
Sign up to save your podcasts
Or


BANGUNAN-BANGUNAN seperti Masjid Omar Kampung Melaka dan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah tidak asing lagi bagi masyarakat Islam di Singapura sebagai harta wakaf.
Pemberian wakaf ini juga selalunya dikaitkan dengan nama-nama seperti Syed Omar Ali Aljunied dan Hajjah Fatimah yang merupakan hartawan atau ahli perniagaan.
Jadi adakah kita perlu memiliki hartanah untuk diwakafkan?
Atau dalam zaman hari ini, bolehkah wang tunai diwakafkan? Bagaimana pula kalau ilmu? Apakah ia boleh diwakafkan?
Dalam episod #No Tapis: Merancang Legasi Anda, pegawai eksekutif kanan dakwah Darul Arqam, Ustazah Bushra Habibullah dan pegawai eksekutif di Pejabat Dana Masyarakat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Suffiyan Zainal memberikan penjelasan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam podcast #NoTapis X Gen G kali ini, dua calon Anugerah Guru Arif Budiman 2022 bagi kategori perangsang, Cikgu Nor Shahila Mohammed dan Cikgu Nurul Huda Muhd Yassin berkongsi tentang pengalaman mereka mengajar bahasa Melayu dalam cara kreatif. Bagaimana pula boleh pelajar mengakses sumber untuk memperbaiki penguasaan bahasa Melayu mereka? Apa tip untuk cemerlang dalam pelajaran? Ikuti perkongsian guru-guru ini! Podcast in dirakam lewat tahun lalu.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Para suami yang mempunyai niat untuk kahwin dua di luar negara tanpa pengetahuan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), perlu ketahui bahawa sijil pernikahan yang diperolehi daripada luar negara itu tidak diterima oleh ROMM di sini.
Ini yang dikongsi peguam mapan, Encik Abdul Rohim Sarip, yang juga pemilik firma guaman, A. Rohim Noor Lila LLP.
Dalam #NoTapis kali ini, beliau dan naib kadi, Ustaz Hidayat Ismail membincangkan dengan lebih lanjut tentang isu poligami dan bagaimana kesannya di Singapura ini.
Topik tersebut menjadi perbualan hangat warganet menyusuli kes rumah tangga pengarah/pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah selepas Syamsul memuat naik gambar beliau bernikah dengan Ira Kazar di Thailand baru-baru ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pepatah seperti “hutang emas boleh dibayar” dan “hutang budi dibawa mati ” biasa kita dengar.
Oleh itu, perkataan ‘hutang’ itu bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
Bahkan, konsep ‘hutang’ ini juga sering menimbulkan tanda tanya atau kontroversi dalam masyarakat Melayu/Islam di sini.
Kebanyakan orang Melayu/Islam prihatin tentang hutang kerana ramai yang berpendapat ia mempunyai implikasi bagi mereka bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat.
Dalam podcast #NoTapis kali ini, isu ini dikupas dengan lebih mendalam bersama tetamu khas iaitu Ustaz Khairani Basiran, Ketua Perhubungan Strategik dan Penglibatan Masyarakat di Masjid En-Naeem dan Mohammad Rizuan Mohammad Yasin, Pengarah Urusan di Emerald Law LLC.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Setiap orang pasti ada masa silamnya dan bagi Encik Andyn Abd Kadir, masa silamnya cukup perit dan merupakan titik hitam dalam kehidupannya.
Tetapi kini beliau telah berubah dan sebaliknya memberanikan dirinya dengan mendaki gunung dan sasarannya ialah mengumpul $200,000 untuk diagih kepada dua pertubuhan iaitu Khidmat Kaunseling Muslim (MCS) dan Khidmat Masyarakat HCSA.
Ini dilakukan menerusi inisiatif yang diberi nama 'Climbing For Good' yang juga merupakan usahanya sendiri.
Dengar kisah inspirasi warga muda ini dalam #NoTapis
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kesedaran ramai terhadap nasib bekas banduan sepertinya semakin meningkat.
Oleh itu bekas anggota kongsi gelap yang pernah dipenjara, Encik Andyn Abd Kadir, 37 tahun, merancang untuk mengumpul dana bagi dua pertubuhan yang membantu bekas pesalah melalui kehidupan seperti masyarakat lain, iaitu Khidmat Kaunseling Muslim (MCS) dan Khidmat Masyarakat HCSA.
Caranya: Dengan mendaki gunung dan sasarannya ialah mengumpul $200,000 untuk diagih kepada kededua pertubuhan itu.
Inisiatif yang diberi nama 'Climbing For Good' itu merupakan usahanya sendiri.
Namun setiap gunung yang didaki pasti ada cabarannya.
Ini telah dikongsi dengan lebih mendalam oleh Encik Andyn dalam #NoTapis bersama editor podcast, Shahida Sarhid.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
DALAM pembahagiaan harta peninggalan bagi masyarakat Islam, kebanyakan Muslim akan bersandar kepada faraid.
Selain faraid, ramai dalam kalangan masyarakat Islam yang juga mengetahui tentang wasiat secara umumnya.
Namun, dalam Islam, pembahagian harta tidak terhad kepada dua cara ini.
Terdapat dua lagi cara yang membolehkan pembahagiaan harta yang lebih luas, iaitu hibah dan nuzriyah.
Dalam podcast #NoTapis: Merancang Legasi Anda kali ini, isu hibah dan nuzriyah ini dijelaskan dengan lebih mendalam oleh Ustaz Hafiz Rafie, kakitangan Sumber Mahkamah Syariah dan Encik Abdul Rohim Sarip, peguam dan pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod kedua #NoTapis X Gen G, kami bersembang dengan dua lagi pelajar dari Sekolah Menengah Perempuan Paya Lebar Methodist mengenai pengalaman mereka berdepan dengan pembulian siber.
Pernahkah mereka alami pembulian siber? Apa yang perlu dilakukan jika kita menjadi mangsa pembulian siber atau melihat rakan kita dibuli di alam maya?
Jom dengar perkongsian peribadi mereka!
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod kedua #NoTapis X Gen G, kami bersembang dengan dua lagi pelajar dari Sekolah Menengah Perempuan Paya Lebar Methodist mengenai pengalaman mereka berdepan dengan pembulian siber.
Pernahkah mereka alami pembulian siber? Apa yang perlu dilakukan jika kita menjadi mangsa pembulian siber atau melihat rakan kita dibuli di alam maya?
Jom dengar perkongsian peribadi mereka!
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pada 2021, pemerintah telah melancarkan projek bola sepak nasional, Unleash the Roar! yang bertujuan untuk membangun dan mencungkil bakat baru yang boleh mendukung Singapura ke Piala Dunia 2034.
Apakah ia satu langkah yang baik?
Bagaimana untuk memastikan keberkesanan program itu?
#NoTapis: Extra Time mengundang bekas kapten pasukan Singapura, Aide Iskandar bersama bekas jurulatih skuad nasional, Jita Singh dan bekas pemain midfield Singapura, Rafi Ali bincang masalah dan cara pulihkan bola sepak negara.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners