
Sign up to save your podcasts
Or


Kariah di Singapura kini semakin hidup dan bersemangat!
Dalam episod NoTapis kali ini, Pengerusi Qaryah 21, Encik Encik Muhammad Basyar Mohd Yusoff dan Pengerusi Tampines Greenweavers, Encik Muhammad Hydil Jamil berkongsi bagaimana mereka membina ikatan yang kuat dan hidupkan suasana meriah sempena Ramadan di kawasan masing-masing 💪🌟
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pilihan rumah semakin kurang, anak muda tidak ingin ada anak, dan kemahiran pun sama saja. Apakah penyelesaian dalam Belanjawan 2025?
Dalam episod NoTapis kali ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman berkongsi bagaimana Belanjawan 2025 dapat membantu semua lapisan masyarakat tahun ini dan kupas isu-isu panas yang rakyat peduli.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bagaimana program SkillsFuture membuka pintu peluang untuk warga Singapura?
Dalam perbincangan BHerbual NoTapis ini, Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan koresponden Irma Kamaruddin bersama Felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar, Dr Faizal Yahaya dan Pengerusi M³@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan bincangkan bagaimana meningkatkan kemahiran dapat menjadi kunci kejayaan bagi ramai.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dengan lebih banyak sokongan yang akan diberikan kepada keluarga besar, adakah Belanjawan 2025 cukup meyakinkan pasangan muda untuk tambah zuriat? Atau masih banyak halangan seperti kos hidup dan penjagaan anak?
Dalam perbincangan BHerbual NoTapis ini, Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan koresponden Irma Kamaruddin bersama Felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar, Dr Faizal Yahaya dan Pengerusi M³@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan kupas isu yang dipertikaikan ramai bila ingin mengembangkan keluarga mereka.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
💬 Adakah sokongan untuk golongan middle-income atau "sandwich class" cukup?
Dalam perbincangan BHerbual NoTapis ni, Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin dan koresponden Irma Kamaruddin kupas cabaran dalam menyara keluarga dan menjaga ibu bapa yang semakin tua bersama Felo penyelidik kanan Institut Kajian Dasar, Dr Faizal Yahya dan Pengerusi M³@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan.
Apa penyelesaian terbaik?
🔍 Saksikan perbincangan penuh dan kongsi pendapat anda di komen!
#MiddleIncome #SandwichClass #Bajet2025 #KesejahteraanKeluarga #belanjawan2025 #beritasingapura #budget2025
See omnystudio.com/listener for privacy information.
🌊🤿 Dari langit ke dasar laut!
Dalam episod ini, Cik Amirah Mokhlis, penyelam komersial wanita kedua di Singapura, berkongsi perjalanan luar biasa meninggalkan industri penerbangan untuk memasuki dunia selaman yang penuh cabaran. Ketahui realiti sebenar pekerjaan yang didominasi lelaki ini – dari menempuh ujian mental dan fizikal hingga pengalaman hampir kehilangan oksigen di dasar laut. Pekerjaan ini bukan untuk yang lemah semangat… Adakah anda cukup berani untuk menghadapi cabarannya?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pada siang hari, Cik Maisarah Abu Samah, menyunting video dan menghasilkan kandungan. Pada malam hari pula beliau yang lebih dikenali sebagai Sarah, menjadi ‘lanun’ ganas yang ingin ‘mengakhiri nyawa’ lawan di gelanggang. Dalam podcast NoTapis ini, ‘The Captain’ membincangkan cabaran dan kejayaan beliau dalam dunia gusti, serta bagaimana beliau memberi inspirasi kepada ramai wanita muda untuk mencuba sukan ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Tahun Baru Cina memang dikaitkan dengan macam-macam kepercayaan, ‘pantang larang’ dan tradisi. Tapi selepas memeluk Islam, bagaimana golongan mualaf nak sambut dengan anggota keluarga lain yang bukan Islam? Apa cabarannya? Dua individu mualaf, Cik Sharmin Low dan Encik Shane Ehsan Hew kongsi pengalaman mereka.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dari seorang pelajar ‘average’ sampai jadi menteri. Apa ‘origin story’ Dr Maliki? Dalam episod NoTapis kali ini Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman berkongsi kisah hidupnya secara ‘up close and personal’. Beliau berkongsi kisah hubungan beliau dengan isteri, pengorbanan mereka untuk anak-anak dan juga pandangan keluarga tentang penglibatannya dalam politik.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Betul ke kerja sebagai penjaja gerai makan ni tak ada masa depan?
Dalam episod NoTapis kali ini dua penjaja Melayu, Pemilik gerai Izah Rahman Corner, Encik Affandi Rahman dan Pengurus Boon Lay Power Nasi Lemak, Encik Farhan Hamzah, buktikan sebaliknya! Dari menggunakan teknologi canggih hingga merombak persepsi masyarakat, mereka berkongsi rahsia bagaimana mereka mengubah industri makanan Singapura dan membina tempat mereka di sini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners