No Tapis
Download on the App Store

All No Tapis episodes

  • Episod 444 NoTapis: “Saya tak dapat melihat dunia, tapi saya mahu dunia lihat saya”

    Bila beliau nyanyi, Simon Cowell - dari America’s Got Talent - berdiri dan terus ke pentas dan beritahu beliau “you are one of the best singers that we ever had on this show”.

    Hari ini, penyanyi Indonesia, Putri Ariani sudah mencipta sejarah dan menjadi salah seorang penyanyi terkenal di dunia. Kini, remaja 19 tahun itu bersedia memenuhi impiannya yang lain — beraksi di pentas F1 Singapura, sebuah doa yang kini menjadi nyata.

    Dalam podcast NoTapis ini, Putri berkongsi bagaimana momen AGT yang mengubah hidup serta peranan muzik sebagai suara jiwanya. Dengan sokongan keluarga, cinta dan peminat, Putri membuktikan bahawa “penglihatan” sebenar lahir daripada keberanian, harapan dan impian tanpa sempadan.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    26 min
  • Captain Fantastic: Di Sebalik Legenda Hariss Harun

    Bayangkan umur 16 tahun sudah kena tanya: “Ready main untuk negara?”

    Dia bukan saja kapten pasukan Singa, tapi Captain Fantastic untuk semua…sehinggakan TMJ lantiknya kapten JDT! 

    Kini Hariss Harun ‘luaskan kuasanya’ dengan berjinak-jinak sebagai pentadbir bola sepak SG! 

    Ikuti Hazman Abdul Aziz dan Farehan Hussein sembang bersama Hariss dalam episod ketujuh (segmen 1 daripada 2) vodcast Kaki Bola ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    38 min
  • Episod 443 NoTapis: Dulu mangsa buli, sekarang pengasas NGO tempatan

    Pernah dibuli, tinggal di rumah perlindungan dan bergelut dengan kemurungan—hari ini Muhamad Imran Mean, Pengasas, IM Volunteer Network SG mempunyai lebih 400 relawan di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

    Dari agih buah ketika COVID-19 hingga melatih belia melalui bisnes dim sum halal, Imran membina ekosistem “Run by youth, for youth”. Dengarkan bagaimana trauma berubah menjadi tujuan—serta 3 prinsipnya: belajar sepanjang hayat, jangan putus asa, dan kuasa membina rangkaian

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    42 min
  • Apabila pandangan bercanggah: Berbahas di media sosial atau berdialog dengan adab?

    Dalam masyarakat yang semakin pelbagai, pendapat yang berbeza adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun kalau dibincangkan secara terbuka di media sosial tanpa konteks, perbahasan ini boleh menyebabkan masyarakat berpecah belah.

    Apakah adab yang harus diamalkan dalam wacana masyarakat?

    Mantan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, bincangkan dalam episod podcast BHerbual kali ini.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    20 min
  • Apabila belia jadi mangsa ideologi radikal: Bukan salah ibu bapa, tapi…

    Isu radikalisasi dalam kalangan belia kini lebih rumit berbanding sebelum ini, dengan melibatkan pelbagai ideologi yang disebarkan melalui media sosial.

    Dalam episod podcast BHerbual kali ini, mantan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan mengupas punca di sebalik isu ini serta pengaruh media digital, yang kadangkala di luar kawalan ibu bapa.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    28 min
  • 28 tahun berbakti di Muis: Antara kepuasan & cabaran mantan Timbalan Mufti

    Selepas hampir tiga dekad berbakti di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan memainkan pelbagai peranan, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, 59 tahun, melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Mufti pada 31 Julai 2025.

    Dalam episod podcast BHerbual kali ini, beliau ceritakan antara kenangannya di Muis termasuk pencapaian, cabaran dan harapannya bagi masyarakat Islam Singapura.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    18 min
  • Episod 442 NoTapis: Ada flat HDB? Jangan terus jual! Ini ‘hack’ bersara dengan tenang

    Selepas hampir 40 tahun berkhidmat di SMRT, Encik Hamzah Suria akhirnya memilih untuk bersara. Tetapi persoalannya sama seperti ramai warga emas lain: cukupkah duit untuk hari tua?

    Dalam episod ini, kami bersama pengurus kanan estet HDB Cik Nurul Nadirah Khalid, yang menjelaskan bagaimana Skim Beli Pajakan Balik (LBS) boleh membantu warga emas menambah pendapatan persaraan untuk hari tua nanti.

    Dari salah faham rakan-rakan di kedai kopi, hingga manfaat sebenar yang memberikan ketenangan minda, episod ini membuka mata tentang bagaimana LBS dan skim lain yang ditawarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh mengubah cara kita merancang persaraan.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    24 min
  • Antara GPC & peranan semak dan imbang di Parlimen

    Apakah peranan Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) dalam Parlimen? Podcast BHerbual bersama Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah kali ini antara lain membincangkan peranan mereka yang termasuk menawarkan alternatif, kritikan dan cadangan terhadap dasar yang dibentangkan di Parlimen.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    26 min