
Sign up to save your podcasts
Or


Audio Siar Keluar Sekejap Episod 157 kali ini menampilkan hos jemputan, Zaidel Baharuddin, yang bergandingan bersama KJ dalam sebuah episod yang sarat dengan perbincangan isu semasa merangkumi politik, dasar kesihatan dan landskap ekonomi negara.
Episod dibuka dengan analisis mengenai keputusan mengejut Tengku Zafrul meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, termasuk implikasinya terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan, keberkesanan Akta Anti Lompat Parti serta ramalan masa depan politik beliau selepas tamat tempoh sebagai Senator hujung tahun ini.
Perbincangan diteruskan dengan isu peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi daripada Kabinet, dan bagaimana tindakan mereka membuka ruang kepada gerakan semak imbang dalam PKR serta kemungkinan rombakan Kabinet oleh PMX dalam masa terdekat.
Isu sivil melibatkan Yusoff Rawther dan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut disentuh, termasuk permohonan PMX untuk merujuk isu imuniti ke Mahkamah Persekutuan yang ditolak. KJ dan Zaidel meneliti kesan politik terhadap kepimpinan Madani serta persepsi antarabangsa terhadap kebebasan institusi kehakiman di Malaysia.
Dalam segmen kesihatan, Keluar Sekejap menjemput Dr. Chang Chee Song untuk menjelaskan kontroversi dasar price transparency dan penggunaan Akta 723 ke atas klinik swasta. Turut dibincangkan: isu yuran konsultasi yang tidak dikemas kini sejak 2006, ketidaktelusan dalam peranan TPA (third-party administrators), serta keperluan reformasi menyeluruh terhadap sistem penjagaan kesihatan termasuk semakan semula Akta 586 dan struktur harga ubat.
Segmen akhir memfokuskan kepada cabaran ekonomi semasa dengan KWSP melaporkan penurunan 13% dalam pendapatan pelaburan suku pertama 2025, serta langkah Petronas mengurangkan 10% tenaga kerja berikutan prestasi kewangan yang merosot dan ketidaktentuan dalam rundingan bersama Petros di Sarawak.
Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?
Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!
Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 156 menampilkan wartawan sukan dan pengulas bola sepak Keeshaanan Sundaresan (Keesh) sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan krisis Liga Malaysia yang menyaksikan pasukan tempatan gagal mendapatkan lesen bersaing, kegagalan tadbir urus bola, serta cadangan seperti salary cap dan ASEAN Super League.
Episod ini juga menyentuh realiti budaya bola sepak tempatan, kelesuan sistem pembangunan pemain, dan cadangan masa depan buat program NFDP serta pasukan kebangsaan dalam peranan pemain naturalisasi.
Dalam segmen politik, KJ dan Shahril turut mengulas keputusan Pemilihan PKR 2025 yang menyaksikan Nurul Izzah menewaskan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden, implikasi kepada Kabinet dan hala tuju parti menjelang PRU16.
Episod diakhiri dengan refleksi terhadap Sidang Kemuncak ASEAN 2025, termasuk hubungan serantau, ASEAN Power Grid, dan cadangan konkrit seperti ASEAN IPO dan status entiti perniagaan bersama.
Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?
Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!
Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
Terima kasih MYDATASSM – Sumber Maklumat Korporat Malaysia yang Dipercayai kerana sudi menaja episod ini!
Dengan akses pantas dan mesra pengguna kepada data rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM), MYDATASSM membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat dan yakin - sama ada untuk urusan bisnes, membuka akaun bank perniagaan, semakan latar belakang, atau keperluan rasmi.
Mantra kami, "Segalanya Mudah dengan MYDATA", mencerminkan komitmen kami untuk memudahkan proses anda, dari semakan maklumat syarikat hingga ke penyata kewangan dalam bentuk digital yang diiktiraf.
Usahawan, penjawat awam, pelabur, atau orang awam — semuanya boleh bermula di sini.
Cari, semak, dan yakin – hanya di MYDATASSM.
Website: https://www.mydata-ssm.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/mydatassm/
Facebook: https://www.facebook.com/MyDataSSM
X: https://x.com/MYDATASSM
Tiktok: https://www.tiktok.com/@mydatassm
Linkedin: https://www.linkedin.com/company/bigdataworks/
Get your SSM documents in a jiffy at MYDATA Express: 019-2797563
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 155 antaranya membincangkan langkah beberapa negeri yang mengharamkan penjualan vape, mencetuskan perdebatan mengenai keberkesanan dasar kesihatan awam serta perbezaan pendekatan antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Episod ini juga mengulas kenyataan bersama antara Petronas dan Petros, yang dilihat sebagai satu perkembangan penting dalam hubungan ekonomi antara kerajaan persekutuan dan Sarawak, khususnya dalam pengurusan sumber asli negeri.
Turut dibincangkan adalah cadangan untuk menaikkan umur persaraan wajib kepada 65 tahun, dengan sorotan terhadap pro dan kontra dasar ini dari sudut kemampanan fiskal, peluang pekerjaan anak muda, dan kesejahteraan warga emas.
Episod ini turut menyentuh Sidang Kemuncak ASEAN yang sedang berlangsung, termasuk peranan Malaysia dalam menghadapi cabaran serantau serta pertembungan kuasa-kuasa besar yang semakin ketara di Asia Tenggara.
Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?
Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!
Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 154 antaranya membincangkan kemalangan di Teluk Intan yang melibatkan anggota FRU serta perbincangan mengenai isu keselamatan jalan raya di Malaysia termasuk kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap kenderaan berat.
Episod ini juga membincangkan PRN Sabah 2025 yang bakal diadakan tahun ini dengan spekulasi mengenai kerjasama antara PH, BN, dan GRS serta konflik politik yang mungkin timbul dalam pengagihan kerusi dan calon Ketua Menteri. Turut dikupas tentang pemilihan Timbalan Presiden PKR antara Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah, termasuk cabaran politik dalam parti tersebut.
Episod ini turut menyentuh Lawatan Perdana Menteri Malaysia (PMX) ke Rusia yang memperlihatkan usaha untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan perdagangan antara Malaysia dan Rusia serta Lawatan Donald Trump di Timur Tengah.
Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025! Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
TIMESTAMP
00:00 Intro
02:39 AI Tumpuan atau Ancaman
17:28 Kemalangan FRU
40:48 Gabungan PRN Sabah
53:47 Damai vs Hiruk
01:09:05 PMX ke Rusia
01:24:42 Trump ke Saudi
Dalam Episod 3 Kena Soal, perbincangan hangat melibatkan beberapa isu besar serantau dan tempatan. Antara soalan-soalan yang dijawab termasuklah perkembangan terkini Pilihan Raya Singapura, kemungkinan pertembungan Timbalan Presiden PKR antara Rafizi dan Nurul Izzah, isu Gaji Bermaruah yang diutarakan oleh Bekas Gabenor Bank Negara serta ketegangan yang berterusan dalam krisis India-Pakistan.*00:00 INTRO**01:59 PILIHAN RAYA SINGAPURA*@aqmarjewelson: Mohon KS beri penerangan tentang keputusan Pilihan Raya di Singapura@isyrafnorizan: Parti pembangkang Singapore nampak dapat banyak sambutan pada pilihan raya, namun PAP tetap menang majoriti. Kenapa?@ajidabomb: Apa kesan dominasi PAP ke atas Singapore dan Malaysia?*19:08 ISU GAJI BERMARUAH*@mockymok: Apa comment KS mengenai comment bekas gabenor bank negara mengenaireal wages di MY?@hhaniza: Why is salary growth in Malaysia so slow, and what can be done to improve it?@emal_sabarudin : apa pendapat ks berkenaan harga barang lebih tinggi dari pendapatanbulanan (gaji)?*36:40 RAFIZI VS IZZAH*@talhahazlan: Banyak yang sudah nyatakan sokongan kepada Nurul Izzah untuk TimbalanPresiden PKR. Apa komen KS?@syabilsoberi: Adakah pemilihan PKR kali ini dilihat ingat menyingkirkan Rafizi dan teamnya.Nampak ramai dah sokong Izzah dan ada gerakan terancang. KS ada insider news ke?@zariframli_: Do you foresee cracks appearing in PKR if rafizi letak jawatan?*52:40 KRISIS INDIA - PAKISTAN*@mnajmiiqbal: Apa pandangan KS mengenai perang india-pakistan dan kesan terhadap malaysia?*01:08:20 PENGALAMAN DAN PANDANGAN PERIBADI K DAN S*@iman._i19: KS favourite memories while studying in UK?@mfaridgeo: Apa pendapat KS tentang popularity Pickleball. Sementara atau bertahan lama?@dennis_hii_: Can you share your experience on Uk Tour?@luq_manqeem: To KJ & SH, seeing the trend of rising locally-produced action movies in Malaysian cinemas (exp blood brothers), is Malaysian politics interesting or dramatic enough in your opinion to be made into movies / TV series in the political thriller category? And what should that movie/show should based on about if we can take one of the interesting aspect in Malaysian politics?
Keluar Sekejap dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih Alomaid, Wolf & Turtle, Putera Puteri London & Mofaz Supreme X 7Tujuh Travel atas tajaan untuk KS UK Tour.Khas untuk pendengar Keluar Sekejap, Alomaid bagi RM500 diskaun untuk pakej Alomaid Connect. Guna je kod KSALOMAID500 di laman web alomaid.com atau ketika berunding bersama Alomaid. Jom buat keputusan bijak dan beretika, ambil pekerja domestik secara sah dengan Alomaid!Audio Siar Keluar Sekejap Episod 153 antaranya membincangkan lawatan Presiden China, Xi JinPing ke Malaysia dan Lawatan Zafrul Ke Washington DC.Episod ini juga menyentuh tentang keputusan PRK Ayer Kuning yang dimenangi oleh Barisan Nasional pada minggu lepas dan pemilihan PKR yang sedang berlangsung.Episod ini turut mengulas Pelaksanaan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijadualkan bermula 1 Mei 2025 kini ditangguhkan sebulan dan isu berbangkit Petronas-Petros.Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 152 merupakan episod khas bagi memperingati Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5 Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 ataun pengalaman dan kenangan masing-masing bersama Tun Abdullah semasa hayat beliau.
Dalam episod ini, tetamu-tetamu jemputan mengupas sisi peribadi dan kepimpinan Tun Abdullah yang jarang didedahkan kepada umum dan menyentuh tentang keperibadian beliau yang lembut dan merendah diri serta prinsip dan pegangan beliau dalam mengurus negara.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 151 menampilkan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dalam satu perbincangan menyeluruh yang merangkumi pelbagai isu besar dari perubahan iklim hingga ke perubahan dalam parti.
Antara yang dibincangkan termasuk perkembangan kementerian beliau seperti Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Kebangsaan, pelaksanaan RUU CCUS, serta kontroversi seputar eksplorasi nadir bumi (REE) yang melibatkan pertembungan antara kerajaan pusat dan negeri.
Episod ini juga menyentuh secara terus terang tentang reformasi yang sedang dan belum dilaksanakan dalam kerajaan Madani termasuk isu pelantikan politik, peruntukan Ahli Parlimen, dan sistem akauntabiliti Perdana Menteri di Parlimen.
Turut diperbincangkan secara kritikal adalah perubahan dalam struktur pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mana pertembungan antara kem Anwar dan kem Rafizi serta budaya parti yang kini dilihat semakin mewah berbanding zaman "parti derita.
"Keluar Sekejap akan mengadakan siri jelajah ke United Kingdom pada bulan April ini.
Sertai KJ dan Shahril Hamdan dalam sesi siaran langsung eksklusif yang membincangkan isu-isu semasa, dasar awam, serta hala tuju politik tanah air.
📍 Manchester – 25 April 2025
📍 London – 26 April 2025Dapatkan tiket anda sekarang di
http://tickets.ksmedia.my/
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
Audio Siar Keluar Sekejap episod 150 membincangkan secara mendalam mengenai keputusan Presiden Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif timbal balik ke atas negara-negara lain dan kesan langsung keputusan ini kepada ekonomi dunia.Episod ini turut menyentuh mengenai tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas peniaga jalanan terkait insiden pergelutan penguatkuasa DBKL dengan ‘Abang Belon’ serta tragedi letupan paip gas di Putrajaya Heights. Selain itu, kedua-dua hos turut menyentuh mengenai kes-kes kemalangan jalan raya di sepanjang musim perayaan Aidilfitri.Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]:00:00 - Intro0:02:00 - Tarif Timbal Balik Trump0:32:02 - Abang Belon0:39:25 - Letupan Putra Heights0:43:38 - Kemalangan Musim Perayaan
Episode ke-2 Kena Soal menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh pendengar dan penonton Keluar Sekejap antaranya berhubung isu kuil Hindu, had tempoh Perdana Menteri, Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 dan Pusat Data di Malaysia.
From the publisher's feed
Ranked by our users in the last 21 days

3 Listeners

2,076 Listeners

889 Listeners

1,991 Listeners

681 Listeners

202 Listeners

657 Listeners

2 Listeners

178 Listeners

33 Listeners

115 Listeners

0 Listeners

38 Listeners

0 Listeners

0 Listeners