
Sign up to save your podcasts
Or


Kededuanya bersaing bagi anugerah penjaring gol terbanyak atau 'But Emas', dengan masing-masing telah menyumbatkan lima gol sepanjang Piala Dunia Qatar 2022 ini.
Sesuai dengan kedudukan itu, dua penyerang berbisa itu akan bersemuka dalam perlawanan akhir malam ini.
enyerang Perancis, Kylian Mbappe (atas, kanan), yang menjulang trofi Piala Dunia empat tahun lalu dan akan menyambut ulang tahunnya yang ke-24 minggu depan, ingin menjadi pemain kedua termuda dengan dua kemenangan Piala Dunia - satu pencapaian yang cukup mengagumkan dengan hanya legenda Brazil, Pele, pernah memenangi Piala Dunia dua kali pada usia 22 tahun, sebelum ini.
Bagi penyerang Argentina, Lionel Messi (atas, kiri), yang telah beberapa kali mengatakan bahawa ini akan menjadi Piala Dunia terakhirnya, pemain berusia 35 tahun hanya sekitar 90 minit daripada menjulang trofi yang amat diidamkan beliau dan negaranya.
Dengar pandangan pakar kami Ketua Jurulatih, Geylang International, Noor Ali dan bekas penjaga gawang Singapura, Yakob Hashim dalam #NoTapis:Extra Time bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Maghribi masih dapat menamatkan kempen Piala Dunia 2022 dengan cemerlang ketika berdepan Croatia dalam aksi penentu tempat ketiga/keempat malam ini.
Dapatkah Maghribi mencatat satu lagi kemenangan di Qatar?
Dengarkan pandangan Jurulatih Geylang International, Noor Ali dan bekas penjaga gawang Singapura, Yakob Hashim dalam #NoTapis: Extra Time
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Banyak yang dikongsi Hazrul mengenai kisah balik tabir peraduan realiti Gegar Vaganza.
Antaranya termasuk mengenai pemilihan lagu yang tidak kesemuanya dalam senarai yang beliau catatkan.
Satu lagu yang perlu didendangkannya tanpa dirancang adalah lagu klasik Tan Sri P. Ramlee, Azizah.
“Kalau tidak, saya nak dendangkan lagu Datuk Ramli Sarip, Kamelia... lebih rok sedikit,” jelasnya.
Dengar langsung perkongsian Hazrul dalam podcast #NoTapis: Gegaran GV bersama editor podcast, Shahida Sarhid dan timbalan editor seksyen gaya hidup, Haryani Ismail.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Negara-negara handalan seperti Brazil, Argentina dan England pastinya akan menjadi antara negara yang pastinya akan menunjukkan prestasi cemerlang dalam peringkat suku akhir Piala Dunia ini.
Tetapi bagaimana pula nasib 'underdog' seperti Maghribi dan Belanda?
Mampukah mereka bersinar dalam suku akhir ini?
Dengar perkongsian bekas penjaga gawang Singapura, Yakob Hashim dan penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir bersama editor podcast, Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim dalam episod terkini #NoTapis: Extra Time!
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kylian Mbappe kini telah menjaringkan sembilan 9 gol dalam 11 kemuncualn Piala Dunia untuk Perancis.
Rekod tersebut juga bermakna beliau juga telah menangani bilangan gol yang telah dijaringkan Thierry Henry, iaitu 6 gol dan Zinedine Zidane, iaitu 5 gol.
Beliau juga sedang mendahului senarai pemain yang menjaringkan gol paling banyak dalam Piala Dunia ini dengan 5 gol, 2 gol dihadapan Messi yang telah menyumbatkan hanya 3 gol.
Apakah Mbappe merupakan pemain terunggul dalam Piala Dunia ini?
Siapa pula pengurus atau jurulatih paling handal dalam kejuaraan kali ini?
Dengar perkongsian bekas penjaga gawang Singapura, Yakob Hashim dan penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir bersama editor podcast, Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim dalam episod terkini #NoTapis: Extra Time!
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Melihat kepada cara pemain mengambil sepakan penalti di Piala Dunia kali ini, terdapat perbezaan daripada segi corak tendangan mereka.
Berbanding dahulu di mana penjaga gawang akan membuat reaksi bergantung pada gerakan pemain, kali ini nampaknya pemain akan menunggu terlebih dahulu gerakan penjaga gawang sebelum membuat keputusan pada saat terakhir terhadap arah tendangan bola itu.
Dengar perkongsian bekas penjaga gawang Singapura, Yakob Hashim dan penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir terhadap perbezaan kepada corak penalti sekarang serta prestasi negara yang telah beraksi dalam Top 16.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dengan ramai pemain England yang berkebolehan, siapa yang akan menjadi pilihan jurulatih Southgate?
#NoTapis: Extra Time mendapatkan pandangan penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir dan kapten Tanjong Pagar United, Faritz Hameed.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pasukan dari benua Afrika juga tidak ketinggalan menunjukkan kehebatan mereka dalam Piala Dunia kali ini.
Namun adakah mereka masih mampu menyengat sehingga ke perlawanan akhir?
Apakah kelebihan mereka berbanding pasukan lain?
NoTapis: Extra Time bertanyakan pandangan penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir dan kapten Tanjong Pagar United, Faritz Hameed.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Jika di padang, mana satu antara dua G.O.A.T terunggul - Ronaldo dan Messi - yang lebih menyerlah sebagai kapten?
Siapa yang mampu menguasai pasukan dan sekali gus menguasai perlawanan?
Mampukah kedua-dua kapten unggul ini memimpin pasukan mereka ke perlawanan akhir dalam Piala Dunia 2022?
#NoTapis: Extra Time mendapatkan pandangan penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir dan kapten Tanjong Pagar United, Faritz Hameed.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pasukan Asia bukan lagi 'budak hingusan' yang boleh diketepikan.
Sepanjang Piala Dunia ini, mereka telah menunjukkan belang dan membuktikan kehebatan mereka di mata dunia.
Australia, Korea dan Jepun berjaya mara ke pusingan seterusnya dengan membaham pasukan gergasi lain, sekali gus kali pertama tiga pasukan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berjaya mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia.
#NoTapis: Extra Time bertanyakan pandangan Penolong Jurulatih Geylang International, Syed Azmir dan Kapten Tanjong Pagar United, Faritz Hameed mengenai kehebatan pasukan Asia.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners