
Sign up to save your podcasts
Or


Audio Siar Keluar Sekejap Episod 149 menampilkan Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) antaranya membincangkan perjalanan politik beliau daripada sebagai ‘political operator’ sehingga Ketua Pembangkang.
Keluar Sekejap juga membincangkan peranan Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang, serta prestasi Kerajaan Madani.
Keluar Sekejap turut mengulas tentang hubungan Bersatu dan PAS serta masalah dalaman Bersatu antara kem Hamzah dan Azmin.
Turut ingin dikongsi tentang siri istimewa Ramadan oleh Imam Omar Suleiman, khususnya The Barzakh Series. Satu peringatan mendalam tentang kehidupan selepas kematian dan nasib para syuhada di Gaza.
Di penghujung 10 hari terakhir Ramadan yang penuh keberkatan, sertai inisiatif "Iftar Untuk Gaza" bersama Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR).
Hanya RM10 dapat menyediakan satu hidangan iftar untuk saudara kita di Gaza. Sasaran: 10,000 hidangan! Mari manfaatkan hari-hari terakhir ini untuk beramal dan berkongsi rezeki.
Salurkan sumbangan anda :
CIMB - 8605980459 (Malaysian Humanitarian Aid And Relief)
REF : Iftar4Gaza
https://donate.mahar.my
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
Pemilihan PKR: Siapa selepas PMX?- Kepentingan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA)- Bailout Sapura
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 147 dibawakan khas oleh Joey Sofa membincangkan isu utama minggu ini. Antaranya, Akta Perkhidmatan Parlimen dan sejauh mana ia benar-benar memperkukuh kebebasan legislatif. Kami juga mengulas pemilihan DAP serta hala tuju baru parti, selain membedah strategi Parti Warisan yang akan bertanding solo dalam PRN Sabah.
Turut disentuh, kontroversi penyampai Era FM dan reaksi masyarakat terhadap isu ini, serta caruman wajib KWSP untuk pekerja asing. Di peringkat global, kami membincangkan tarif perdagangan Trump dan kesannya terhadap ekonomi dunia.
Tahun lepas, kami pernah ceritakan tentang Joey Mattress dan tilam biru mereka yang dah bantu lebih 60,000 orang Malaysia tidur lena. Sekarang, mereka dah keluarkan jenama baru, Joey Sofa, dengan tujuan nak bagi rumah korang lagi selesa. Oh, jangan lupa guna kod diskaun eksklusif Keluar Sekejap, SOFA100KS, untuk dapatkan diskaun RM100 kalau korang beli Joey Sofa.
Joey’s Social Media:
Instagram: https://www.instagram.com/thejoeysofa/
TikTok: https://www.tiktok.com/@thejoeysofa
Joey’s online store:
https://joeysofa.com
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
Audio Siar Keluar Sekejap episod 146 membincangkan secara mendalam mengenai inflasi kos perubatan di hospital swasta serta kesannya kepada sistem kesihatan negara bersama dua orang tetamu khas iaitu Presiden dan Setiausaha Kehormat Persatuan Hospital Swasta Malaysia, (Association of Private Hospitals of Malaysia, APHM) Datuk Dr Kuljit Singh dan TuanAnwar Anis.Episod ini juga membincangkan mengenai Visi Silikon Malaysia yang baru sahaja dilancarkan. Kedua-dua hos turut memberikan respon terhadap siasatan SPRM yang melibatkan pegawai-pegawai bekas Perdana Menteri ke-9. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
Audio Siar Keluar Sekejap episod 145 membincangkan beberapa isu utama termasuk kontroversi penarikan saman 1MDB terhadap Riza Aziz serta berkenaan kenaikkan kos rawatan hospital swasta dan peranan insurans dalam menentukan harga rawatan.
Episod ini turut menyentuh isu kartel beras dan ketidaktelusan dalam industri padi, termasuk persoalan mengapa laporan MyCC mengenai kartel beras masih belum diumumkan oleh PMX.
Selain itu, kami turut membincangkan RUU Pekerja Gig yang sedang dirangka, termasuk kebimbangan platform e-hailing dan p-hailing terhadap cadangan caruman SOCSO serta penetapan pendapatan minimum.
Dalam segmen lain, episod ini juga menyentuh peranan Majlis Media Malaysia (MMM) dalam menentukan kebebasan media di Malaysia serta persoalan sama ada kerajaan masih mengekalkan kawalan ke atas media walaupun majlis ini ditubuhkan.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
TIMESTAMP
00:00 Intro
00:44 Pengisytiharan Ramadhan
04:36 KS 2 Tahun! 🎉
09:42 SPRM dan Isu RM100 Juta
16:41 1MDB Tarik Saman : Arahan Siapa?
19:50 Penjualan Saham MAHB
29:23 Kenaikan Kos Hospital Swasta dan Insurans
38:25 RUU Majlis Media Malaysia
52:22 Kartel Beras
01:02:46 RUU Pekerja Gig
01:11:21 Kenyataan Media CEO Petronas
Audio Siar Keluar Sekejap episod 144 membincangkan berkenaan cadangan ‘right-sizing’ kakitangan Petronas serta cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA)Episod ini turut menyentuh berkenaan tarif 25% yanb akan dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas industri semikonduktor dan kesan implikasinya kepada Malaysia. Selain itu, episod kali ini juga secara sepintas lalu menyentuh mengenai keputusan pemilihan PBB pada minggu lalu serta pemilihan parti DAP yang akan berlangsung pada bulan Mac depan.Bagi isu antarabangsa pula, episod ini menyentuh berkenaan tarif Amerika Syarikat (A.S.) ke atas negara-negara lain serta perang teknologi AI antara A.S dan negara China.Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]:00 - Intro01:17 - Downsizing Petronas24:26 - Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA)39:15 - Tarif Industri Semikonduktor55:38 - Pemilihan PBB58:40 - Pemilihan DAP01:05:38 - Syed Saddiq Jadi Model
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 143 antaranya membincangkan isu garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat atau majlis perayaan penganut agama lain.
Keluar Sekejap juga mengulas 28 helikopter yang disewa kerajaan menerusi kontrak bernilai RM16 bilion bagi tempoh 15 tahun serta kenaikan tarif elektrik untuk industri dan mahakaya mulai Julai ini.
Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap turut menyentuh rancangan Presiden Trump untuk mengambil alih Gaza.
Bagi yang berminat menaja episod Kena Soal untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected].
00:00 Intro
2:00 Harga Emas Meningkat
11:20 Kenaikan Tarif Elektrik
30:50 Pajakan 28 Helikopter
50:20 Garis Panduan Umat Islam
1:06:50 Rancangan Trump-Gaza
00:00 INTRO
01:30 PETRONAS
1. syfqar: How’s PETRONAS’ right sizing affecting the nation’s economy?
2. paktam_nizama: If no more PETRONAS in another 10 years, what will happen to Malaysia?
7:51 DOGE
1. notdevpatel: Will the government look to implement DOGE like entity to streamline operations?
18:01 KEPERLUAN PERSEDIAAN KERJA
1. rish_arm: Should people pursue their studies at a higher level with current difficulties in getting jobs afterward?
2. bintu_talib: Can you share one thing you learned from your uni days that’s beneficial for our local uni students?
25:54 TENAGA NUKLEAR
1. Soalan voice note daripada @rahmanismail92
2. alimadha97: What’s your opinion on new source of clean energy? Such as, Nuclear Power Plant.
34:55 PRESTASI MYR
1. hrmn_rsd: Apa yang kerajaan patut buat untuk MYR perform sama macam zaman BN?
2. vaticn: What national policies can help Malaysia Ringgit strengthen against US dollar in the near future?
3. minisanerd: Is there a plan to reduce Malaysia's dependency on the US dollar in international trade?
43:18 PENDANAAN POLITIK
1. aziff90: Can we discuss the merits of a political financing bill, and how it would look like in Malaysia
56:28 SUBSIDI
Soalan voice note daripada
@ieraizam
1:04:16 SATELIT MALAYSIA
1. pinkcactus99 : What do you think of govt having its own satellite? Is MOSTI/MYSA ready? Are we ready?
Audio Siar Keluar Sekejap episod 142 membincangkan berkenaan rancangan pembinaan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, krisis beras dan padi serta keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan pelarasan pencen pesara.
Episod ini turut menyentuh berkenaan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta cadangan pindaan kepada kaedah pemilihan UMNO.
Bagi isu antarabangsa pula, episod ini menyentuh berkenaan tarif Amerika Syarikat (A.S.) ke atas negara-negara lain serta perang teknologi AI antara A.S dan negara China.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 141 membincangkan berkenaan tiga u-turn yang dibuat oleh kerajaan Madani berkenaan diskaun tol sempena musim perayaan, kebenaran untuk himpunan benci rasuah serta dasar waktu bekerja berlainan bagi petugas kesihatan.
Episod ini turut mengulas kenyataan Tun Mahathir menyatakan bahawa tindakan afirmatif untuk Bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak boleh kekal selamanya dan perlu dihentikan suatu hari nanti.
Selain itu, Keluar Sekejap turut menyentuh mengenai implikasi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap dunia.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
From the publisher's feed
Ranked by our users in the last 21 days

3 Listeners

2,076 Listeners

889 Listeners

1,991 Listeners

681 Listeners

202 Listeners

657 Listeners

2 Listeners

178 Listeners

33 Listeners

115 Listeners

0 Listeners

38 Listeners

0 Listeners

0 Listeners