No Tapis
Download on the App Store

All No Tapis episodes

  • Perlukah bagi suara pembangkang yang lebih berani di Parlimen?

    Perlukah Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) bersikap lebih berani di Parlimen? Dengan 12 AP WP dan populariti yang semakin meningkat, Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah berpendapat mungkin sudah tiba masanya untuk mereka lebih lantang bersuara. 

    Episod podcast BHerbual kali ini antara lain membincangkan peranan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, dan AP WP Melayu baru dalam mengetengahkan isu-isu yang penting di Parlimen.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    17 min
  • ‘Me First’ atau ‘We First?’: Mencari ruang bagi kepelbagaian dalam Parlimen Ke-15

    Parlimen ke-15 menampilkan Anggota Parlimen daripada dua parti iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) berbanding tiga parti - PAP, WP dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) - sebelum ini.

    Bersama Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah, episod podcast BHerbual kali ini membincangkan cabaran dan keperluan bagi perbahasan yang lebih inklusif dalam landskap politik sekarang serta peranan penting yang perlu dimainkan setiap Anggota Parlimen untuk memastikan suara rakyat didengar.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    33 min
  • Dua Bapa, dua pengorbanan berbeza…

    Apa sanggup anda lakukan demi keluarga?

    ✨ Dalam episod khas Bulan Kebapaan ini, kami bawakan dua kisah pengorbanan luar biasa seorang ayah.

    🏆 Encik Suyasman Yadoni, pemenang Anugerah Bapa Cemerlang 2025 oleh Bapa Sepanjang Hayat (BSH), sanggup meninggalkan kerjaya selama lebih 30 tahun demi menjaga isterinya yang terlantar di hospital hampir empat bulan, sambil terus menjadi tunjang keluarga.

    💙 Encik Mohamed Hussain Adam Shah, finalis Anugerah Bapa Cemerlang, pula berjuang mendampingi isterinya yang bergelut dengan kemurungan, sambil memikul tanggungjawab besar sebagai ayah.

    Kisah mereka bukan sahaja menyentuh hati, tetapi juga membuka mata tentang erti kasih sayang, ketabahan dan tanggungjawab seorang lelaki sejati.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    31 min
  • Noh Alam Shah: Dulu ‘raja’ kontroversi, sekarang bimbing pemain muda jadi berdisiplin

    “Penyerang ‘maut’ Noh Alam Shah suatu ketika dulu seperti tak boleh dipisahkan dengan kontroversi di padang. Kini beliau beralih peranan, membimbing generasi baru agar tidak ulangi kesilapannya, sambil komited melatih pemain muda bermain dengan lebih matang dan berdisiplin.

    01:57 — Asal-usul gelaran ‘Along’

    02:52 — Minat berputik: “tiang gol” tong sampah

    05:30 — Dibesarkan dua “mak”: berdikari tanpa bapa

    06:45 — “Kebolehan jaringkan gol, tak boleh diajar”

    10:31 — “Pada usia 14 tahun, saya terpaksa berhenti sekolah…”

    17:04 — Insiden Bennett: Apa yang terjadi? 

    22:02 — Pengajaran “jangan selalu jadi hero”

    27:03 — Keluarga & anak-anak ‘Along’

    28:12 — Ketua Jurulatih Tanjong Pagar: identiti, disiplin & sasaran

    34:38 — Generasi baru: mentaliti dan ‘loyalty’ 

    36:36 — “Saya terhutang budi pada Teo Hock Seng” 

    41:30 — Pemain Jepun di SPL & pemain asing

    43:35 — Penyerang masa depan berpotensi

    47:20 — Identiti bola sepak S’pura & harapan terhadap FAS

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    54 min
  • Noor Ali: SPL beri peluang kepada pemain tanpa kelab untuk terus beraksi

    Ketua jurulatih Geylang International, Noor Ali berkata beliau berbesar hati kelab-kelab Liga Perdana Singapura (SPL) memberi peluang kepada pemain tanpa kelab untuk terus beraksi dan membuktikan kemampuan mereka. Bekas pemain bola sepak Singapura yang kini berusia 50 tahun itu turut menyentuh tentang bakat-bakat ‘terpendam’ pemain Singapore Football League (SFL) yang boleh digilap untuk lebih menyerlah.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    43 min
  • Noor Ali: Antara bola sepak dan pelajaran, keseimbangan kunci kejayaan

    Bola sepak dan pelajaran boleh jalan seiring, tapi yang penting keupayaan untuk imbangi kedua-dua dengan baik. Ketua jurulatih Geylang International, Noor Ali sentuh tentang pentingnya keupayaan pemain mengimbangi komitmen berbeza, disiplin, dan juga perbezaan pemikiran antara generasi dalam episod Kaki Bola kali ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    43 min
  • Realiti menjaga anak berkeperluan khas di S’pura

    Bagaimana rasanya jadi ibu kepada anak berkeperluan khas dan yang menghidap penyakit ‘rare’? 

    NoTapis kali ini mengetengahkan dua ibu luar biasa, Cik Julia Kasiman dan Cik Haznita Abdul Karim yang berkongsi perjalanan mereka dari saat menerima diagnosis anak, melalui tempoh penuh cabaran, dan seterusnya memutuskan untuk membina kumpulan sokongan untuk keluarga yang melalui perkara yang sama. Mesej mereka kepada ibu bapa lain: “Anda tidak bersendirian.”

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    43 min
  • Hala tuju dan masa depan PSP selepas GE2025?

    Selepas keputusan GE2025, Parti Kemajuan Singapura (PSP) berdepan cabaran besar untuk kekal relevan tanpa perwakilan di Parlimen. Pengerusi baru PSP, Encik Abas Kasmani, berkongsi pandangan tentang faktor yang menjejas prestasi parti, strategi pembaharuan, serta peranan generasi muda dalam menentukan hala tuju PSP.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    11 min
  • Pengerusi baru PSP: "Setiap cabaran adalah peluang..."

    Pengerusi baru PSP, Encik Abas Kasmani, melihat setiap cabaran sebagai peluang untuk memperkukuh parti. Beliau berkongsi hala tuju jangka panjang, dan bagaimana untuk menggabungkan pandangan golongan yang berpengalaman serta pandangan golongan muda untuk kebaikan parti.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    14 min