Inflasi yang kian meningkat bukan sahaja bermakna kos kehidupan bakal naik, tetapi berkemungkinan juga menyebabkan seseorang mengalami risiko kehilangan kuasa beli.
Ini bermakna seseorang itu tidak mampu membeli sebanyak mungkin dengan simpanan yang ada pada masa depan.
Justeru, bagi sesetengah orang, mereka mungkin sedang memikirkan bagaimana boleh menambahkan pendapatan, tambah duit simpanan atau membuat persiapan persaraan.
Ini boleh dilakukan menerusi pelaburan berlandaskan syariah atau dikenali juga sebagai pelaburan halal yang berteraskan prinsip Islam dan berpandukan hukum syariah.
Dapatkan pencerahannya daripada Pengarah Perkhidmatan Kewangan, Encik Qayyim Isa daripada Taqwa yang juga merupakan wakil sah bagi syarikat penyedia insurans, AIA Singapore, serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pergas Investment Holdings Pte Ltd, Dr Shamsiah Abdul Karim dalam podcast #NoTapis bersama hos, editor podcast, Shahida Sarhid dan koresponden, Atiyyah Mohd Said.
See omnystudio.com/listener for privacy information.