
Sign up to save your podcasts
Or


Bayangkan sedang ramai temannya mempunyai banyak sekolah untuk dipilih selepas Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), Lee Syafiq hanya mempunyai beberapa pilihan sahaja.
Ini kerana beliau hanya meraih agregat 94 sahaja dan terus ke aliran Normal Teknikal.
Daripada situ, beliau terus melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sambil mengikuti kursus kulinari.
Hasil bekerja sambilan di gerai mak ciknya, Lee Syafiq seakan tertarik dengan suasana bekerja sebagai penjaja.
Daripada satu gerai, jenama Ashes Burnnit telah berkembang kepada enam cawangan di seluruh Singapura.
Dan baru-baru ini, beliau juga telah membuka satu lagi cawangan di New York!
Terdapat juga rancangan untuk mengembangkan cawangan tersebut ke bahagian Amerika Syarikat yang lain.
Atas kecekalan, tekad dan kesungguhan untuk mencorak laluan kejayaannya sendiri, Lee Syafiq merupakan penerima Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian 2022.
Dengar dan raih inspirasi daripada kisah anak muda ini
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Jika anda ternampak kakitangan darat (ground staff) wanita syarikat penerbangan tanahair, Singapore Airlines (SIA) mengenakan tudung, anda boleh berasa bangga kerana rekaan tudung itu merupakan hasil kerja tangan pereka tudung tempatan terkenal, Cik Adlina Anis.
Mengongsi berita gembira itu, Cik Adlina, 39 tahun, yang juga merupakan pemilik dan pengasas jenama tudung Adlina Anis berkata, sudah lebih sebulan para kakitangan SIA mengenakan rekaan tudungnya sebagai sebahagian daripada baju seragam harian kerja mereka.
Apakah kriteria yang ditetapkan SIA untuk tudung kakitangan mereka?
Apa pula cabaran yang dihadapi syarikat Adlina Anis dalam memenuhi keperluan tudung itu di tengah-tengah pandemik Covid-19?
Bagaimana pula syarikat sepertinya kekal bertahan semasa tempoh pandemik?
Dengar perkongsian beliau di #NoTapis
Atau baca kisahnya di: https://www.beritaharian.sg/rencana/rencana-pilihan-sia-desain-pereka-setempat-jadi
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Hazrul Nizam telah menunjukkan persembahan konsisten sepanjang musim GV ini tetapi mampukah beliau mendaki tangga teratas untuk terus merebut gelaran juara GV ?
Atau peserta lain seperti Jaclyn Victor dan Shila Amzah yang sudah diketahui akan merebut gelaran tersebut?
Atau mungkin kita akan mendapat kejutan daripada Bob Yusof dan Tomok pada konsert final GV?
Kami dapatkan pandangan dan ramalan daripada penyanyi Singapura, Farhan Shah dan Yanni Bakri dalam #NoTapis : Gegaran GV
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo, akan meninggalkan kelab Manchester United dengan segera.
Keputusan itu adalah akibat satu temuramah kontroversial di mana bintang berusia 37 tahun itu mengkritik kelab dan mengatakan secara terbuka bahawa beliau "tidak menghormati" pengurus United, Erik ten Hag.
Dengan keputusan itu, ke kelab mana wajar Ronaldo tuju?
Apakah kesannya kepada Portugal dalam Piala Dunia?
#NoTapis mengupas isu ini bersama Penolong Jurulatih Syed Azmir dan Pemain Tanjong Pagar United, Faritz Hameed.
Para tetamu juga akan memberikan pandangan mereka mengenai perlawanan akan datang termasuk ;
Sepanyol vs Germany
Brazil vs Switzerland
Portugal vs Uruguay
See omnystudio.com/listener for privacy information.
GELARAN G.O.A.T atau Greatest Of All Time - singkatan bagi Terhebat Sepanjang Masa - Lionel Messi mungkin raja bola sepak.
Tetapi, dalam perlawanan pertama Argentina, pasukan Arab Saudi menunjukkan siapa raja sebenar.
#NoTapis mengundang Penolong Jurulatih Geylang International, Syed Azmir dan Pemain Tanjong Pagar United, Faritz Hameed untuk mengongsi pandangan mereka tentang aksi-aksi menarik dalam Piala Dunia 2022
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Para pemimpin dunia bertemu di Sidang Puncak G20 , Bali, Indonesia baru-baru ini dan pelbagai isu telah dibincangkan.
Antaranya termasuk pertemuan bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden dengan Presiden China, Encik Xi Jinping. Namun apakah signifikannya?
Daripada mata pandangan seorang wartawan, apakah cabarannya membuat liputan tentang sidang puncak penting ini?
Bagaimana pula usaha Indonesia dalam menjadi tuan rumah selaku Presiden G20, berjaya dalam penganjuran sidang ini?
Ketahui lebih langsung daripada Penolong kepada Editor BH, Cik Norhaiza Hashim yang telah ke sana untuk membuat liputan ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Setiap empat tahun, bintang bola sepak menantikan peluang untuk menyinari pentas Piala Dunia.
Dan untuk dua G.O.A.T atau Greatest Of All Time – singkatan bagi Terhebat Sepanjang Masa – sukan itu, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, edisi kali ini membawa pengertian yang lebih besar.
Siapa yang bakal menyerlah?
Semuanya dalam podcast #NoTapis : Extra Time
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Apa kurangnya Hazrul sehingga sukar pihak GV nak berikan dia tangga pertama meskipun beliau telah menunjukkan yang terbaik minggu lalu?
Betul ke Shila mempunyai kelebihan lebih menyerlah daripada Hazrul?
#NoTapis: Gegaran GV mendapatkan pandangan beberapa personaliti tempatan termasuk penyanyi Hyrul Anuar, Penerbit Wadah Seni Entertainment Ukhti Aminah, Pemuzik, Olly Maguire dan penyanyi, Shakhila Yezz
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Beliau sepatutnya meraikan ulang tahunnya yang ke-20 di samping keluarga dengan bermakan malam bersama.
Sebaliknya, Ilhan Fandi menyambut hari istimewanya bersama sekitar 500 hadirin mewakili fraterniti bola sepak setempat di Hotel Orchard bagi Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2022.
Malam itu boleh digelar “malam Ilhan Fandi” – sejak awal acara, tumpuan sudah pun dihalakan ke atas penyerang muda Albirex Niigata itu, sebelum beliau naik tiga kali ke pentas utama bagi menerima trofi anugerahnya.
Dengar podcast #NoTapis: Extra Time
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pelbagai cabaran dilalui para koresponden Berita Harian Singapura dalam usaha membuat liputan Pilihan Raya Umum Malaysia 2022.
Koresponden Kanan, Norman Sawi dan Koresponden Ervina Mohd Jamil mengongsi antara pengalaman menarik, bermakna dan menyentuh perasaan yang telah mereka lalui semasa Hari Pencalonan dan tempoh berkempen.
Ayuh ikuti perkongsian mereka dalam mengupas suara hati rakyat menjelang Hari Mengundi PRU15
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners