Selain di Haatyai, Thailand, Mohd Al-Faisal turut melakukan beberapa kes penipuan di Medan dan Pulau Pinang.
Di Medan, penipuan dan kelicikannya terbongkar apabila cek-cek yang diberinya kepada sekumpulan peniaga di sana ditendang bank pada 1996.
Selain Medan, Al-Faisal turut menipu di Pulau Pinang.
Dia menipu sekumpulan peniaga melibatkan ratusan ribu ringgi Malaysia antara April 1998 dengan Februari 1999.
Al-Faisal ditangkap akhirnya di Ipoh, Perak pada Julai 2003.
Dia kemudian didapati bersalah memasuki Malaysia tanpa dokumen sah dan dihukum penjara sembilan bulan dan sebat sekali.
Selepas itu dia diserah kepada polis Singapura selepas diburu polis Singapura selama 12 tahun.
Ikuti bahagian akhir Skim Cepat Kaya Farwill bersama editor podcast, Shahida Sarhid.
See omnystudio.com/listener for privacy information.