No Tapis
Download on the App Store

No Tapis episodes

  • Pembangunan jurulatih bola sepak di Singapura bermasalah? (Bahagian 2/3)

    STRUKTUR jurulatih dalam bola sepak Singapura harus diperbetulkan, kata bekas kapten Singa Aide Iskandar.

    Beliau berpendapat bahawa Singapura bergelut untuk mengkategorikan barisan jurulatihnya mengikut keperluan pembangunan bola sepak negara.

    Malah, bekas jurulatih Young Lions dan pasukan bawah 23 tahun nasional lelaki itu mencadangkan supaya jurulatih tempatan dibahagikan kepada tiga cabang – elit, pembangunan dan akar umbi.

    Ini ditetapkan berdasarkan pengalaman bermain jurulatih dan keupayaan mereka untuk melatih pasukan di tahap tertentu.

    Dengar terus pandangan beliau dalam #NoTapis: Extra Time bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim. Turut hadir dalam podcast ini termasuk legenda, Rafi Ali dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    32 min
  • Dapatkah projek Unleash The Roar! selamatkan bola sepak SG? (Bahagian 1/3)

    Untuk bola sepak Singapura menikmati kejayaan pada masa akan datang, semua pihak kini harus mendukung falsafah bola sepak yang sama dalam pembangunan belia negara, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

    Beliau juga menekankan pentingnya untuk fokus pada meningkatkan taraf permainan semua pemain ketika melatih pasukan belia, berbanding hanya bergantung pada satu atau dua pemain bintang untuk menang perlawanan.


    Pendekatan ini, yang dianggap “lebih bijak”, dapat memberi lebih manfaat kepada pembentukan jangka panjang pasukan nasional, tambah Encik Chua, yang merupakan pengerusi projek Unleash The Roar! (UTR).

    Dengar penjelasan penuh daripada beliau dalam podcast #NoTapis bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim. Turut diundang dalam podcast ini ialah legenda, Aide Iskandar dan Rafi Ali.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    35 min
  • Kenapa berat badan kita turun bila puasa?

    Ramai yang memasuki bulan Ramadan dengan niat nak kurangkan berat badan. Namun sebenarnya, ini tumpuan yang salah. Apakah sebabnya? Dengar podcast bersama hos #NoTapis, Shahida Sarhid, dan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    29 min
  • Jauhi pengaruh tidak sihat, bijak pilih rakan baik

    Dalam episod podcast Gen G kali ini, dua pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Nayla Zafirah Rozaini dan Nusaibah Haniyyah Al-Zahrah Shamsul, berkongsi tentang cabaran yang ditempuhi sedang mereka beralih ke zaman remaja. Bagaimana pilih rakan yang baik? Mengapa perlu memastikan kita tidak terpengaruh dengan perkara kurang sihat? Ikuti podcast ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    12 min
  • Apa itu 'Born-Again Muslim'?

    Pernahkah anda mendengar istilah 'Born-Again Muslim'? 

    Apakah golongan ini seakan baru mengetahui semula tentang agama atau 'new found truth'? Mengapa mereka menganggap diri mereka sebagai penyelamat atau mempunyai pemikiran bak "saviour mentality"?

    Apakah kebaikan konsep ini? Apakah pula perkara yang perlu kita waspada sekiranya mengetahui seseorang yang bersifat sedemikian?

    Menurut Timbalan Pengarah Pejabat Mufti dan Dasar dan Peraturan Agama di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy ada dalam kalangan golongan 'born-again Muslim' ini mengalami seakan 'spiritual burnout' atau ada yang semakin anti-sosial apabila belajar agama dengan lebih mendalam.

    Bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya? Dengar penjelasan beliau dalam podcast #NoTapis.

     

     

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    48 min
  • Nak tambah harta? Ada caranya!

    Dengan inflasi dan kos kehidupan yang semakin meningkat di Singapura, adalah penting untuk masyarakat memikirkan cara untuk mengembangkan wang mereka menerusi pelaburan, kata Ketua Perniagaan Luar Negara (Premier), Khidmat Kewangan Masyarakat Maybank Singapura, Encik Abdul Halim Abdul Rashid.


    Namun untuk melakukan ini, masyarakat harus menimba pengetahuan yang tepat dan rajin membuat kajian agar dapat membuat keputusan pelaburan yang bijak dan bersesuaian dengan peringkat kehidupan mereka.


    Encik Abdul Halim berkata demikian semasa membincangkan topik ‘Bagaimana kembangkan duit anda?’, dalam sesi podcast #NoTapis bersama koresponden Atiyyah Mohd Said. Podcast ini dijalankansecara langsung di Anjung@Wisma Geylang Serai. 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    46 min
  • MASDO - Budak muda sekarang suka pop ye ye?

    Apa yang membuat anak muda sekarang gilakan kumpulan kugiran Masdo?

    Walhal genre yang mereka tampilkan merupakan genre muzik lama seperti pop ye ye, penampilan mereka juga bukanlah penampilan yang bersifat moden dan persembahan mereka juga agak santai.

    NoTapis berpeluang menyelongkar resipi di sebalik kejayaan dan kepopularan kugiran Masdo apabila mereka bertandang ke BHazar Berita Harian semasa bulan Ramadan ini di Anjung, Wisma Geylang Serai (WGS) 

    Ikuti temubual editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan Harith Mustaafa dalam episod terkini #NoTapis yang dijalankan secara langsung di WGS.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    1 hr 13 min
  • Apakah salah tanggapan mengenai pelaburan berlandaskan syariah? (Bahagian 2)

    Kalau hendak melabur, mestilah tabah menunggu pulangan pelaburan dan usah harapkan pulangan cepat.

    Demikian yang selalu dinasihatkan konsultan khidmat kewangan kepada pelabur Melayu/Islam berpotensi.

    Namun, bagi konsultan khidmat kewangan seperti Cik Nur Liyana Abdul Jalil dan Encik Muhammad Mafteem Farshad Abdul Khamid, mereka kian dapat melihat golongan warga yang sudah berusia serta muda yang lebih terbuka untuk menerima konsep pelaburan berlandaskan syariah.

    Ikuti Cik Nur Liyana dan Encik Muhammad Mafteem bersama editor podcast, Shahida Sarhid dan koresponden, Atiyyah Mohd Said yang berkongsi tentang trend dan salah tanggapan tentang pelaburan berlandaskan syariah dan mengapa Dana Kepelbagaian Global Shariah AIA harus menjadi pilihan produk pelaburan syariah orang Islam kita dalam podcast #NoTapis.

    Di samping itu, ikuti juga kisah seorang pelabur yang melabur dalam pelaburan berlandaskan syariah, Cik Siti Hamimah, yang telah melabur sejak usia 18 tahun lagi.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    47 min
  • Reset Tubuh Badan

    Bulan puasa bukanlah masa untuk makan berlebihan dan inilah masa untuk melakukan 'reset' terhadap tubuh badan.

    Malah tubuh badan merupakan satu amanah dari Allah dan setiap umat Islam harus menjaganya dengan baik.

    Inilah yang ditekankan oleh Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar dan Dr Nurhidayati Suphan ketika membincangkan tentang puasa dari segi kesihatan dan sains bersama Penolong kepada Editor, Nizam Ismail dalam #NoTapis

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    48 min

About No Tapis

From the publisher's feed

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

More shows like No Tapis

TTYL: Talk To You Later by Folklore Studio

TTYL: Talk To You Later

5 Listeners