
Sign up to save your podcasts
Or


Apabila saya kongsikan cerita mengenai sekolah-sekolah di Finland yang sama adil sama rata untuk semua murid di negara berkenaan, antara komen menarik yang saya terima ialah apabila munculnya dakwaan bahawa kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan Finland kerana pendidikan kita perlu mengikut acuan kita sendiri.
Di Ireland, Artikel 47 Perlembagaan Negara menyatakan mekanisme dan peranan ahli Parlimen (TD) serta rakyat negara ini, jika pindaan mahu dilakukan ke atas Perlembagaan Negara.
Hari ini Jumaat 8 Mac 2024, rakyat Ireland keluar mengundi untuk meminda Perlembagaan Ireland, Artikel 41, berkaitan definisi KELUARGA dan peranan wanita di dalam rumah. Adakah referendum ke-39 dan 40 ini perlu untuk memperbaiki kualiti hidup dan integriti masyarakat, atau sebaliknya? Saya berkongsi beberapa maklum balas ringkas mengenai dua usul berkenaan. Semoga bermanfaat.
Apabila George Galloway menang dalam pilihanraya MP di Rochdale baru-baru ini, beliau dicemuh sebagai mementingkan isu Gaza dan bukannya isu tempatan pengundi yang mengundinya.
Jika ada sesiapa berkumpul dan mula bersembang tentang hari-hari gemilang di sekolah dahulu, sekolah yang elit, terkenal, keputusan peperiksaan terhebat negara, ia tidak pernah gagal mendatangkan rasa mual pada diri.
Empayar sombong ada ajalnya. Seperti kebun dalam surah al-Kahf. Jangan berasa lemah di hadapan kesombongan mereka. Bukan banya empayar bisnes, malah negara haram I itu juga menuju kemusnahan oleh diri sendiri dari dalam seperti kata Profesor Ilan Pappe baru-baru ini.
#bebaspalestin #freepalestine #palestin #palestine #gaza #rafah
Suatu ketika dahulu, mempercayai bahawa kerosakan pusingan kedua yang kaum Yahudi lakukan sebagai seangkuh-angkuh manusia adalah apa yang Yahudi Zionis lakukan pada hari ini, bunyinya agak eksklusif. Ia terhad kepada pendapat ilmuan bidang al-Quran. Namun selepas 7 Oktober 2023, hal ini menjadi nyata kerana sepanjang sejarah manusia yang diketahui, kita belum pernah melihat golongan seangkuh dan sezalim mereka yang menjajah Palestin hari ini.
Empat bulan membuktikan empat perkara:
Andai Perang Ini Berpanjangan Dan Afrika Selatan Gagal di ICJ
Serumit mana pun masalah pendidikan, kita tidak tersesat jalan. Kita tahu pendidikan datang dari mana dan kita perlu membawanya ke mana. Oleh kerana kita tahu Islam menuntut pendidikan itu bentuknya bagaimana, kita tidak teragak-agak untuk terus berkonfrontasi dengan tetapan dalam sistem semasa yang tidak kena. Ia bukan berasaskan pendapat peribadi semata-mata, tetapi asasnya ialah kerana kita tahu bahawa Islam meletakkan pendidikan perlu bentuknya seperti ini.
From the publisher's feed

195 Listeners