
Sign up to save your podcasts
Or


Lebih 730 pelabur telah melabur $12.7 juta kepada mualaf keturunan Cina, Mohd Al-Faizal antara April dengan Disember 1991.
Para pelabur kepada Skim Farwill itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Ia terdiri daripada pemandu teksi, anggota jawatankuasa masjid, asatizah, kerani, penjaja dan pegawai sektor awam hinggalah kepada golongan profesional.
Mengapa masyarakat tertarik dengan skim ini sehingga sanggup melabur?
Dengar episod 3 : Diari Mahkamah bersama editor podcast, Shahida Sarhid.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Mohammed Ali hanya mengaku dia yang menyorok Nonoi beberapa hari selepas itu kepada keluarga sebelum menyerah diri ke Balai Polis Bedok.
Mayat Nonoi ditemui dalam keadaan amat memilukan - telanjang dan separuh reput di bawah jejambat Aljunied dengan ditutupi serpihan batu-batu dan sampah sarap.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Nonoi terus-terusan menangis. Ini yang menimbulkan amarah Ali.
Ali yang memang panas baran menampar pipi, menumbuk kaki dan tulang rusuk Nonoi untuk cuba menghentikannya daripada berterusan menangis.
Nonoi menangis dengan lebih kuat.
Dalam kemarahan, Ali menarik tangannya dan memaksanya ke tandas di dapur dan mengancam akan memasukkannya ke dalam air.
Nonoi masih menangis.
Ali menarik tangannya dan memaksanya ke tandas di dapur.
Terdapat satu baldi merah di dalam tandas itu.
Dengar Episod 2: Bahagian 2, Diari Mahkamah: Pembunuhan Nonoi
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pada 1 Mac 2006, Nurasyura Mohamed Fauzi atau lebih mesra dengan panggilan Nonoi, tiba-tiba didapati hilang.
Saudara-mara, jiran tetangga dan pegawai pembersih turut menyertai pihak polis dalam pencarian besar-besaran untuk mencari kanak-kanak berusia dua tahun ini.
Nonoi telah hilang daripada unit bawah datuknya di Blok 63, Circuit Road.
Dalam Episod 2: Diari Mahkamah, kami menyelongkar kisah menyayat hati yang pernah menggegarkan Singapura satu ketika dulu dengan pembunuhan Nonoi.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Remaja tertuduh Z hanya berusia 15 tahun apabila melakukan pembunuhan itu, adakah dia terlepas daripada hukuman gantung?
Jika ya, mengapa?
Dengarkan penjelasan daripada peguam kami Dzuleqhmal Dzuleqhram dalam Bahagian 3 Anthony Ler : Perbicaraan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam siri podcast terbaru ini, kami membawakan kepada anda jenayah-jenayah yang pernah berlaku di Singapura satu ketika dulu.
Sepanjang lapan episod, kami akan ketengahkan warga kerja Berita Harian yang telah membuat laporan mengenai kisah itu, mendapatkan pandangan pakar seperti kaunselor dan juga peguam untuk menerangkan lebih lanjut tentang aspek psikologi pelaku, mangsa dan juga aspek undang-undang.
Episod pertama Diari Mahkamah akan meninjau bagaimana seorang suami, Anthony Ler sanggup merancang dan mengupah seseorang untuk membunuh isterinya.
Untuk mengongsi pandangan anda, anda boleh mengirimkan emel kepada Editor Podcast Shahida Sarhid di [email protected]
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bagaimanakah Anthony Ler merancang untuk membunuh isterinya?
Siapakah yang dia upah untuk melaksanakan rancangan bunuhnya itu?
Apakah kesudahannya?
Dengar Bahagian 2 - Anthony Ler : Rancangan Membunuh di #NoTapis
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod #NoTapis edisi pelajar kali ini, Duta Bahasa 2021 yang juga penggiat seni, Dr Noramin Farid, berkongsi tentang pengalamannya menceburi bidang tarian Melayu. Betul ke tarian Melayu ini bersifat lembut sahaja? Apakah kaitannya dengan budaya Melayu? Dengar podcast ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bagaimanakah persiapan juara dunia pencak silat Nurul Suhaila Saiful menjelang Sukan SEA ini?
Nurul Suhaila yang merupakan pemenang pingat di Sukan SEA 2022 bakal bertanding dalam kelas E puteri 65 hingga 70 kilogram kali ini.
Apa yang boleh kita jangkakan daripada beliau daripada segi persiapan dan semangatnya untuk terus mengembangkan lagi sukan seni mempertahankan diri ini di mata masyarakat?
Dengar podcast #NoTapis: Extra Time yang dirakamkan di Wisma Geylang Serai bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod #NoTapis edisi pelajar kali ini, duta bahasa 2022 yang juga personaliti televisyen, Encik Fir Rahman dan Encik Hans Hamid, berkongsi pengalaman mereka untuk bertutur bahasa Melayu di rumah bersama anak-anak mereka. Penting ke untuk berdwibahasa? Kenapa susah nak bertutur bahasa Melayu di rumah? Ikuti podcast ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners