No Tapis
Download on the App Store

All No Tapis episodes

  • Episod 474 NoTapis - Peguam muda senang ‘burnout’? Atau sistem guaman dah rosak?

    Kenapa semakin ramai peguam muda di Singapura pilih untuk tinggalkan bidang guaman? Adakah disebabkan ‘burnout’, waktu kerja yang terlalu lama, atau sistem itu sendiri yang perlu diubah? Dalam episod NoTapis kali ini, kami berbincang bersama Pengarah Urusan, Crescent Law Chambers LLC; Peguam Kanan, Titanium Law Chamber LLC dan Lulusan bidang undang-undang, Universiti Nasional Singapura (NUS) tentang realiti sebenar menjadi seorang peguam di Singapura. Daripada tekanan memenuhi tuntutan klien hinggalah kesan teknologi yang menjadikan kerja semakin pantas, kami mengupas persoalan yang ramai ingin tahu: adakah profesion ini masih mampu menarik dan mengekalkan bakat-bakat muda? Adakah masalahnya generasi muda... atau sistem yang perlu berubah?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    1 hr 10 min
  • Episod 473 NoTapis - Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah?

    Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi?

    Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; pengasas bersama Meja Conteng, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria dan pencipta kandungan Cik Sofia Duad (soficattt).

    Melalui undian secara langsung bersama hadirin, kami mengupas persoalan yang dekat dengan generasi muda: 

    • Adakah anak muda kini belajar bahasa Melayu daripada media sosial seperti TikTok?
    • Perlukah kita risau dengan bahasa rojak? 
    • Sejauh mana pencipta kandungan bertanggungjawab membentuk penggunaan bahasa Melayu? 
    • Adakah bahasa Melayu benar-benar semakin hilang, atau sekadar berubah mengikut zaman?

    Perbincangan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja kekal relevan dalam era digital, malah terus mendapat tempat menerusi wadah baharu seperti podcast dan vlog, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    57 min
  • Episod 472 NoTapis - Rahsia di sebalik pertahanan S’pura: Bukan jet canggih, bukan pangkat tinggi tapi…

    Teknologi canggih boleh dibeli, tetapi semangat dan kesiapsiagaan untuk mempertahan Singapura tidak boleh dijual beli. 

    Apabila bercakap soal pertahanan negara, biasanya orang akan fikir tentang jet pejuang, kapal selam mahupun teknologi yang canggih.

    Namun, adakah semua itu mencukupi untuk menjamin keselamatan sebuah negara sekecil Singapura?

    Dalam episod podcast No Tapis sempena Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ini, hos Natasha Mustafa berbincang bersama Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, yang antara lain berkongsi pengalamannya sebagai Panglima Tentera Darat sebelum ini berkata senjata sebenar Singapura bukanlah aset dan teknologi canggih yang dimiliki, tetapi semangat individu di sebaliknya.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    47 min
  • Episod 471 NoTapis - Anak terlebih 'screen time': Salah ibu bapa?

    "Bagi gajet sebab nak anak diam..." Pernah tak anda buat macam ini?

    Ramai ibu bapa terperangkap dalam tabiat ini tanpa menyedari kesan jangka panjangnya. Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan 'content creator' The Perfect Duo SG (Amirul Afif & Sri Nur Rafiqah) berkongsi detik cemas apabila anak-anak mereka mula tiru bahasa dan tingkah laku negatif daripada kandungan dalam talian.

    Turut bersama ialah Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang berkongsi mengapa semakin ramai ibu bapa berdepan cabaran dalam dunia digital hari ini serta bagaimana gerakan Bijak Guna Skrin dari Kecil dapat membantu keluarga membina tabiat digital yang lebih sihat.

     

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    48 min
  • Episod 470 NoTapis - Tak pernah ada anak, tiba-tiba jadi ayah “instant”?

    Apa yang menjadikan seseorang itu seorang ayah? Adakah ia pertalian darah atau kasih sayang yang ditunjukkan setiap hari?

    Dalam episod NoTapis khas sempena Hari Bapa ini, Encik Idid Hazalee Hamid berkongsi bagaimana beliau menjadi ayah “instant" kepada tiga anak lelaki remaja selepas berkahwin dengan isterinya, Cik Norlindah Mohd Ali Marekan. Daripada pertemuan pertama yang penuh debaran sehinggalah saat pertama kali dipanggil "Ayah", kisah mereka membuktikan bahawa keluarga boleh dibina dengan kasih sayang, kepercayaan dan keikhlasan.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    36 min
  • Episod 469 NoTapis - “Orang yang saya tak kenal selamatkan nyawa saya…”

    Pada usia sembilan tahun, Falisha Zafilin disahkan menghidap penyakit kronik, Primary Sclerosing Cholangitis (PSC), sejenis penyakit hati kronik yang jarang berlaku dan tidak diketahui puncanya dan perlu menjalani pelbagai rawatan termasuk transfusi darah dan pemindahan hati. Dalam episod NoTapis kali ini, Falisha berkongsi perjalanan hidupnya — daripada zaman kanak-kanak yang banyak dihabiskan di hospital, rasa FOMO melihat kawan-kawan menjalani kehidupan biasa, hinggalah saat beliau sedar bahawa darah daripada orang asing telah membantu menyelamatkan nyawanya.

    Turut bersama ialah Cik Nur Huda Mustapha daripada Palang Merah Singapura yang berkongsi tentang keperluan darah di Singapura, proses pendermaan darah dan mengapa setiap penderma memainkan peranan besar dalam menyelamatkan nyawa.

    🩸 Berani derma darah selepas dengar episod ini?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    35 min
  • Episod 468 NoTapis - “Nak ada anak, atau tak…”

    ***Amaran kandungan sensitif***: Podcast ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan dan tekanan emosi. Pendengar dinasihatkan untuk dengar dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau talian bantuan.

    Mempunyai anak sering dianggap langkah semula jadi selepas berkahwin, tetapi bagaimana jika seseorang sebenarnya takut untuk menjadi ibu bapa?

    Dalam episod NoTapis kali ini, kami berbual tentang ‘'parenthood’', trauma dan tekanan masyarakat bersama Cik Siti Khadijah Ishak, yang berkongsi bagaimana pengalaman trauma dan cabaran  kesihatan mental membuat beliau takut untuk mempunyai anak sendiri. Turut bersama ialah Encik Ramdan Saruan, seorang bapa kepada lima orang anak, yang berkongsi realiti membesarkan keluarga besar dan cabaran menjaga anak-anak berkeperluan khas sambil bergelut dengan keletihan mental dan emosi.

    Pekerja sosial kanan PPIS, Cik Suhaili Saad, pula berkongsi bagaimana tekanan masyarakat dan kurangnya sistem sokongan boleh memberi kesan besar terhadap perjalanan menjadi ibu bapa.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    55 min
  • Episod 467 NoTapis - Kalau si pembuli ‘bangga’ lepas didenda, masih berkesan ke hukuman?

    Dalam episod NoTapis kali ini, kita membongkar realiti sebenar kes buli di sekolah serta perbahasan  di sebalik rangka kerja disiplin baharu Kementerian Pendidikan (MOE) yang bakal dilaksanakan pada 2027.

    Kita menjemput Encik Muhammad Aizzuddin Maulud, seorang bapa yang berkongsi detik luluh hatinya apabila mendapati anaknya yang sebelum ini ceria, tiba-tiba berubah menjadi murung dan enggan makan akibat dibuli di sekolah.

    Turut bersama ialah Kaunselor Kanan daripada Kelab Heal, Encik Abdul Hakim Adzhari. Beliau mengupas psikologi di sebalik tindakan seorang pembuli, mengapa mangsa sering memendam rasa, dan kenapa hukuman tradisional seperti rotan atau ditahan di sekolah mungkin tidak lagi berkesan, malah berisiko membuatkan pembuli menjadi lebih ganas.

    Adakah sistem sedia ada mampu melindungi anak-anak kita, atau kita sebenarnya terlepas pandang punca utama trauma mereka?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    49 min
  • Episod 466 NoTapis - Diburu ‘ah long’, diisytihar ‘bankrupt’...bekas penghutang buka cerita

    Detik cemas disimbah cat di rumah, gangguan panggilan telefon tanpa henti, serta pelbagai surat mahkamah sehingga barang disita - jadi realiti yang terpaksa dihadapi apabila bebanan hutang tak lagi mampu ditanggung.

    Bekas penghutang, Siti Masturah Ramlan dan Kak Sim (bukan nama sebenar), kongsi pengalaman mereka melalui krisis kewangan sehinggalah berjaya bangkit semula bina kehidupan hasil bimbingan emosi serta pengurusan kewangan. 

    Turut bersama ialah Pegawai kes, perkhidmatan keluarga AMP, Cik Nurhayati Yusof, yang berkongsi mengapa ramai hanya mencari bantuan apabila keadaan sudah terlalu kritikal dan bagaimana sokongan keluarga boleh menjadi sebab seseorang terus bertahan.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    1 hr
  • Episod 465 NoTapis - Cabaran ibadah haji yang ramai tak tahu…seperti sukan ekstrem?

    Adakah anda benar-benar bersedia menyahut seruan ilahi ke Tanah Suci? Apa tips persediaan haji secara fizikal?  

    Kali ini, penerbit Cik Natasha Mustafa membongkar satu topik yang sering dipandang remeh oleh bakal jemaah: Persediaan fFizikal. Kita selalu sibuk kursus haji dan hantar barang, tapi adakah jantung dan kaki kita cukup kuat untuk berjalan berbatu-batu di bawah terik matahari lebih 40°C?

    Dalam episod NoTapis ini, seorang peserta program Get Fit for Haj, Cik Ju’airah Kothiram, Pengurus Kanan, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Encik Aliff Izwan Ariffin, dan  Setiausaha Kehormat AMTAS dan Pengarah, Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, Ustazah Juyda Noor Mohamad, mengupas realiti sebenar di bumi suci.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    47 min