No Tapis
Download on the App Store

No Tapis episodes

  • Kes Bunuh Huang Na: Kanak-kanak 9 tahun hilang

    Huang Na, seorang murid darjah dua Sekolah Rendah Jin Tai kali terakhir dilihat di Pusat Borong Pasir Panjang sekitar 1 petang pada 10 Oktober 2004

    Selama 20 hari polis dan sekumpulan warga Singapura mencarinya.

    Di manakah anak kecil ini?

     

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    4 min
  • Pembunuhan Berganda di Kovan: Perbicaraan

    "Saya tak berniat untuk membunuh sesiapa! Jika saya mempunyai niat untuk membunuh Encik Tan Boon Sin, saya akan melakukannya sebaik sahaja saya tiba di rumahnya," jelas Iskandar.

    Apakah kesudahan tragedi ini?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    15 min
  • Susah ke nak kitar semula?

    Konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle, atau Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula, dan Kitar Semula) bukanlah konsep baru di Singapura. Tetapi adakah ia sesuatu yang orang ramai lakukan di sini? Dalam episod #NoTapis edisi pelajar Gen G kali ini, pelajar dari Sekolah Menengah Canossa Saint Anthony Iman Daania Mohamad Damar dan Nelly Andrea Fahmy Lulu Sophia Nor Azam berkongsi pemahaman mereka tentang konsep kitar semula dan mengapa ia penting untuk melakukannya.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    15 min
  • Pembunuhan Berganda di Kovan: Pergelutan Yang Membawa Maut

    Iskandar memakai gelang dan alat pendengar supaya kelihatan seperti dia menggunakan alat komunikasi dan berpura-pura berkomunikasi dengan rakan sekerjanya.

    Selepas Boon Sin mengeluarkan wang tunai dan kandungan peti keselamatan, Iskandar 'mengiring' Boon Sin pulang dan merancang untuk kemudian merompaknya dan lari.

    Namun, rancangannya gagal apabila beg yang membawa beg tunai itu disimpan Boon Sin sebelum sempat dirampas Iskandar.

    Apa yang terjadi dalam pergelutan itu... sehingga membawa maut?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    7 min
  • Awet jenazah setiap hari... pernah kena badi mayat?

    “Biar betul? Bukankah ini kerja orang bukan Islam?”
    Itulah antara reaksi sesetengah orang tatkala mendapat tahu beliau bekerja sebagai tukang awet mayat. 
    Bagaimanapun, Encik Raja Ashraf Raja Khalif, 37 tahun, tidak tersinggung kerana beliau mengakui pekerjaannya itu lain daripada yang lain dan jarang diceburi orang Islam.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    35 min
  • Pembunuhan Berganda di Kovan: Staf Sarjan polis diberkas

    DARIPADA bertugas sebagai pegawai polis yang sepatutnya bendung jenayah, seorang Staf Sarjan Kanan dengan Pasukan Polis Singapura (SPF), Iskandar Rahmat, telah diberkas kerana didapati terlibat dalam kes pembunuhan bapa dan anak di kawasan Kovan.

    Apakah motifnya?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    5 min
  • Kesihatan Mental: Bagaimana anda boleh menanganinya?

    Snowflake? Generasi Strawberi? Adakah generasi muda kini terlalu lembut dan sering mengalami kesihatan isu mental? Dalam episod #NoTapis edisi pelajar Gen G kali ini, pelajar dari Sekolah Menengah St Anthony's Canossian Masayu Raeyna Md Faisal and Lulu Sophia Binte Nor Azam, berkongsi pemahaman mereka tentang kesihatan mental dalam kalangan anak muda.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    20 min
  • Skim Cepat Kaya: Selepas puas menipu di SG, Thailand, Farwill merebak pula ke Medan dan Pulau Pinang

    Selain di Haatyai, Thailand, Mohd Al-Faisal turut melakukan beberapa kes penipuan di Medan dan Pulau Pinang. 

    Di Medan, penipuan dan kelicikannya terbongkar apabila cek-cek yang diberinya kepada sekumpulan peniaga di sana ditendang bank pada 1996.

    Selain Medan, Al-Faisal turut menipu di Pulau Pinang.

    Dia menipu sekumpulan peniaga melibatkan ratusan ribu ringgi Malaysia antara April 1998 dengan Februari 1999.

    Al-Faisal ditangkap akhirnya di Ipoh, Perak pada Julai 2003.

    Dia kemudian didapati bersalah memasuki Malaysia tanpa dokumen sah dan dihukum penjara sembilan bulan dan sebat sekali.

    Selepas itu dia diserah kepada polis Singapura selepas diburu polis Singapura selama 12 tahun.

    Ikuti bahagian akhir Skim Cepat Kaya Farwill bersama editor podcast, Shahida Sarhid.

     

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    9 min
  • Skim Cepat Kaya: Nyawa wartawan dalam bahaya di Haatyai

    Apabila mantan wartawan Saini Salleh menjejak Mohd Al-Faisal hingga ke Haatyai, Thailand bersama jurugambar Mohd Osman Salleh, mereka telah dihampiri 'bodyguard'  Al-Faisal yang membawa senjata.

    Mereka terpaksa memikirkan satu tipu helah bagaimana untuk melarikan diri daripada cengkaman orang-orang Al-Faisal kerana khuatir nyawa mereka dalam bahaya.

    Bagaimanakah mereka melarikan diri daripada modus operandi Farwill yang agak rumit dan bahaya ini?

    Dengar Episod 3 : Diari Mahkamah bersama editor podcast, Shahida Sarhid 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    9 min

About No Tapis

From the publisher's feed

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

More shows like No Tapis

TTYL: Talk To You Later by Folklore Studio

TTYL: Talk To You Later

5 Listeners