No Tapis
Download on the App Store

No Tapis episodes

  • Banyaknya subjek! Bagaimana mengimbanginya?

    Berapa banyak subjek yang perlu dipelajari pelajar madrasah? Bagaimana pula mereka mengimbangi pelbagai subjek untuk peperiksaan? Dalam episod #NoTapis edisi pelajar Gen G kali ini, pelajar dari Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Muhd Uwais Qarni Hezrul Iskandar dan Hazieq Nur Iman Hafiedz-Ul Ashadi, berkongsi pengalaman mereka serta tip belajar dengan berkesan.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    11 min
  • Apakah peluang terbaik Muslim untuk melabur? (Bahagian 1)


    Inflasi yang kian meningkat bukan sahaja bermakna kos kehidupan bakal naik, tetapi berkemungkinan juga menyebabkan seseorang mengalami risiko kehilangan kuasa beli.


    Ini bermakna seseorang itu tidak mampu membeli sebanyak mungkin dengan simpanan yang ada pada masa depan.


    Justeru, bagi sesetengah orang, mereka mungkin sedang memikirkan bagaimana boleh menambahkan pendapatan, tambah duit simpanan atau membuat persiapan persaraan.


    Ini boleh dilakukan menerusi pelaburan berlandaskan syariah atau dikenali juga sebagai pelaburan halal yang berteraskan prinsip Islam dan berpandukan hukum syariah.


    Dapatkan pencerahannya daripada Pengarah Perkhidmatan Kewangan, Encik Qayyim Isa daripada Taqwa yang juga merupakan wakil sah bagi syarikat penyedia insurans, AIA Singapore, serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pergas Investment Holdings Pte Ltd, Dr Shamsiah Abdul Karim dalam podcast #NoTapis bersama hos, editor podcast, Shahida Sarhid dan koresponden, Atiyyah Mohd Said. 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    47 min
  • Senang kahwin, senang cerai?

    Betul ke sekarang proses mendaftar perkahwinan yang lebih senang, memudahkan pasangan berkahwin tetapi pada masa yang sama juga memudahkan pasangan untuk memfailkan perceraian?

    Trend ini dikongsi oleh naib kadi, Ustaz Muhd Zaki Mahmod yang juga merupakan sebahagian daripada program BersamaMu.

    Podcast kali ini menyentuh tentang bagaimana trend pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga serta keberkesanan program BersamaMu sejauh ini.

    Turut hadir dalam podcast ini ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    48 min
  • Saya pelajar madrasah sepenuh masa... Apa lainnya dengan sekolah nasional?

    Di Singapura, di samping sekolah aliran utama, terdapat juga sekolah madrasah sepenuh masa. Apa perbezaan kedua-dua sistem sekolah ini? Berapa subjek yang diambil pelajar madrasah? Ikuti perkongsian pelajar sekolah rendah dari Madrasah Irsyad, Musyfa Nor Mustaqim dan Marsya Qarisma Putri Mohamed Rozaini. 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    11 min
  • Permainan Video Permudah Pengganas Rekrut Remaja?

    KEHADIRAN kumpulan militan di dalam talian tidak boleh dipandang ringan kerana golongan ini adalah mesin perhubungan awam yang mempraktikkan strategi penggunaan permainan video atau media sosial yang canggih untuk berkomunikasi dengan anak-anak muda.


    Penggunaan permaian video dapat menarik dan merekrut remaja dari seluruh pelosok dunia dengan mudah apatah lagi penggunaan media yang lebih terbuka dan bebas serta dapat menyampaikan kandungan serta maklumat dalam masa yang singkat.

    Inilah antara isu yang dikongsi Pengkaji isu-isu antara Agama dan Berbilang Budaya, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib dan pakar psikologi klinikal yang juga Pengasas Impossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil dalam dalam siri Podcast #No Tapis: Berita Harian.

    Isu radikalisi dibincangkan menysuli tangkapan dua remaja berusia 15 dan 16 tahun yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    56 min
  • Pahit manis seorang guru dalam mendidik pelajar

    Kali ini, podcast #NoTapis edisi pelajar menampilkan seorang guru yang menceritakan tentang pengalamannya dalam bidang mengajar. Apa cabaran yang dihadapi golongan guru dalam mendidik para pelajar? Apa sifat dan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang sekiranya bercita-cita untuk menjadi seorang guru? Ikuti podcast ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    9 min
  • "Sebagai influencer, memang perlu sedia kena kecam..." - Vivy Yusof (Bahagian II)

    Langkah pengasas dUCk, Cik Vivy Yusof menubuhkan jenama itu turut menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang merasakan harga yang diletakkan pada tudung yang dijual di bawah jenama itu terlalu tinggi dan tidak dimampui, sedangkan matlamat utama tudung adalah untuk menutup aurat wanita.

    Membidas kecaman tersebut, Cik Vivy, atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof, berkata tidak semestinya semua hal yang berkaitan dengan agama perlu diletakkan harga yang rendah.

    "Mengapa orang Islam tak boleh inginkan 'luxury'? Kerana kita diajar agar terus meletakkan aspirasi untuk menjadi lebih baik dalam apa jua yang dilakukan.

    "Daripada sudut perniagaan juga, ini satu keputusan berasas, kerana dalam pasaran yang lebih dimampui memang sudah banyak jenama tudung lain.

    "Jadi, untuk apa kita buat benda sama apabila kita boleh wujudkan jenama orang Islam yang mewah, atau 'luxurious', dan mempunyai aspirasi tinggi," ujarnya.

    Dengar penjelasan beliau bersama editor podcast kami, Shahida Sarhid dalam #NoTapis

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    27 min
  • "Meski 'privileged' , tanpa kerja keras, tidak akan meraih kejayaan.. " - Vivy Yusof (Bahagian 1)

    DARIPADA dituduh meniru idea serta rekaan jenama lain hinggalah dikritik kerana tidak ‘fasih’ berbahasa Melayu oleh netizen, usahawan Vivy Yusof sudah lali menjadi bahan kritikan netizen. 

    Namun, sebagai usahawan pempengaruh yang memaparkan perjalanan hidup dan juga perniagaannya bagi ‘tontonan’ masyarakat umum, ini sesuatu yang beliau jangkakan dan bersedia menghadapi. 

    Pelopor jenama dUCK – yang dikenali menerusi selendang premium yang diperbuat daripada fabrik mewah seperti buluh dan sutera – berkata komen serta kritikan daripada netizen sudah mula diterima sejak beliau berkongsi tentang kehidupannya melalui blog sekitar lebih 10 tahun lalu.

    Dengar temuramah editor podcast, Shahida Sarhid bersama Vivy Yusof dalam podcast terkini #NoTapis

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    24 min
  • Bahasa Melayu tak “cool” macam bahasa Inggeris. Penting ke BM?

    Dalam episode podcast #NoTapis edisi pelajar Gen G kali ini, kita singkap kepentingan bahasa Melayu melebihi sekadar subjek peperiksaan bersama calon kategori Teladan bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2022, Cik Irmawati Mascom dan Cik Zainaba Omar. Mengapa pelajar zaman ini kurang terdedah kepada bahasa Melayu berbanding zaman dahulu? Mengapa pelajar lebih mahir berbahasa Inggeris daripada Melayu sedangkan mereka berbangsa Melayu? Masihkan bahasa Melayu relevan sekarang? Dengarkan perbincangannya dalam podcast ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    12 min
  • Antara Ekonomi Barat dan Islam, Mana satu lebih baik?

    KONSEP ekonomi berteraskan Islam, atau Islamic Gift Economy (IGE), merupakan konsep yang semakin mendapat tumpuan dalam masyarakat Islam mahupun masyarakat-masyarakat lain.

    Dalam episod kali ini, #NoTapis mengupas topik ini dengan lebih mendalam bersama dua tetamu khas, iaitu Ustaz Ridhwaan Radzi, pengasas bersama dan pengarah urusan Islamic Finance Singapore (IFSG Ltd), dan Ustazah Norsuria Jani, yang mempunyai latar belakang undang-undang dan syariah.

    Jadi, apakah perbezaan antara IGE dan konsep ekonomi yang konvensional?

    Perbezaannya ialah prinsip yang dipegang oleh kedua-dua jenis ekonomi ini.

    Dapatkan penjelasan dalam episod #NoTapis kali ini 

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    44 min

About No Tapis

From the publisher's feed

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

More shows like No Tapis

TTYL: Talk To You Later by Folklore Studio

TTYL: Talk To You Later

5 Listeners