No Tapis
Download on the App Store

All No Tapis episodes

  • Kadir Yahaya: Tentang cabaran pembangunan belia dalam bola sepak Singapura

    Nama Kadir Yahaya tidak asing lagi dalam dunia bola sepak setempat. Pada usia 57 tahun sekarang, bekas pemain bola sepak Singapura itu yang kini berkhidmat sebagai pengarah bola sepak di bawah inisiatif Unleash The Roar memilih untuk lebih menumpukan pada usaha membentuk cita-cita pemain muda daripada memburu kemenangan.

    Ketahui kenapa dalam episod ketiga (segmen 2 daripada 2) vodcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    30 min
  • Kadir Yahaya: Daripada juara Liga S pada 1996 kepada memimpin pasukan S’pura menang pingat gangsa semasa YOG2010

    Daripada menjuarai Liga S bersama Geylang United pada 1996, kepada memimpin pasukan Singapura meraih pingat gangsa semasa Sukan Olimpik Belia (YOG) pada 2010, Kadir Yahaya berkongsi pengalamannya sepanjang bergiat dalam arena bola sepak Singapura.

    Beliau turut berkongsi pengalamannya menjadi jurulatih pasukan bola sepak St. Joseph’s Institution (SJI) selama 10 tahun dalam episod ketiga (segmen 1 daripada 2) vodcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    37 min
  • NoTapis Personaliti - Guy Ghazali: Wanita pertama dilantik Presiden Kanan Mahkamah Syariah

    NoTapis Personaliti kali ini menampilkan Guy Ghazali, yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan Presiden Kanan Mahkamah Syariah Singapura pada 2020. Di sebalik personaliti yang agak misteri — dengan maklumat peribadi yang terhad di ruang maya — terserlah seorang pemimpin yang menggabungkan ketegasan undang-undang dengan kelembutan empati.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    19 min
  • Semangat Singapura: ‘Kita’ dahulu, baru ‘saya’

    Dalam ucapan NDR 2025 beliau, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menarik perhatian tentang Semangat Singapura dan menyeru warga membangunkan masyarakat yang mengutamakan ‘kita’ sebelum ‘saya’. Memang bukan mudah kerana lumrah manusia adalah untuk mementingkan diri sendiri dan mempertahan apa yang mereka miliki, namun menyemarakkan Semangat Singapura ini bukan hanya penting tapi perlu sedang Singapura mengemudi dunia yang semakin tidak menentu dan bergelora.

    Pakar perubatan geriatrik, Dr Nur Farhan Alami dan Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    29 min
  • Apakah masa depan warga emas di Singapura?

    1 daripada 4 warga Singapura akan berusia 65 tahun dan ke atas menjelang 2030. Namun ini bukan isu yang harus ditangani golongan warga emas sahaja. Orang muda juga perlu memahami isu ini dengan mendalam dan peranan penting yang mereka boleh mainkan sedang Singapura menuju status ‘super-aged society’ atau masyarakat lebih menua.

     

    Pakar perubatan geriatrik, Dr Nur Farhan Alami dan Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    41 min
  • Abbas Saad: Antara kemenangan bersejarah, impian musnah & penyokong Singapura yang sentiasa di hati

    Baru sahaja meraikan kemenangan bersejarah apabila Singapura menewaskan Pahang 4-0 di perlawanan akhir Piala Malaysia 1994, nama Abbas Saad terpalit dengan kontroversi rasuah pula.

    Kini pada usia 58 tahun, legenda bola sepak Singapura itu berkongsi tentang antara detik terendah dalam kerjaya bola sepaknya yang menghancurkan satu impiannya. Beliau juga berkongsi tentang hubungan rapatnya bersama legenda bola sepak negara lain seperti Fandi Ahmad, Malek Awab dan V. Sundramoorthy serta harapannya untuk kembali menyumbang di Singapura dalam episod kedua (segmen 2 daripada 2) podcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    27 min
  • Abbas Saad: Dari Lebanon ke Australia hingga menjadi ikon bola sepak Singapura

    Membesar di Lebanon ketika negara itu dilanda perang, kemudian berpindah ke Australia bersama keluarganya sebelum bakatnya dikesan untuk menyertai pasukan Singa, legenda bola sepak Singapura, Abbas Saad yang pernah diberi julukan ‘David Beckham’ dan ‘Eric Cantona’ Singapura ceritakan kisah perjalanan kerjayanya dalam bola sepak, dalam episod kedua (segmen 1 daripada 2) podcast NoTapis Kaki Bola ini bersama Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    36 min
  • Grab ‘rider’ beli rumah RM1.4 juta dengan pendapatan $6k sebulan?

    Pekerja gig Encik Afiq Zayany Zainin, ‘viral’ baru-baru ini kerana dilaporkan tinggal di villa di JB  Malaysia yang bernilai RM1.4 juta Ada yang tertanya-tanya betul ke ni?

    Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Afiq menjelaskan realiti sebenar sebagai pekerja gig di Singapura yang tinggal di Malaysia. Daripada pendapatan harian sebagai penghantar makanan, gaya hidup ‘mewah’ yang beliau mengalami serta mengapa anda mungkin tidak mahu mengikut jejaknya.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    28 min
  • Sistem COE: Antara sistem berkesan dengan empati

    Sistem Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) Singapura adil dan efisien daripada perspektif ekonomi, namun adakah sistem ini bersifat empati kepada mereka yang benar-benar memerlukannya seperti keluarga dengan ranak berkeperluan khas dan mempunyai warga emas.

    Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Kewangan serta Perdagangan dan Perusahaan bincangkan dalam episod podcast NoTapis BHerbual kali ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    32 min