Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

By Khairy Jamaluddin dan Shahril HamdanGovernment
Download on the App Store

Keluar Sekejap episodes

  • EP7 #KenaSoal | Halatuju MUDA, 263 Cybertrooper, Kontroversi MOTAC, Elaun YB, Budi95, Misi GSF

    Episod 7 KenaSoal menampilkan Shahril Hamdan diganding bersama YB Amira Aisya, Pemangku Presiden MUDA dan Adun Puteri Wangsa dalam membincangkan cabaran politik semasa dari kepimpinan wanita hingga masa depan parti MUDA. Perbincangan menyentuh peranan wanita dalam politik, hala tuju dan potensi MUDA sebagai third force, serta keperluan strategi dan kekuatan organisasi untuk kekal relevan.


    Perbincangan turut menyentuh laporan MalaysiaKini mengenai dakwaan 263 akaun “cybertrooper” pro-kerajaan, kontroversi hidangan arak dalam majlis anjuran MOTAC, gaji wakil rakyat yang dikatakan tidak mencukupi, pelaksanaan subsidi RON95, serta misi kemanusiaan GSF ke Gaza.


    Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?

    Taja episod Keluar Sekejap 2025!

    Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    2 hr 9 min
  • EP172 | Hukuman FIFA, BUDI95, UNGA

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 172 antara membincangkan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 30 September.


    Keluar Sekejap juga mengulas isu panas yang telah mengegarkan peminat bola sepak tanah air apabila FIFA telah mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.


    Beralih ke isu antarabangsa, episod kali ini menyentuh ucapan Donald Trump di pentas Perhimpunan Agung PBB yang mengkritik kelemahan institusi global, penolakkan dasar iklim dan kelestarian, serta intipati utama pembentangan 21-Point Gaza Peace Plan yang mencetuskan pelbagai reaksi. Turut dibincangkan, ucapan Benjamin Netanyahu serta pendekatan diplomatik Indonesia dalam menangani konflik yang sedang memuncak di Timur Tengah.


    Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?

    Taja episod Keluar Sekejap 2025!

    Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    1 hr 25 min
  • EP171 | Krisis Dalaman PN, Penangguhan Subsidi RON95, Pembunuhan Charlie Kirk

    Episod 171 Keluar Sekejap membincangkan krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) yang semakin memuncak, susulan perkembangan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dan Muktamar PAS yang berlangsung dua minggu lalu.


    Keluar Sekejap turut meneliti pelaksanaan subsidi RON95 yang berkemungkinan ditangguhkan kerana mekanismenya masih dalam proses pemurnian.


    Akhir sekali, episod ini mengulas isu pembunuhan aktivis politik konservatif Amerika Syarikat, Charlie Kirk, yang dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak ketika menghadiri sebuah acara di Utah.


    Berikut merupakan ‘Watch of the week’ dan ‘Read of the week’:


    SH:

    https://youtu.be/xE6YmZ-1TVI?si=OAvNDeTG1C1JN54h

    https://youtu.be/xE6YmZ-1TVI?si=OAvNDeTG1C1JN54h


    ZB:

    Sultan Puasa and the Founder of Kuala Lumpur

    https://www.riwayat.my/non-fiction/abdur-razzaq-lubis-sutan-puasa-founder-of-kuala-lumpur


    Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?

    Taja episod Keluar Sekejap 2025!

    Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    1 hr 31 min
  • [SPECIAL EPISODE] | KS Live @ Ombak Festival 2025 ft. George Clinton & Friends

    Keluar Sekejap turun ke Desaru Coast untuk episod khas sempena Ombak Festival 2025 pada 13 September 2025 lalu! Dalam episod ini, Keluar Sekejap menemubual bintang antarabangsa George Clinton (Parliament-Funkadelic), “Queen of Hip Hop Asia” Masia One, Fuad Kyoto Protocol, serta komuniti di sebalik festival – termasuk Kiddocare dan Pasar Seloka.Keluar Sekejap juga sempat mengupas Desaru Coast sebagai destinasi pelancongan & zon ekonomi strategik Malaysia-Singapura serta tahun Melawat Malaysia 2026.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Ingin menjemput Keluar Sekejap untuk Live Show?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    58 min
  • EP170 | Industri O&G Negara | Kontroversi Kampung Sungai Baru | China V-Day Parade

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 170 bersama tetamu khas Ts Syed Saggaf Syed Ahmad, Presiden Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) membincangkan dengan terperinci mengenai peranan sektor O&G terhadap hasil negara, langkah right-sizing Petronas, ekosistem vendor OGSE, serta cabaran transisi tenaga bersih di bawah NETR dan teknologi baharu seperti CCUS menuju sasaran 2050.Episod ini turut membincangkan isu Projek Pembangunan Kampung Sungai Baru yang mencetuskan polemik pampasan, hak pemilik tanah, dan kuasa kerajaan dalam dasar urbanisasi.Di peringkat antarabangsa, episod ini mengulas signifikan China Victory Day Parade ke-80 sebagai simbol kebangkitan kuasa besar, ketegangan di Asia Barat termasuk serangan Israel ke atas Qatar, serta krisis politik di Nepal yang menguji ketahanan demokrasi negara tersebut.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]


    1 hr 48 min
  • EP6 #KenaSoal | Krisis Indonesia, Penganjuran F1, Perpaduan Nasional, Pemikiran Kritis Era Ai

    Episod 6 KenaSoal menampilkan KJ diganding bersama hos jemputan Zaidel Baharudin dalam membincangkan beberapa isu besar serantau dan perkembangan terkini nasional. Episod ini membincangkan rusuhan politik di Indonesia, isu ketelusan pengisytiharan harta, serta persoalan sama ada F1 patut kembali ke Sepang. Sempena bulan kemerdekaan, episod ini turut mengupas makna sebenar patriotisme dan perpaduan rakyat Malaysia.00:00 Intro05:46 Rusuhan Indonesia@backpacker travelog: Apakah pelajaran yang kita boleh ambil dari rusuhan di Indonesia?@zaidrais: Ulasan mengenai kemelut politik di Indonesia; punca utama dan what they shud do.@iskandar frdaus: Opinion on rumah Indonesian minister kena storm/loot.@faiq azhs: Apa langkah awal Malaysia tidak meniadi rusuhan seperti di Indonesia?@nashriqjumati: Apa yang terjadi di Indonesia? zalboxer 79: Apa pendapat KS terhadapdemonstrasi di IndonesiaQusyairie (Brunei): Regarding Indonesia's escalating protests - if govt labels protests as radical/treason, does it calm or worsen? In democracy, is violence against demonstrators justified?28:39 F1 Malaysia@nabeehanazim: F1 di Malaysia berbaloi atau tidak? Menguntungkan atau tidak?@afiqxafiq: Do you think Sepang will be back for F1?37:44 Identiti Patriotik [email protected]: Are we less tolerant to one another? Lack of civic mindedness as a society.@aimanzakwanzms: Apa indikator semangat patriotik rakyat Malaysia? KS rasa rakyat Malaysia sudah semakin kurang patriotik? Apa penyelesaian praktikal jangka pendek KS untuk perpaduan negara?50:47 Pemikiran Kritis Era [email protected]: How did you develop critical thinking? And for current Al development, may it help?01:01:06 Short Q's@amir. amanullah: New season started... MU? Newcastle? Apa prediction KJ & [email protected]: Lagu Merdeka sepanjang zaman pilihan KS?

    1 hr 3 min
  • EP169 | Gempa Bumi Segamat, RUU URA, RUU Pekerja Gig

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 169 antaranya membincangkan mengenai gempa bumi di Segamat bersama tetamu khas, Assoc. Prof. Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani binti Harith dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Perbincangan menyentuh faktor, tahap kesiapsiagaan negara, risiko bencana pada masa hadapan, serta langkah mitigasi yang wajar diambil.


    Episod ini juga mengulas kontroversi RUU URA yang hangat ditolak, yang akhirnya ditangguhkan ke Oktober dan bakal meminda beberapa fasal serta meneliti RUU Pekerja Gig yang baru diluluskan di Parlimen semalam sekaligus Malaysia mencipta sejarah menjadi antara negara terawal mempunyai perundangan yang melindungi dan membela hak pekerja gig.


    Episod ini turut berkesempatan mengulas isu yang dibangkitkan YB Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) tentang dakwaan berkaitan isu perbelanjaan RM20 juta untuk penjenamaan semula TH.


    Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?

    Taja episod Keluar Sekejap 2025!

    Hubungi +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected]


    EP169

    00:00 Intro

    2:55 Gempa Bumi Segamat

    32:03 Isu Tabung Haji

    42:42 RUU Pekerja Gig

    01:08:01 RUU URA



    1 hr 32 min
  • EP168 | Gabungan Longgar 12, Dinamika dalaman PKR, Pendakwaan Akmal Salleh

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 168 bermula dengan pelancaran Nur AI, model bahasa besar pertama buatan Malaysia yang berteraskan prinsip syariah. Nur AI menjadi alternatif syariah-compliant kepada LLM antarabangsa, sekali gus memperkukuh aspirasi Malaysia dalam ekosistem AI global.Tumpuan beralih kepada politik tanah air apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan longgar 12 parti pembangkang. Perbincangan menilai sama ada kerjasama ini cukup kuat untuk menjadi blok politik yang mencabar kerajaan Madani.Perbincangan kemudian mengupas krisis dalaman PKR melibatkan Rafizi Ramli dan kem PMX yang menimbulkan persoalan tentang masa depan kepimpinan parti.Seterusnya, isu bendera terbalik dan pendakwaan Ketua Pemuda UMNO Dr. Akmal Saleh turut disentuh dengan persoalan lebih luas tentang gaya kepimpinan Melayu dan risiko politik perpecahan menjelang bulan kemerdekaan.Akhir sekali, episod ini menutup dengan topik antarabangsa apabila Donald Trump mengumumkan langkah baharu terhadap Nvidia dan Intel, yang dijangka memberi kesan besar kepada persaingan teknologi AI antara Amerika Syarikat dan China. Episod ini turut menyentuh perkembangan Nuklear Small Modular Reactors (SMR) selepas kenyataan kerajaan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan menyeluruh terhadap teknologi tenaga ini.


    00:00 Intro

    01:49 NurAI

    16:53 Gabungan Longgar Parti Pembangkang

    31:57 Penjelasan Rafizi Ramli dan Krisis dalaman PKR

    41:37 Isu Bendera dan Pendakwaan Dr. Akmal Salleh

    54:43 Trump, NVIDIA dan Intel

    01:04:56 Teknologi Nuklear Tanah Air


    1 hr 16 min
  • EP 167 | Justice For Zara, ASEAN AI Malaysia Summit, Isu Bendera Terbalik

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 167 antara membincangkan isu-isu panas seperti kes kematian Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama. Kejadian yang mencetuskan pelbagai persoalan ini membawa kepada gesaan siasatan telus.Kedua, fokus beralih ke ASEAN AI Malaysia Summit 2025 yang berlangsung pada MITEC 12 dan 13 August 2025 yang menyaksikan pelancaran ILMU oleh YTL, sebuah Large Language Model (LLM) buatan Malaysia yang dibangunkan untuk kegunaan pelbagai sektor, menandakan langkah penting dalam aspirasi negara membina keupayaan AI sendiri.Akhir sekali, episod ini mengupas isu bendera terbalik yang diperjuangkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh susulan beberapa insiden yang telah berlaku sepanjang bulan ini.Timestamp EP16700:00 Intro00:20 ASEAN AI Malaysia Summit 202533:20 Serangan Terhadap Anak YB Rafizi36:21 Justice For Zara Qairina58:42 Isu Bendera Terbalik

    1 hr 11 min
  • EP166 | Ombak Festival 2025, Pengiktirafan Palestin, Tarif Malaysia–AS, Kontroversi Rakan KKM

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 166 dibuka dengan promosi Ombak Festival 2025 di Desaru Coast pada 12–14 September. KJ dan Shahril bersama tetamu Karina Ridzuan (CEO Interim DRH) membincangkan pelancongan berasaskan pengalaman, potensi Desaru sebagai destinasi serantau, barisan artis antarabangsa dan ASEAN, aktiviti keluarga, tawaran gastronomi, serta usaha memastikan manfaat ekonomi turut dinikmati komuniti setempat.


    Segmen antarabangsa mengulas perkembangan di Gaza susulan pengumuman Perancis, UK dan Kanada untuk mengiktiraf Palestin. KS membincangkan perubahan pendirian blok Barat akibat tekanan awam dan liputan krisis kemanusiaan, namun mempersoalkan sama ada langkah ini mampu mengubah pendirian Israel. Analisis turut menyentuh risiko Israel mempercepat pengusiran rakyat Palestin dan kepentingan memanfaatkan momentum sokongan global.


    Segmen ekonomi memberi tumpuan kepada rundingan tarif Malaysia–AS di era Trump, termasuk penurunan tarif daripada 25% ke 19%, pembelian tambahan pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group, komitmen besar Petronas membeli LNG dari AS, pelaburan RM70 bilion di AS, serta risiko tarif 100% terhadap semikonduktor. Episod ini menilai sama ada konsesi yang diberi setimpal dengan manfaat diterima dan potensi kesan terhadap eksport negara.


    Episod ditutup dengan perbincangan kontroversi Rakan KKM bersama Azrul Mohd Khalib, Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy. Skim ini membolehkan pesakit membayar untuk mempercepat prosedur elektif di hospital awam, namun dikritik kerana berpotensi mewujudkan sistem dua lapis, menambah beban petugas, dan menjejaskan prinsip kesaksamaan kesihatan awam.


    Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?

    Taja episod Keluar Sekejap 2025!

    Hubungi +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected].

    1 hr 45 min

About Keluar Sekejap

From the publisher's feed

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.

Best of Keluar Sekejap

Ranked by our users in the last 21 days

More shows like Keluar Sekejap

The Breakfast Grille by BFM Media

The Breakfast Grille

3 Listeners

Mufti Menk by Muslim Central

Mufti Menk

2,076 Listeners

Nouman Ali Khan by Muslim Central

Nouman Ali Khan

889 Listeners

Omar Suleiman by Muslim Central

Omar Suleiman

1,991 Listeners

百靈果 News by Bailingguo News

百靈果 News

681 Listeners

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

202 Listeners

好味小姐開束縛我還你原形 by 好味小姐

好味小姐開束縛我還你原形

657 Listeners

偷聽史多利 Talking Story by 康納、卡菈

偷聽史多利 Talking Story

2 Listeners

瘋女人聊天室 by Apple 泰辣 G蛋布丁

瘋女人聊天室

178 Listeners

陶色新聞 by 聽說

陶色新聞

33 Listeners

The Official Liverpool FC Podcast by Liverpool FC

The Official Liverpool FC Podcast

115 Listeners

Khabarnya Podcast by Khabarnya Podcast

Khabarnya Podcast

0 Listeners

Mufti Menk Podcast by Mufti Ismail Menk

Mufti Menk Podcast

38 Listeners

Tekan Habis Podcast by tekanhabis

Tekan Habis Podcast

0 Listeners

Financial Faiz by Faiz Azmi

Financial Faiz

0 Listeners