No Tapis
Download on the App Store

No Tapis episodes

  • Isu 'BGR' pada peringkat remaja. Terlalu awal ke?

    Peringkat remaja merupakan titik penting dalam pembentukan seorang individu yang mana salah satu isu yang mereka hadapi adalah rasa cinta dan keinginan menjalin hubungan bersama teman jantina lain atau 'bgr'? Bagaimana pula dengan hubungan bercinta dengan teman berbangsa lain pula?

    Ikuti perbincangan podcast edisi pelajar Gen G oleh wartawan Harith Mustaffa bersama pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring, Muhammad Nur Azhar Salleh dan Nura Klarissa Muhammad Azli yang masing-masing berkongsi tentang kisah cinta mereka.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    16 min
  • Kenapa remaja tertarik dengan tabiat merokok?

    Isu merokok dalam kalangan pelajar sekolah kekal menjadi satu keprihatinan dan ia seolah sudah menjadi suatu kebiasaan melihat mereka mula merokok pada usia sangat muda. Apa antara sebab yang mendorong tabiat ini? Bagaimana pula media sosial memburukkan lagi keadaan tersebut? Ikuti perbincangan podcast edisi pelajar Gen G oleh wartawan Harith Mustaffa bersama pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring, Nina Syamira Wira dan Nur Nabilah Mohd Sairi.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    13 min
  • Ustaz 10 isteri: 10 isteri tetap pertahankan Abu Talib

    Sepanjang perbicaraan kes Abu Talib, para isterinya telah banyak mempertahankan tindakan mahupun ajarannya. 

    Misalnya, empat isteri pertamanya mengaku yang mereka membenarkan Abu Talib mengahwini enam wanita lain. 

    Malah dalam satu kenyataan, mereka mendakwa merasa gembira dapat berkongsi suami dan dia melayan mereka dengan adil dan saksama. 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    10 min
  • Ustaz 10 isteri: Ajaran sesat untuk pancing anak dara..

    Abu Talib mengeluarkan permohonan maaf di akhbar Berita Harian kepada keluarga isteri ketiganya, yang dinikahi tanpa izin wali di Thailand. 

    Keluarga wanita itu telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Abu Talib setelah anak gadis 21 tahun itu kahwin lari dengannya. 

    Belum selesai kes tersebut, Abu Talib menikahi isteri keempat, seorang gadis berusia 20 tahun yang berhenti politeknik kerana lelaki itu mengatakan kursus kejuruteraan tidak sesuai dengan naluri wanita. 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    12 min
  • Ustaz 10 isteri : 2+3+4.. salah tafsiran surah An-Nisa

    Lelaki yang menggelar dirinya Ustaz itu mengaku mengaku bahawa lelaki Islam boleh berkahwin lebih daripada 4 berdasarkan Surah An-Nisa ayat 3 dan 4 yang mengatakan kahwinlah 2 atau 3 atau 4 tapi Ustaz menafsirkannya sebagai 2 campur 3 campur 4 boleh lebih daripada 4

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    8 min
  • Kekejaman ke atas Danish Iman: Ditemui tertiarap atas lantai..

    Pada 15 Disember 2010, Danish Iman Abdullah, tiga tahun, ditemui tertiarap di lantai tempat mandi selepas disuruh teman lelaki ibunya, Muhammad Raffiq Jaffah, untuk ke tandas membersihkan wajahnya. 

    Apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu?

     

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    9 min
  • Kekejaman ke atas Danish Iman: Tragedi menimpa...

    Semasa wartawan mengunjungi rumah yang didiami Nurul Jannah dan Muhammad Raffiq bersama Danish selepas itu, keadaannya kelihatan bukan seperti rumah yang didiami kanak-kanak. 

    Baju dan perkakas memancing dilaporkan berselerakan. Tiada mainan atau katil bayi yang kelihatan. 

    Sekadar botol susu yang tersembunyi di dalam cadar menjadi bukti adanya kehadiran seorang kanak-kanak di rumah itu. 

    Begitu keadaan studio apartmen seluas 200 meter persegi yang terletak di Geylang Road, di mana Danish meluangkan tiga bulan terakhir hayatnya

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    6 min
  • Kekejaman ke atas Danish Iman: Pemetik api panas diletakkan pada dada anak kecil

    Kehidupan Danish di rumah itu tidak tenteram, dengan Muhammad Raffiq yang sering mencari alasan untuk menderanya. 

    Dalam satu kejadian,  Muhammad Raffiq sedang bermain kereta kawalan jauh dengan anak kecil itu di apartmen tersebut sekitar awal Disember 2010 apabila Danish ternampak pemetik api di lantai. 

    Setelah beberapa kali cuba menyalakannya, Muhammad Raffiq dikatakan meletakkan pemetik api yang panas itu pada dada dan kaki Danish.

    Dengar kekejaman yang berlaku ke atas anak kecil ini bersama editor podcast, Shahida Sarhid 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    12 min
  • Wanita bergaji tinggi pun boleh kena dera?

    Peguam, Encik Nizam Abbas menceritakan kisah seorang kliennya, iaitu seorang peguam yang suaminya seorang doktor.

    Menurut beliau, pasangan itu kelihatan seperti pasangan sempurna tetapi di rumah wanita itu didera melalui pelbagai cara.

    “Suaminya sering mengawalnya. Beliau tidak dapat keluar, selalu dipukul dan disepak. Tetapi sebagai seorang peguam, beliau berjuang di mahkamah untuk membantu klien-kliennya yang mungkin mengalami keadaan yang sama,” ujar Encik Nizam.

    Beliau menambah bahawa keadaan seperti itu banyak berlaku.

    Dengar lanjut podcast ini bersama wartawan Natasha Mustafa

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    37 min
  • "Tolong jangan jadikan saya sebagai bahan jenaka awak....."

    Media sosial boleh mendatangkan tekanan kepada remaja yang meluangkan banyak masa di wadah tersebut. Apa yang menyebabkan tekanan ini? Bagaimana remaja menanganinya? Ikuti perbincangan podcast edisi pelajar Gen G oleh wartawan Harith Mustaffa bersama pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring, Suffian Rasid dan Thalhah Ali.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    18 min

About No Tapis

From the publisher's feed

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

More shows like No Tapis

TTYL: Talk To You Later by Folklore Studio

TTYL: Talk To You Later

5 Listeners