Puisi Utusan
Dengan kamu-kamu semua
Di luar sana
Ada berita yang mahu aku sampaikan
Ada cerita yang mahu aku canangkan
Sudah lama aku pendamkan
Utusan ini
Entah apa nanti kesudahan?
Entah apa nanti kesimpulan?
Tembok besar menjadi penghalang
Tebal
Kebal
Bebal
Riak-riak wajah sukar diramal
Gah megah
Tiada bisa rebah
Tanpa aku ada
Ada aku juga ada
Ah persetankan segala perutusan
Aku sesat tak jumpa haluan
Utusan terputus di tengah jalan
Punah semua tidak keruan
Resam anjing mati bila tidak bertuan
Resam manusia mati bila tiada berpanduan
Tuhan
Puisi ini
Apa keputusan?