Sudah!
Bersepah daging-daging saudara kita
Bersepai dalam sekelip mata
Mati dalam sehela nafas
Apa yang kita mahu sebenarnya?
Kebebasan ini akhirnya untuk siapa?
Jika yang tinggal hanyalah derita semata-mata?
Mana mungkin untuk kita!
Jika semuanya nanti tiada!
Jika harapan makin hari makin hilang
Berkecai dengan jiwa-jiwa
Korban kebebasan!
Apa yang kita mahu tinggalkan
Jika yang kita cambahkan
Hanyalah
Keganasan
Kesengsaraan
Kekecewaan
Renungkanlah!
Supaya nanti bisa
Berputik bunga-bunga kesabaran
Berbuah kedamaian
Jujurnya aku kebuntuan jalan
Hidup makin hari makin tidak keruan
Hentikanlah bobrok kejahatan
Kita ini apa kesudahan?