No Tapis
Download on the App Store

All No Tapis episodes

  • Episod 454 NoTapis - Ilmu agama ‘fast food’ vs. kelas berstruktur: Belajar agama di era digital

    Ilmu agama ‘fast food’ berbanding kelas agama berstruktur- ada yang lebih baik ke nak belajar agama dalam era TikTok dan AI sekarang? Macam mana nak pastikan tak hilang adab dan sumber yang sahih?

    Bersama Natasha Mustafa, hos NoTapis, episod ini menampilkan perkongsian Cik Sutinah Sujaair dan Encik Amirul Aqmal, pelajar Diploma Pengajian Islam Cordova, serta Ustazah Zulaikha Ishak dari Andalus.

    Andalus, Cordova dan Al-Zuhri menawarkan program-program agama untuk semua peringkat. Dapatkan informasi lanjut di:
    ANDALUS: www.andalus.com.sg
    CORDOVA: www.cordova.com.sg
    AL-ZUHRI: www.zuhri.com.sg

    00:00 – Fenomena ilmu 'segera' di media sosial
    02:05 – Semuanya bermula di rumah
    09:54 – Ilmu 'fast food' tak semestinya ilmu 'sahih'
    14:33 – Peranan guru, adab belajar dan amanah ilmu
    18:46 – AI dan teknologi: Memudahkan atau mengelirukan?
    21:35 – Belajar fikir, bukan 'telan' saja apa yang tersedia
    26:29 – Belajar agama 'online' + bersemuka dengan guru = Ilmu lebih menyeluruh
    37:28 – Mula dengan langkah kecil dulu

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    44 min
  • Episod 453 NoTapis - Demi impian Sukan SEA: Atlet imbangi kerjaya, sukan SEA

    Bagaimana rasanya jadi atlet negara sambil kerja sepenuh masa? Hos NoTapis pun salah seorang daripada atlet Sukan SEA tau! 

    Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Muhammad Hasbi Zainal, seorang pegawai Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan atlet sepak takraw serta Cik Noor Heeqmah Wahianuar, seorang peguam dan atlet jujitsu buka cerita sebenar.

    Mereka berkongsi pengorbanan, semangat, dan matlamat pingat — bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan, jurulatih, dan keluarga yang sentiasa ada. Dan kejutan — penerbit podcast, Cik Natasha Mustafa sendiri juga bersiap untuk Sukan SEA!

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    37 min
  • Episod 452 NoTapis - ‘Lain, tapi tak kurang’: Individu ‘neurodivergent’ ingin difahami dan dihormati

    Kesihatan mental semakin terbuka dibualkan, tapi bagaimana pula dengan golongan ‘neurodivergent’? Apa yang membuat mereka lain dari orang lain?

    NoTapis kali ini tampilkan tiga individu yang berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai individu yang ‘lain, tapi tak kurang’. 

    Cik Nurazah Mazlan - Sindrom Hemiconvulsions-Hemiplegia-Epilepsi (HHE)
    Encik Muhammad Hakim Hamzah - kelewatan pembangunan global (GDD)
    Encik Sharie Mirza Mohamed Zahid - Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD)

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    36 min
  • Episod 451 NoTapis :Mengapa tokoh Melayu masih penting bagi masyarakat dalam era ‘influencer’?

    Siapakah tokoh masyarakat Melayu dan mengapa mereka masih penting?
    Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha Mustafa sembang bersama sahabat sastera Majlis Bahasa dan Sastera Melayu Singapura (MBMS), Cik Miranti Silasudjana serta Timbalan Pengarah dan Pustakawan Utama (Bahasa Melayu) NLB, Cik Zubaidah Mohsen tentang bagaimana tokoh masyarakat Melayu membentuk sejarah, nilai dan identiti kita serta usaha bangunkan Tokoh Melayu Singapura.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    34 min
  • Episod 450 NoTapis: Pegerai kantin sekolah: Bukan jual makan saja, tapi tempat mengadu pelajar

    Di sebalik setiap pinggan nasi, nugget $1 dan ikan pari $2.60, tersimpan kisah yang jarang kita dengar — kisah peniaga kantin sekolah yang setiap hari memastikan pelajar makan dengan harga mampu milik.

    Dalam episod NoTapis ini, Cik Siti Raudha Md Nor dan Encik Wan Hasnirauuf Hassan berkongsi pengalaman mereka berniaga di kantin sekolah. Mereka berkongsi cabaran yang mereka hadapi serta salah tanggapan orang ramai tentang kerja mereka.

    Pada masa yang sama, mereka berdepan ketidakpastian tentang masa depan mereka, dengan beberapa sekolah kini bakal beralih kepada model katering pusat mulai 2026 — satu perubahan yang mungkin menamatkan kewujudan peniaga tradisional di sekolah. Jadi kita dengarkan apa ‘Aunty’ dan ‘Uncle’ kantin sekolah katakan…..

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    27 min
  • Episod 449 NoTapis: ‘Confinement nanny’: Keperluan atau nak ikut trend?

    “Kenapa, tak boleh urus sendiri ke?”
    “Selesa ke ada orang luar tinggal dalam rumah?” 

    Mungkin ini antara komen yang ditujukan kepada ibu-ibu yang mengambil khidmat ‘confinement nanny’ - atau penjaga semasa tempoh berpantang. Dulu biasanya mak atau mak mertua yang jaga, tapi kini orang luar yang jaga? 

    Dalam episod NoTapis kali ini, Cik Nurulshafiqa Subadi, seorang ibu muda ceritakan pengalaman sebenar selepas melahirkan anak pertamanya. Pengasas Beyond Bibik, Cik Yunisha Phillip dan Pengasas Ratu Confinement, Cik Nurindah Zafirah Sarman pula berkongsi manfaat khidmat penjaga berpantang bagi ibu yang baru saja bersalin.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    41 min
  • Episod 448 NoTapis - Dilemma Perniagaan Warisan: Nak kekalkan tradisi, tapi tak ada pelapis?

    Apa yang buat perniagaan warisan begitu istimewa — dan mengapa penting untuk kita pertahankan?

    Dalam episod khas NoTapis ini, kita berbual bersama dua ikon Kampong Glam, Encik Hafeez Abdul Hamid daripada Halijah Travel, agensi Haji dan Umrah yang bermula sejak 1981, dan Encik Hasmi Zin & Puan Zubaidah daripada Rumah Makan Minang, restoran Padang yang menjadi legenda di Arab Street.

    Mereka berkongsi kisah perjuangan keluarga, cabaran mengekalkan tradisi dalam dunia moden, dan harapan untuk generasi seterusnya.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    42 min
  • Episod 447 NoTapis: Saya malu nak cerita yang ayah saya seorang penagih…

    Bagi Siti (bukan nama sebenar), membesar dengan ayah yang dipenjara kerana dadah bukan perkara mudah. Beliau akui segan bercerita tentang ayahnya kepada teman-teman, takut akan pandangan orang lain. Bantuan dari Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) mengubah hidup beliau dan adik beradiknya, bukan hanya dari segi kewangan tapi juga dari segi sokongan moral dan mental. 

    Dari bantuan kecil hingga sokongan emosi dan mentor, HGEF bantu Siti bina semula keyakinan diri dan kini dia mahu bantu orang lain pula. Dalam episod NoTapis kali ini, Siti dan Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun berkongsi bagaimana pertubuhan ini bukan sekadar memberi wang, tapi harapan.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    35 min
  • Episod 446 NoTapis: Tinggalkan kerjaya stabil untuk buat pastri kerana…

    Bayangkan — baru bertunang, tunang disahkan leukemia.

    Enam bulan berulang-alik ke hospital, tapi di tengah dugaan itu, lahirlah impian baru. Daripada seorang guru kepada cef pastri, Cik Insyirah Abdullah kongsi kisah berani meninggalkan kerjaya stabil demi kejar minat dan membina semula hidup dengan semangat.‎

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    28 min
  • Episod 445 NoTapis: “Saya didera sejak berusia 9 tahun…sampailah saya 14 tahun”

    ****Amaran kandungan sensitif:
    Video ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan seksual dan tekanan emosi. Penonton dinasihatkan untuk menonton dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau talian bantuan.

    Beliau didera secara seksual oleh bapa tirinya sejak berusia 9 tahun hingga lah usianya 14 tahun. Cik Danyya Ateera berkongsi bagaimana beliau mula sedar bahawa apa yang dialaminya sejak kecil satu perkara yang salah hanya semasa kelas pendidikan seksual di sekolah. 

    Bersama Encik Amir Mirza Johari, Pegawai Perlindungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) beliau menjelaskan bagaimana orang awam dapat memainkan dalam masyarakat untuk mengenali tanda-tanda penderaan dan menyelamatkan nyawa orang.

    Jika perlukan bantuan: National Anti-Violence & Sexual Harassment Helpline (NAVH) 1800-777-0000.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    42 min