Keluar Sekejap

EP158 | Petronas Kurangkan 10% Pekerja, Fahmi Reza Disekat, Subsidi LPG, Peluasan SST


Listen Later

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 158 kali ini menyaksikan kembalinya Shahril Hamdan sebagai hos bersama KJ, dalam sebuah episod yang membedah pelbagai isu semasa dari sudut politik, dasar awam dan cabaran kerajaan Madani memasuki separuh penggal pemerintahan.


Episod dibuka dengan perbincangan tentang fenomena “half-term blues” apabila kerajaan mula hilang momentum reformasi, komunikasi dasar menjadi lemah, dan kecekapan pentadbiran dipersoalkan. KJ dan Shahril membincangkan kesan kepada modal politik kerajaan Madani, serta risiko besar terhadap pelaksanaan dasar besar seperti penyasaran subsidi.


Antara isu utama yang disentuh termasuk langkah penyasaran subsidi LPG dan pengenalan tong ungu untuk penggunaan komersial yang mencetuskan kekeliruan di peringkat awal sebelum kerajaan membuat ‘rollback’ dasar. Isu ini dijadikan contoh bagaimana kelemahan komunikasi boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan mengurus ekonomi.


Perbincangan diteruskan dengan inisiatif SKMM mengumpul data telefon bimbit yang menimbulkan kebimbangan terhadap hak privasi dan kemungkinan penyalahgunaan data. KJ dan Shahril meneliti rasional inisiatif ini, mempertikai ketelusan pelaksanaannya, serta menyeru penambahbaikan kepada Akta PDPA yang tidak melindungi data peribadi daripada agensi kerajaan.


Isu sekatan perjalanan terhadap Fahmi Reza turut dibincangkan, termasuk pendedahan wujudnya “senarai pemantauan” (movement monitoring list) yang membolehkan sekatan tanpa justifikasi hitam putih. Ini menimbulkan persoalan terhadap amalan reformasi, ketelusan pihak berkuasa dan keseimbangan antara kuasa negara dan hak individu.


Segmen reformasi diteruskan dengan perkembangan terbaharu dalam kes Teo Beng Hock, apabila keputusan NFA dikekalkan oleh Jabatan Peguam Negara, mencetuskan kekecewaan keluarga mendiang dan pertikaian terhadap pendirian terkini DAP parti yang dahulu menjadikan isu ini sebagai simbol perjuangan keadilan dan ketelusan.


Dalam segmen ekonomi, KS mengulas keputusan Petronas untuk mengurangkan 10% tenaga kerja sebagai sebahagian daripada strategi pelarasan kos dan kelestarian jangka panjang. KJ menekankan perlunya empati dan koordinasi kerajaan dalam menyokong mereka yang terkesan, serta gesaan agar kerajaan menyediakan program reskilling secara menyeluruh.


Episod diakhiri dengan isu kelewatan pelaksanaan peluasan SST yang kini ditunda ke Julai, memburukkan lagi persepsi terhadap kecekapan pentadbiran fiskal kerajaan dan ketidaktentuan dasar, khususnya dalam perancangan pelaksanaan cukai dan penyasaran subsidi pada masa akan datang.


Episod ini dibawakan khas oleh Gintell, jenama tempatan bertaraf antarabangsa dalam teknologi kerusi urut. Saksikan juga promosi istimewa Hari Bapa yang ditawarkan kepada penonton dan pendengar setia Keluar Sekejap.


Dapatkan promosi eksklusif 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 sempena pelancaran kerusi urut baharu 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐌𝐢𝐜𝐤𝐞𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢𝐚 dan 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐒𝟓 𝐏𝐫𝐨. Tawaran untuk 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐌𝐢𝐜𝐤𝐞𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢𝐚 sah untuk 𝟐𝟎 peminat dan 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐒𝟓 𝐏𝐫𝐨 sah untuk 𝟓𝟎 peminat 𝐏𝐨𝐝𝐜𝐚𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐤𝐞𝐣𝐚𝐩 yang terawal sahaja‼️


Sila wasap ke pautan https://gtks.wasap.my untuk info lanjut.


Cepat 𝐏𝐌 sekarang 🤩


Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!

Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Keluar SekejapBy Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

  • 5
  • 5
  • 5
  • 5
  • 5

5

8 ratings


More shows like Keluar Sekejap

View all
The Breakfast Grille by BFM Media

The Breakfast Grille

3 Listeners

Mufti Menk by Muslim Central

Mufti Menk

2,091 Listeners

Nouman Ali Khan by Muslim Central

Nouman Ali Khan

890 Listeners

Yasir Qadhi by Muslim Central

Yasir Qadhi

979 Listeners

Omar Suleiman by Muslim Central

Omar Suleiman

1,968 Listeners

MALAM SERAM by KC Champion

MALAM SERAM

19 Listeners

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

174 Listeners

The Daily Ketchup by The Daily Ketchup

The Daily Ketchup

7 Listeners

Apa Citer? by Izzat, Anwar dan Hekal

Apa Citer?

0 Listeners

Khabarnya Podcast by Khabarnya Podcast

Khabarnya Podcast

0 Listeners

OKLETSGO by Dzar, Dyn & Razie

OKLETSGO

0 Listeners

BBK Network @ Podcast by BBK Network

BBK Network @ Podcast

0 Listeners

Are We OK? by Are We OK?

Are We OK?

0 Listeners

Mufti Menk Podcast by Mufti Ismail Menk

Mufti Menk Podcast

28 Listeners

Tekan Habis Podcast by tekanhabis

Tekan Habis Podcast

0 Listeners