Sign up to save your podcasts
Or

Dalam episod pertama (segmen 1 daripada 2) NoTapis Kaki Bola, Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein mengundang legenda liga profesional setempat, Yazid Yasin, dan jurulatih berpengalaman, Akbar Nawas, untuk membincangkan isu hangat bola sepak tempatan dan berkongsi pengalaman dari era Liga S pada 1990-an.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod pertama (segmen 2 daripada 2) NoTapis Kaki Bola ini, Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein berbincang dengan legenda liga profesional setempat, Yazid Yasin, dan jurulatih berpengalaman, Akbar Nawas, tentang hala tuju bola sepak Singapura, pembangunan pemain muda dan masa depan mereka serta apakah kesannya Young Lions tidak disertakan dalam pemilihan awal kontinjen atlet yang akan wakili Singapura di Sukan SEA 2025.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod khas NoTapis Personaliti kali ini, mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, berkongsi hidup selepas persaraan, cabaran sebagai i presiden wanita pertama Singapura, dan prinsip yang membentuk dirinya. Dari cerita tentang rumah HDB Yishun yang menjadi “obsession” rakyat, gaya tudung yang konsisten, hingga keputusan sukar untuk menyahut cabaran menjadi presiden Singapura. Puan Halimah mendedahkan kisah peribadi (dan juga beberapa rahsia) yang tak pernah didedahkan sebelum ini. Beliau juga menyentuh isu-isu yang dekat di hati seperti hak wanita, kesihatan mental, dan perspektifnya berkaitan isu konflik Israel-Palestin.
Sebagai nenek manjakan cucunya, Halimah kini menikmati kebebasan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga namun pada masa yang sama terus berkhidmat untuk masyarakat.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Beberapa video yang tular baru-baru ini memaparkan individu yang kelihatan seperti zombi selepas menghisap vape mencetuskan keprihatinan tentang penggunaan Kpod dan vape serta risikonya bagi belia.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sedang majoriti responden dalam kumpulan berbeza berkata mereka tidak pernah atau jarang mengalami insiden diskriminasi berkaitan bangsa atau agama, hasil Tinjauan Kaum, Agama dan Bahasa (RRL) IPS 2024 mendapati kurangnya responden Melayu dan India yang menyatakan demikian. Apa realitinya di Singapura?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
[BHGN 3] Pengumuman bersama sekumpulan negara yang menyokong pengiktirafan terhadap negara Palestin merupakan satu langkah bersejarah. Namun, adakah ia akan membawa kepada tindakan yang benar-benar bermakna untuk rakyatnya?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Daripada menaip lebih 100 permohonan kerja menggunakan mesin taip ke jawatan tertinggi sebagai CEO Bank of Singapore, Bahren Shaari berkongsi kisah luar biasa tentang ketabahan, prinsip hidup, dan keberanian untuk berfikir besar.
Dalam episod ini, beliau membuka kisah peribadinya — membesar di kampung, cabaran sebagai anak Melayu dalam dunia kewangan, bagaimana beliau kekal merendah diri di puncak kejayaan, dan nasihat buat generasi muda hari ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sama ada ijazah dari universiti awam atau privet bukan menjadi penentu masa depan. Tapi bidang kemahiran yang dipilih menentukan peluang kerjaya.
Episod podcast BHerbual kali ini kupas kemahiran yang lulusan universiti perlu ada untuk memenuhi keperluan industri bersama Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha dan Pengarah Program Pembangunan Eksekutif Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Dr Faisal Aman.

Ijazah dah ada, resume pun dah cantik. Tapi kenapa masih susah nak dapat kerja?
Episod podcast BHerbual kali ini kupas apa yang sebenarnya dicari majikan dalam pasaran kerja sekarang bersama Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha dan Pengarah Program Pembangunan Eksekutif Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Dr Faisal Aman.
See omnystudio.com/listener for privacy information.