aku mahu berjalan di atas awan
memijak buih wap yang tersejat
dari sejuta laksa manusia
keringat.dan air mata
juga dari ludah-ludah
mungkin juga dari hancing kencing
dan hamis darah
di bawah berantakkan
hari-hari anak-anak manu berperang.seharian
dengan senjata.dan adu domba
hidup sudah jauh lari daripada manuskrip asal.arahant
dharma menuju Tuhan Hyang Maha Esa
yang disembah.awatara.dan dewa
Lanka
di lapis langit yang terbawah
saujana dengan kehijauan sawah
jauh dari bandar-bandar mewah
aku melihat keseragaman.melihat kesempurnaan.ciptaan
kagum melihat kebesaran.maha acuan
sambil mulut terkumat-kamit nama-nama Tuhan.memuji.dan memuja
melalui tapa dan samadhi segala.
aku mahu terus sujud menyembah
aku mahu kaku.membatu
persis tanggang tersembam ke tanah
taubat nasuha aku persembah
aku mahu diterima Allah
mahu bersuci daripada seribu kebejatan
kotoran yang aku sendiri kerjakan
aku mahu mandi satu lautan!
Laut Hanuman
persis rawana terkena sawan.kawan jadi lawan
berperang.berpatah arang di awanan.terkubur di awang-awangan
keturunan.varman.maha vamsam.maha charita yang dilupakan.arus gelombang perubahan
zaman manusia dalam kerugian.demi masa.kecuali mereka yang mencari-cari akan kebenaran
membaca!membaca!membaca dengan nama Tuhan!