Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

By Khairy Jamaluddin dan Shahril HamdanGovernment
Download on the App Store

Keluar Sekejap episodes

  • PILPRES & PEMILU Indonesia 2024, Temubual Bersama Mahfud MD - Calon Wakil (Naib) Presiden Indonesia

    Audio siar Keluar Sekejap Episod 74 antaranya telah membincangkan Pemilihan Umum Presiden Indonesia yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2024.


    Keluar Sekejap yang diwakili Shahril Hamdan juga telah turun ke Jakarta bagi membuat tinjauan terhadap situasi kempen terkini di sana.


    Kami teruja kerana turut berkesempatan untuk menemubual Calon Wakil Presiden untuk Ganjar Pranowo iaitu Mahdud MD.


    Bagi yang ingin menaja Keluar Sekejap untuk 2024, mohon hubungi +601119191783 atau email ke [email protected].

    1 hr 19 min
  • Rombakan Kabinet, Titah Sultan Johor, Konsensus COP 28, Resolusi UNGA, Refleksi KS 2023

    Audio siar Keluar Sekejap Episod 73 antaranya telah membincangkan Rombakan Kabinet Madani yang telah berlaku pada 12 December 2023 yang lepas dan Titah DYMM Sultan Johor Dalam Wawancara Bersama The Straits Times Singapura.



    Keluar Sekejap juga telah membincangkan Konsensus yang telah dicapai pada United Nations Climate Change Conference (COP 28) dan Resolusi UNGA menuntut gencatan senjata di Gaza.


    Keluar Sekejap mengambil kesempatan ini juga membincangkan refleksi perjalanan kami sepanjang 2023 dalam dunia Audio Siar.


    Keluar Sekejap ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua penonton dan pendengar yang telah memberikan sokongan yang cukup bermakna buat kami.


    Sesungguhnya, tanpa kalian semua, mustahil Keluar Sekejap akan berada di tahap ini.


    Rakaman Episod 73 ini merupakan rakaman yang terakhir Keluar Sekejap untuk tahun ini. Namun, akan ada dua episod bonus bakal disiarkan nanti yang telah dirakam lebih awal!


    Untuk yang ingin menaja Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi

    +601119191783 atau email pada [email protected].


    Jumpa lagi pada 2024!

    2 hr 4 min
  • PRK Kemaman, ⁠Drama Terkini UMNO, Lim Kit Siang : Impian Malaysia, COP 28

    Audio siar Keluar Sekejap Episod 72 antaranya telah membincangkan Keputusan PRK Kemaman yang telah dimenangi oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, pemecatan Isham Jalil daripada UMNO dan kenyataan Lim Kit Siang tentang Impian Malaysia.


    Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan United Nations Climate Change Conference (COP 28), Laporan Programme for International Student Assessment (PISA) 2022 dan keadaan terkini di Gaza.


    Disertakan pembentangan Laporan PISA oleh Nadiem Makarim, Menteri Pendidikan Indonesia yang dirujuk oleh Shahril :


    https://www.youtube.com/live/2d91H96NfMw?si=0W43NAVUq4BU_2Xh

    1 hr 21 min
  • Dari Mufti Kepada Menteri, Politik Islam, Kemajmukan Masyarakat Malaysia, Konsert Coldplay

    Audio siar Keluar Sekejap Episod 71 yang menampilkan Ustaz Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mantan Menteri Agama dan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan antaranya telah membincangkan tentang perjalanan beliau dari Mufti kepada Menteri, Politik Islam secara keseluruhannya dan Kemajmukan Masyarakat Malaysia.Episod ini juga membincangkan tentang penganjuran Konsert Coldplay pada bulan lepas yang telah menjadi perbualan ramai, Perwarisan Harta Orang Islam serta Kesepaduan Negara Arab tentang Isu Palestin.Penonton dan pendengar Keluar Sekejap juga boleh memuat turun di Google Store dan Apps Store, aplikasi ‘Al-Inarah’ yang merupakan aplikasi peranti pintar pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat soal jawab kemusykilan agama yang dikendalikan oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Keluar Sekejap dikesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada UBB Amanah Berhad kerana telah menaja episod kali ini.UBB Amanah Berhad ialah sebuah syarikat amanah yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 yang mengkhusus kepada perancangan harta dengan menjadikan produk Amanah Tunai sebagai produk utama bagi memberikan solusi kepada masalah harta pusaka yang semakin meruncing hari ini. UBB Amanah Berhad mempunyai pengalaman selama 35 tahun sejak tahun 1988 dan telah membantu hampir 60,000 pelanggan di dalam menguruskan Akaun Amanah Tunai mereka. Pada awal tahun ini, UBB Amanah Berhad telah melancarkan produk Amanah Tunai Patuh Syariah yang pertama dan satu-satunya di Malaysia bagi membantu pelanggan yang beragama Islam khususnya. Produk Amanah Tunai ini dikenali dengan nama AMANAH LIAWM MUMTIR.Berita baik untuk pengikut Keluar Sekejap, sesiapa yang melanggan produk Amanah Tunai Patuh Syariah UBB Amanah Berhad melalui +60172442811 akan mendapat unjuran Pendapatan Amanah sebanyak 6%-8%.Ikuti perkembangan UBB Amanah Berhad di media sosial berikut : Website Rasmi https://www.ubbamanah.comFacebook https://www.facebook.com/ubbamanah?mibextid=LQQJ4dInstagram https://instagram.com/ubbamanah?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==X https://x.com/ubbamanahberhad?s=11&t=SZk0EUfxxKqTZWrHYJdi6w

    2 hr 6 min
  • Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Pengampunan Dato’ Seri Najib Razak

    Audio siar Keluar Sekejap Episod 70 yang menampilkan Peguam Terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah antaranya telah membincangkan Kes Pembunuhan Altantuya yang kembali hangat dibincangkan selepas tular video temubual Koperal Sirul bersama Al-Jazeera dan proses pengampunan Dato’ Seri Najib Razak.

    Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang telah diluluskab petang tadi, kenyataan PMX tentang projek ‘Land Bridge’ Thailand serta kempen boikot barangan Israel.
    Keluar Sekejap ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Vico Malaysia yang telah menaja episod kali ini.
    Jenama minuman berperisa coklat malt (Vico) sudah memasuki 3 dekad memberikan kebaikannya kepada rakyat Malaysia. Badan Cergas Minda Cerdas untuk seisi keluarga, Vico berikan yang terbaik menerusi rangkaian take home pack (Pouch), convenient pack (3 in 1)  juga on-the-go pack (Vico UHT).
    Jom #sapotlokal dan dapatkan kebaikan Vico di kedai-kedai berhampiran atau beli online je di Shopee dan Lazada sekarang.
    Berita baik untuk followers Keluar Sekejap Podcast, Vico nak bagi diskaun RM2 kalau korang beli produk Vico  secara online dengan minimum pembelian serendah RM20 tau. Terhad untuk 1000 orang pertama yang tebus menggunakan link istimewa ni;
    Shoppe: https://shopee.com.my/voucher/details?evcode=VklDT0tT&from_source=voucher-wallet&promotionId=764707292266496&signature=91a4aba39d49114de0076c8c4b8c22981cf9c8a24ad9aa2058d8f55bea6926ed 
    Lazada: https://pages.lazada.com.my/wow/gcp/my/store_lp/voucher?sellerId=vokbw590ql2&voucherId=vnr91wlm7oebk9&scene=store&domain=SHOP 
    Vico juga selalu anjurkan peraduan-peraduan menarik tau. Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi team Vico dengan melayari laman web https://www.vico.com.my/  atau follow semua akaun media sosial Vico di Facebook & Instagram untuk dapatkan update terkini mengenai mereka.

    1 hr 42 min
  • Setahun PMX, Kongres Nasional PKR, Perhimpunan Agung Bersatu, Nik Elin

    Audio siar Keluar Sekejap Episod 69 antaranya telah membincangkan tentang prestasi setahun pentadbiran YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Kerajaan Madani.

    Episod ini juga mengupas sedikit perjalanan Kongres Nasional PKR 2023 dan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 yang telah berlangsung pada hujung minggu lepas.
    Kami turut mengambil kesempatan membicarakan tentang kes Nik Elin dan pembekuan akaun Aman Palestin.
    Turut disertakan :
    Penulisan Rencana daripada Khairy Jamaluddin tentang prestasi setahun PMX : https://fulcrum.sg/anwars-first-year-performative-and-underperforming/
    Temu Bual Shahril Hamdan di BFM tentang prestasi setahun PMX : https://www.bfm.my/podcast/morning-run/the-breakfast-grille/anwar-ibrahim-pmx-reform-politics-madani-government
    Keluar Sekejap bersama rakan-rakan audio siar juga telah mengumumkan penganjuran Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 2024 (KL PodFest 2024) pada 3 dan 4 Februari tahun depan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.KLpodfest.com.
    Tiket ke pesta audio siar pertama di Malaysia ini akan mula dijual pada 1 Disember 2023. Untuk pengumuman lanjut, ikuti juga laman media sosial KL PodFest di:
    IG: @KLPodFest
    TikTok: @KLPodFestival
    FB: https://.facebook.com/klpodfest

    1 hr 29 min
  • Fungsi Bank Dunia, Bank Dunia dikuasai Amerika Syarikat, Prestasi Ekonomi Madani

    Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia di Malaysia, Apurva Sanghi, menjadi tetamu Keluar Sekejap bagi Episod Ke-68 yang antaranya menjelaskan latar belakang, fungsi dan kedudukan Bank Dunia.

    Keluar Sekejap kali ini mengambil kesempatan bertanyakan soalan panas berkenaan konotasi dikaitkan dengan Bank Dunia seperti ia dikuasai oleh Amerika Syarikat serta bersifat menindas negara-negara membangun.
    Apurva Sanghi juga berkongsi pandangan beliau tentang Prestasi Ekonomi Negara dan Kerangka Ekonomi Madani yang dibawa oleh kerajaan pimpinan PMX.

    1 hr 34 min
  • Generational End Game, Malaysia Di APEC 2023, Rombakan Kabinet Madani

    Audio siar Keluar Sekejap Episod 67 yang menampilkan kolaborator, Dr. Ong Kian Ming antaranya telah membicarakan tentang prestasi Malaysia di APEC 2023 baru-baru ini.


    Perbincangan tiga hos kali ini turut terarah kepada desas-desus serta keperluan rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri.


    Sedikit panas, kenyataan Peguam Negara yang baharu mengatakan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, lebih dikenali sebagai undang-undang untuk generasi penamat merokok atau GEG sebagai tidak berpelembagaan, adalah dipertikaikan.


    Episod ini turut menyertakan pautan hansard Parlimen pada 2022 yang menunjukkan wakil Peguam Negara pada ketika itu serta beberapa pakar undang-undang bersependapat bahawa GEG tidak bercanggah dengan perlembagaan negara.


    Disertakan butiran-butiran yang dinyatakan oleh KJ tentang perbincangan berkaitan GEG :


    Hansard - Mesyuarat JKPK RUU Kawalan Produk Merokok dan Tembakau - https://bit.ly/3QPpUpK


    PENYATA - JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022- https://bit.ly/40J6ze

    1 hr 13 min
  • Refleksi Terhadap Episod Bersama Tun M, Sidang Kemuncak Tergempar OIC, Projek “Land Bridge” Thailand

    Episod 66 Keluar Sekejap telah membincangkan refleksi terhadap Episod bersama YABhg Tun Mahathir Mohamad dan Sidang Kemuncak Tergempar OIC yang berlangsung di Riyadh pada Sabtu lepas.

    Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang idea PM Thailand tentang Projek “Land Bridge” melalui Selat Melaka.


    Disertakan link podcast dan khutbah yang dinyatakan oleh KJ dan SH dalam episod ini : -

    https://youtu.be/xE0UAP8EGEc?si=PkxNKUyfOp3kY3MB-

    https://www.youtube.com/live/hJNqWcPWhws?si=oLFe-sgJ2whNsO0x

    1 hr 23 min
  • Tun M vs KJ, Dilema Melayu & Malaysia-Isu Dengan Mantan-Mantan PM, Tun M vs Anwar, Pengampunan Najib

    Episod 65 Keluar Sekejap bersama YABhg Tun Mahathir Mohamad telah membincangkan isu-isu seperti pertembungan Tun M dan KJ pada suatu ketika dulu, dilema Melayu & Malaysia serta isu-isu Tun M dengan mantan-mantan Perdana Menteri Malaysia.

    Keluar Sekejap juga membincangkan tentang pertembungan Tun Mahathir dan Anwar pada 1999, kewajaran bagi pengampunan Najib serta isu yang mengegarkan dunia, Palestin.
    Di kesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat Western yang telah menaja episod kali ini.
    Lebih sedekad dalam dunia F&B, jenama Pak Mat Western merupakan fenomena dan sering menjadi perbualan rakyat Malaysia.
    Syarikat yang terkenal dengan penghasilan produk sejuk beku seperti kambing perap, lembu perap, ayam perap dan bebola daging ini telah membuka peluang pekerjaan dan melahirkan beribu usahawan di seluruh semenanjung Malaysia.
    Bagi penggemar makanan Barat, anda boleh mendapatkan produk Pak Mat Western ini atau boleh terus menjadi rakan niaga mereka di talian
    017-4440623.
    Kepada mana-mana syarikat dan entiti yang ingin menaja Keluar Sekejap, boleh hubungi
    01119191783 atau e-mel di alamat [email protected]

    2 hr 21 min

About Keluar Sekejap

From the publisher's feed

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.

Best of Keluar Sekejap

Ranked by our users in the last 21 days

More shows like Keluar Sekejap

The Breakfast Grille by BFM Media

The Breakfast Grille

3 Listeners

Mufti Menk by Muslim Central

Mufti Menk

2,075 Listeners

Nouman Ali Khan by Muslim Central

Nouman Ali Khan

888 Listeners

Omar Suleiman by Muslim Central

Omar Suleiman

1,989 Listeners

百靈果 News by Bailingguo News

百靈果 News

681 Listeners

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

202 Listeners

好味小姐開束縛我還你原形 by 好味小姐

好味小姐開束縛我還你原形

657 Listeners

偷聽史多利 Talking Story by 康納、卡菈

偷聽史多利 Talking Story

2 Listeners

瘋女人聊天室 by Apple 泰辣 G蛋布丁

瘋女人聊天室

178 Listeners

陶色新聞 by 聽說

陶色新聞

33 Listeners

The Official Liverpool FC Podcast by Liverpool FC

The Official Liverpool FC Podcast

115 Listeners

Khabarnya Podcast by Khabarnya Podcast

Khabarnya Podcast

0 Listeners

Mufti Menk Podcast by Mufti Ismail Menk

Mufti Menk Podcast

38 Listeners

Tekan Habis Podcast by tekanhabis

Tekan Habis Podcast

0 Listeners

Financial Faiz by Faiz Azmi

Financial Faiz

0 Listeners