka berminat untuk menyertai sesi taklimat tersebut boleh melungsuri pautan, https://bh.sg/platform
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Baru nak mulakan perniagaan, dah hadapai pelbagai masalah sampai lingkup! Tapi kenapa? Apa masalahnya? Ada pula yang salahkan makhluk halus...tapi sebenarnya banyak faktor yang perlu dipertimbang dan disemak sekali lagi.
Dalam NoTapis kali ini, Pengurus Perkembangan Perniagaan kanan Royal Kings group, Encik Muhamed Gary Haris dan Pengasas Kapowww by Chef Mel Dean Pte Ltd, Cef Mel Dean berkongsi bagaimana nak berjaya dalam perniagaan?
Kalau nak dapatkan pendapat dari pakar, lungsuri https://www.royalkingsgroup.com/
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod NoTapis kali ini, kita selami dunia pendidikan khas bersama dua pendidik berpengalaman, Cik Sofia Abdullah dari Persatuan Disleksia Singapura (DAS) dan Cik Masayu Hidayah, Pegawai Kanan Intervensi Awal privet.
Bersama-sama, NoTapis meneroka cabaran, kepuasan dan juga salah tanggapan yang sering timbul dalam sektor pendidikan khas.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bahasa Melayu merupakan bahasa ‘asing’ buat mereka, tetapi itu tidak menghalang dua individu bukan Melayu ini jatuh cinta dan kini fasih berbahasa Melayu.
Dalam podcast NoTapis kali ini, Pengurus Pemasaran Digital, Encik Melvin Choo dan Cik Berit Karlsen berkongsi pengalaman mereka mendalami bahasa Melayu.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Setelah lima tahun menjadi salah satu daripada personaliti trio OKLETSGO, Dyn Norahim kini ‘berpaling arah’ dan menubuhkan rancangan vodcast baru, Our Next Guest.
Dalam podcast ini, Dyn Norahim berkongsi harapannya untuk menjadi ‘suara agama’ menerusi jenama barunya, Soutudeen. Vodcast baru di bawah jenama Soutudeen ini akan memberi tumpuan kepada topik berkaitan agama yang dibincangkan bersama golongan asatizah, ulama serta selebriti dari Asia Tenggara.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam podcast NoTapis kali ini, dua orang belia berkongsi kisah-kisah kuat tentang ketahanan menghadapi cabaran peribadi.Cik Aisha Shamsuddin, 24 tahun menceritakan perjalanan beliau dengan masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan dan kecemasan, sambil menjaga ibunya yang sedang berjuang melawan barah buah dada.
Sementara itu, Encik Mohammad Shakir Mohd, 26 tahun mengimbas pengalaman beliau mengalami strok semasa tahun kedua, yang membawa kepada pembedahan kecemasan dan pemulihan. Walaupun menghadapi halangan ini, beliau tetap berusaha untuk mengejar pengkhususan dalam Kejuruteraan Bahan dan Sains Nanoteknologi.
Bersama-sama, mereka menekankan pentingnya mencari sokongan, memecahkan stigma tentang kesihatan mental, dan membina komuniti yang memahami serta berdaya tahan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners