No Tapis
Download on the App Store

No Tapis episodes

  • Adakah S’pura menuju ke arah ‘welfare state’?

    Dengan pelbagai bantuan bagi golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik, adakah Singapura menuju ke arah ‘welfare state’?

    Dalam episod NoTapis kali ini, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamed dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua jelaskan tentang pendekatan Singapura untuk memastikan semua golongan maju bersama.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    53 min
  • Keprihatinan masyarakat tentang isu Gaza, apa kesannya pada GE2025?

    Masyarakat Melayu Singapura akur pemerintah telah banyak membantu warga Palestin, tapi jiwa kita terus merintih. Adakah ini bakal menjadi pertimbangan pada GE2025? Dalam episod BHerbual kali ini, aktivis masyarakat Fazlur Rahman Kamsani dan Imran Taib berkongsi pendapat mereka tentang isu ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    12 min
  • Aspirasi orang muda untuk capai 'The Singapore Dream'

    Gaji tak cukup, rumah makin mahal, ‘social pressure’ pun semakin tinggi…nak capai ‘Singapore Dream’ seolah-olah mustahil bagi golongan muda sekarang. Apa yang sebenarnya diinginkan anak muda sekarang? Adakah pemerintah benar-benar beri ruang untuk belia bersuara? BHerbual minta pendapat aktivis masyarakat Encik Fazlur Rahman Kamsani dan Encik Mohd Imran Taib.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    27 min
  • Semua benda mahal di Spura? Persepsi atau realiti?

    Harga mi rebus naik, barangan rumah pun semakin mahal…nak bersara pun macam susah! Kos sara hidup merupakan antara isu yang utama jelang GE2025. Ini selain keprihatinan lain seperti ‘persaingan’ dengan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan. 

    Bersama aktivis masyarakat Encik Fazlur Rahman Kamsani dan Encik Mohd Imran Taib, kami bincangkan sentimen sebenar warga Singapura dan apa yang ingin mereka dengar dari parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya akan datang?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    24 min
  • Sepedas-pedas sajian Raya, pedas lagi soalan mak cik!

    Kuih dah habis, rendang pun padu, tapi yang buat berpeluh... soalan-soalan ‘pedas’ dari mak cik dan pakcik terutama sekali….’Bila nak kahwin’?

    Dalam episod No Tapis edisi Raya ini, kami bincangkan tentang realiti Hari Raya - daripada soalan peribadi yang sensitif hingga ke adab ziarah rumah orang. Semua dijelaskan dalam episod ini!

    ✨Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Tapi... sediakanlah skrip, mana tahu ada soalan panas! ✨

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    46 min
  • Dah tak payah ‘stres’ kalau ada ramai anak sekarang?

    Apa sebenarnya yang menghalang pasangan muda di Singapura daripada menimang lebih ramai cahaya mata? Kos sara hidup, kerjaya, masa atau faktor lain?

    Dalam episod NoTapis ini, kami membincangkannya dengan Menteri Indranee Rajah serta dua pasangan dengan latar belakang yang sangat berbeza: satu dengan lapan orang anak, dan satu lagi yang sedang berjuang melalui perjalanan IVF. Mereka kupas realiti sebenar di sebalik kadar kelahiran yang semakin merosot di Singapura, skim bantuan terbaru pemerintah dan perlunya untuk mengubah cara pemikiran di tempat kerja dan masyarakat.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    46 min
  • “Wanita tak boleh puasa, kena lah masak!”

    Ramai wanita rasa serba salah ketika haid di bulan Ramadan—nak kena sembunyi bila makan? Pahala berkurangan pasal tak boleh puasa? Tak boleh puasa kena masakkan juadah berbuka ke? 

    Dalam episod ini, Ustazah Liyana Musfirah menyentuh  tentang realiti haid di bulan Ramadan. Dari adab makan di hadapan orang berpuasa hingga cara wanita boleh terus mengumpul pahala tanpa solat dan puasa—jawapan yang anda cari ada di sini!

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    43 min
  • Dari Jummaida jadi ‘June’, dengan ‘darah kacukan’?

    😲 Siapa sangka nama boleh mengubah segalanya? 

    Dari satu panggilan telefon yang penuh tanda tanya, akhirnya terbongkar rahsia di sebalik nama "June Rusdon"! Apa kesan keputusan ini? 

    Dalam podcast NoTapis ini, Cik Jummaida Rusdon, lebih dikenali sebagai June berkongsi bagaimana beliau menceburi sektor pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1989 dan bertahan selama 35 tahun. Baru-baru ini, beliau disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura (SWHF) bagi 2025.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    1 hr 3 min
  • Anak 3 tahun, ibu bapa paksa puasa penuh?

    “Anak saya umur 3 tahun dah puasa!"

    Tapi, wajib ke untuk anak-anak kecil berpuasa?

    Dalam episod ini, ibu lapan orang anak, Cik Sharifah Fashiha Syed Ali, berkongsi bagaimana beliau menggalakkan anak-anak kecilnya untuk berpuasa secara bertahap. Ustazah Nadia Hanim, juga turut menjelaskan bagaimana ibu bapa dapat membimbing anak-anak mencintai Ramadan tanpa membebankan mereka. 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    49 min
  • Selamat datang ke Madrasah Iman

    Selalunya pada permulaan Ramadan ramai yang bersemangat menunaikan ibadah, luangkan masa bersama keluarga dan juga mengejarkan pahala. Semangat yang membara itu kadangkala tidak sampai akhir Ramadan.

    Dalam episod kali ini NoTapis bersama pemilik syarikat pelancongan KembaraUstaz.sg, Ustaz Fizar Zainal, beliau membincangkan perjalanan rohani sepanjang bulan Ramadan. Dari mengatasi gangguan dan mengimbangkan ibadah hingga membina kesedaran semasa berpuasa, kami menyelami intipati bulan yang mulia ini. Ketahui bagaimana memperkukuhkan hubungan dengan Allah swt dan membawa keberkatan Ramadan ke dalam kehidupan seharian.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    41 min

About No Tapis

From the publisher's feed

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

More shows like No Tapis

TTYL: Talk To You Later by Folklore Studio

TTYL: Talk To You Later

5 Listeners