No Tapis
Download on the App Store

No Tapis episodes

  • Jurulatih tempatan atau asing lebih baik untuk skuad negara?

    Pasukan Singa di bawah bimbingan jurulatih baru Takayuki Yoshida gagal mengulangi persembahan pengendali terdahulunya dan rakan senegara, Tatsuma Yoshida, yang telah membawa Singapura ke separuh akhir dalam edisi Piala AFF yang lalu pada Disember 2021.

    Singapura menghadapi kemarau untuk sekali lagi menjulang Piala AFF berterusan sejak kali terakhir memenanginya pada 2012. Singapura menjadi juara sebanyak empat kali dalam kejohanan Asean itu.

    Bekas kapten Singapura, Aide Iskandar,  bekas jurulatih skuad nasional, Jita Singh dan bekas pemain midfield Singapura, Rafi Ali membincangkan isu ini dengan lebih mendalam dalam episod terkini #NoTapis: Extra Time bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    17 min
  • Bola Sepak SG : Di mana silapnya?

    Rombak seluruh skuad, berikan suntikan bakat baru sambil lupakan kejayaan jangka masa pendek demi kejayaan yang lebih berkekalan.

    Persembahan hambar Singapura di Piala AFF 2022 baru-baru ini, di mana pasukan Singa disingkirkan oleh seteru tradisi Malaysia selepas tewas 1-4 dalam peringkat kumpulan, dikritik hebat peminat sekali gus menimbulkan seribu satu persoalan mengenai keadaan bola sepak negara.

    Bekas kapten Singapura, Aide Iskandar,  bekas jurulatih skuad nasional, Jita Singh dan bekas pemain midfield Singapura, Rafi Ali membincangkan isu ini dengan lebih mendalam dalam episod terkini #NoTapis: Extra Time bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    30 min
  • Dah ada faraid, buat apa nak wasiat?

    Konsep wasiat sebagai satu kaedah pembahagian harta bukanlah merupakan sesuatu yang asing bagi masyarakat Singapura. 


    Namun, dalam kalangan masyarakat Islam di Singapura, ia jarang sekali dipertimbangkan dan umumnya dianggap tidak relevan bagi pembahagian harta sesorang Muslim. 


    Sayangnya, kurang kepekaan dalam isu ini telah menjejas khususnya keluarga yang mempunyai tanggungan lain seperti anak angkat, anak tiri atau cucu.


    Dalam podcast #NoTapis: Merancang Legasi Anda kali ini, isu ini dikupas dengan lebih mendalam bagi menjelaskan makna dan fungsi wasiat serta bagaimana ia amat relevan bagi masyarakat Islam.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    1 hr 1 min
  • Ketuk-ketuk botol, sampai popular - Kisah Seniwati Zaiton

    Seniwati Zaiton Abdullah, 85 tahun dilamar menjadi pelakon ketika beliau belajar menjahit dan menyulam di Geylang Serai.

    Suami seniwati Mariani ketika itu, H.M. Rohaizad, adalah yang sering datang ke situ untuk meninjau sesiapa yang dirasakan sesuai untuk dijadikan bintang filem.

    "Selepas itu, satu demi satu filem ditawarkan kepada saya. Yang bikin saya teruja adalah berlakon dengan nama besar, Tan Sri P. Ramlee.

    "Saya perlu jalani ujian layar perak bersama Ramlee. Dapat peranan sebagai Tun Teja...ingatkan Hang Tuah suka kita, rupanya Hang Tuah nak kita jadi milik raja!" ceritanya sambil tertawa.

    Peranan tersebut membawa pada Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Pesta Filem Asia Pasifik 1957 di Jepun.

    Apa yang menggalakkan adalah walaupun kerjaya lakonan Zaiton cuma selama 13 tahun sahaja, ramai yang mengingatinya kerana watak ikonik Zaiton (Jeton) dalam Bujang Lapok; Chombi dalam Ibu Mertuaku; Tun Teja dalam Hang Tuah dan Mahani dalam Anakku Sazali.

    Dengan pendapatan $500 sebulan dan tambahan $1,000 setelah selesai sesebuah filem, Zaiton berupaya membeli kereta yang beliau pandu dari rumahnya ke Studio Jalan Ampas ketika itu.

    Dengar terus wawancara bersama seniwati Zaiton Abdullah dalam podcast #NoTapis yang dihoskan koresponden Shahida Sarhid dan timbalan editor seksyen gaya hidup, Haryani Ismail

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    49 min
  • Betul ke faraid tidak adil?

    Terdapat beberapa salah tanggapan tentang faraid dan antaranya termasuk bagaimana faraid lebih memihak atau menyebelahi kaum lelaki berbanding wanita.

    Namun masyarakat perlu faham mengapa ia ditetapkan sedemikian.

    Dalam podcast #NoTapis: Merancang Legasi Anda, tanggapan-tanggapan sebegini akan dibincangkan dengan lebih terperinci bersama para pakar.

    Pada episod pertama, Pengarah Bersekutu, Perbendaharaan dan Pasaran serta Ketua Shariah, Singapura, Ustaz Nuzaihan Hamdan dan Pengarah Urusan Deansgate Barakah Law Corporation, Encik Ezra Bunyamin akan membincangkan lebih lanjut tentang isu ini bersama editor podcast, Shahida Sarhid.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    45 min
  • #NoTapis Gen G: Alamak! Saya ketagih ke dengan media sosial?

    Dalam episod pertama bagi tahun baru ini, #NoTapis: GenG telah berbual dengan dua pelajar daripada Sekolah Perempuan Paya Lebar Methodist untuk mengetahui sikap mereka terhadap media sosial.

    Berapa lama yang mereka habiskan masa di media sosial?

    Aplikasi media sosial mana yang menjadi idaman?

    Dan apa yang mereka lihat, pantau atau saksikan dalam media sosial itu?

    Jom dengar perbincangan dua pelajar ini bersama editor GenG, Nur Humaira Sajat.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    11 min
  • Saloma Singapura dulu 'Rock Chick'

    Imma Pink atau nama sebenarnya Rahimah Mohamad, pernah dipanggil 'Saloma Singapura' oleh rakan-rakan seninya.

    Tetapi selain bernyanyi, wanita 35 tahun ini juga merupakan juru andam dan guru prasekolah.

    Ternyata bakat 3 dalam 1 yang dimilikinya itu banyak membantu dalam tugasan harian terutama sekali apabila menjadi guru prasekolah - di mana beliau akan menyanyi kepada kanak-kanak terutama bagi meredakan ketegangan dan menyolekkan kanak-kanak apabila hari 'graduation' mereka.

    Kenali lebih lanjut Imma Pink dalam podcast #NoTapis bersama editor podcast Shahida Sarhid dan timbalan editor seksyen gaya hidup, Haryani Ismail.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    41 min
  • Wartawan versi 2.0...apa tu?

    Biasa wartawan yang tanya soalan, sekarang wartawan pula yang kena 'interview'! Sempena ulangtahun BH yang ke-65, #NoTapis bersembang dengan dua wartawan BH, Farid Hamzah dan Natasha Hazirah tentang 'kemunculan' wartawan 2.0...apa tu? 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    44 min
  • Mengiggil-gigil angkat periuk 'cast iron pan' berat tapi Huda tidak pernah patah semangat

    Menyiang itik, mengangkat periuk besi tuang (cast iron pan) yang berat dan mengimbangi kerjaya sebagai pengacara, ibu kepada dua anak dan pelajar.

    Namun meski berdepan dengan pelbagai cabaran mentelah lagi kursus diploma kulinari di Shatec yang diambilnya berlangsung semasa tempoh pandemik, Huda tetap cekalkan hati dan meneruskan matlamatnya untuk tamat pengajian itu dengan keputusan cemerlang.

    Bahkan beliau juga meraih Anugerah Pelajar Terbaik dan menjadi valediktorian kursusnya.

    Ikuti perkongsian jelitawan Huda Ali bersama editor podcast, Shahida Sarhid dalam #NoTapis

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    53 min
  • Mampukah SG capai matlamat ke Piala Dunia 2034?

    Selepas Piala Dunia melabuhkan tirainya, terdetik pula dalam hati tentang matlamat yang ditetapkan Singapura untuk melangkah ke Piala Dunia.

    Mampukah matlamat yang ditetapkan iaitu 2034 untuk membawa Singapura ke pentas terbesar bola sepak tercapai?

    Apakah yang menghindari daripada mencapai matlamat tersebut?

    Ketua jurulatih Geylang International, Noor Ali dan bekas penjaga gawang Singapura, Yakob Hashim mengongsi pandangan terus terang mereka dalam podcast #NoTapis: Extra Time bersama hos Shahida Sarhid dan wartawan sukan BH, Zulaiqah Abdul Rahim 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    28 min

About No Tapis

From the publisher's feed

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

More shows like No Tapis

TTYL: Talk To You Later by Folklore Studio

TTYL: Talk To You Later

5 Listeners