Sayang
Di mana aku mencari aku
Di situlah aku menjumpai kau
ku dan kau tiada satu
Namun kau selalu menjumpai aku
Kita asing yang sama
Kita sama dalam keterasingan
Dimana kau berdiri, disitulah aku berpijak
Dimana kau duduk, disitulah aku berlabuh
Dimana kau makan, disitulah aku kenyang
Dimana kau mandi, disitulah aku basah
Dimana kau tidur, disitulah aku bermimpi
Kau ketawa, aku gembira
Kau sedih, aku menangis
Sayang
Kau sentiasa membayangi aku
Walaupun pada bayangmu tiada kelibatku
Ketahuilah sayang
Aku butuh bayangmu
Kau buritan kasihku
Sayang
Jika datang suatu masa nanti
Kau inginkan aku kembali
Seperti dulu, semasa kasih kita
Selalu, berlari
Sesegar embun pagi
Semekar bunga matahari
Kau tolehlah kebelakang, kau jejak bayangmu
Pasti, di situ aku berdiri, memerhati dan menanti
Bukan bersembunyi, cuma tiada berbunyi
Kerna di sisimu
Aku tiada mahu apa-apa lagi...