Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

By Khairy Jamaluddin dan Shahril HamdanGovernment
Download on the App Store

Keluar Sekejap episodes

  • EP188 | Akmal Racist & Anti DAP?, Garis Merah UMNO, PAS atau PH?, Penyatuan Melayu, Rumah Bangsa

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 188 menampilkan tetamu pertama bagi tahun 2026, iaitu YB Datuk Dr Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau berkongsi perjalanan dalam dunia politik, cabaran sebagai pemimpin muda, serta imej lantangnya yang sering mencetuskan perdebatan.Akmal turut menjawab persoalan mengenai kelantangannya terhadap DAP, termasuk dakwaan sama ada pendiriannya bersifat perkauman atau berlandaskan prinsip perjuangan.Perbincangan ini juga merangkumi fokus beliau terhadap isu-isu Melayu, pandangannya terhadap dasar-dasar Kerajaan Madani, serta perbezaan antara sentimen dan fakta dalam landskap politik semasa.Selain itu, beliau berkongsi pandangan mengenai masa depan UMNO sebagai “rumah bangsa” bagi penyatuan Melayu, cadangan kerjasama dengan PAS, penolakan terhadap kerjasama dengan PH, serta strategi menjelang PRN Melaka.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    1 hr 54 min
  • KenaSoal EP09 | Pilihan Raya DBKL, Mansuh AUKU?, Ringgit Naik, Fail Epstein

    Episod 9 Kena Soal menampilkan gandingan host Zaidel, Luqman Hariz, dan Ibrahim Sani yang membincangkan pelbagai isu semasa, termasuk pilihan raya DBKL, isu pemansuhan AUKU, prestasi ringgit yang semakin mengukuh, serta pendedahan berkaitan fail Epstein.PILIHAN RAYA DBKL•syahazzly — Kenapa Datuk Bandar KL tidak dipilih secara undi seperti New York, London dan lain-lain? •qiuril — Mengapa Dr Akmal menolak cadangan pilihan raya Datuk Bandar KL?AUKU•sylthegreat._ — Bahas isu AUKU. •arif_radzwan — Pandangan KS mengenai AUKU: mansuh atau hanya perlu dipinda? •scopethelegend — AUKU: mansuh sepenuhnya atau reform sahaja?RINGGIT NAIK •jx_kek — Kesan ringgit semakin kuat. Bagaimana rakyat biasa boleh dapat manfaat? •docaptr — Nilai MYR vs USD makin baik — boleh jadi petunjuk kejayaan PMX? •backpacker_travelog — Adakah ringgit kuat mengurangkan eksport negara? •rjnobody — Patutkah kita bimbang data center investment melihat kadar USD yang makin buruk? •nazhan87 — Keluaran RM naik cepat terutama dengan USD — baik atau buruk untuk negara?FAIL EPSTEIN •rahmanjunaidi — Epstein file, please ulas. •aiymi.njzm — Kes fail Epstein yang didedahkan kepada umum — pandangan KS? •maarufi23 — Epstein file: beberapa nama PMX disebut — apa pandangan KS? •redzuanm — Epstein Files: impak pada US, DOJ & kredibiliti. Patutkah ada pendakwaan? •hafizhuffaz_ — Epstein filesssss. •mhhbht — Cuba bincangkan tentang Epstein Files.

    1 hr 47 min
  • [SPECIAL EPISODE] | KS Live @ Coastal Combat Desaru Coast ft Datuk Shahnaz & Murray Aitken

    Keluar Sekejap bersiaran secara langsung dari Coastal Combat, Desaru Coast, membincangkan bagaimana sukan kini menjadi antara pemacu utama pelancongan serta penjenamaan Johor di peringkat antarabangsa, khususnya di Desaru Coast.


    Segmen pertama menampilkan Dato' Muhammad Shahnaz Azmi, Presiden Muay Thai Malaysia, yang berkongsi perkembangan sukan Muay Thai di Malaysia, penyertaan atlet antarabangsa dalam Coastal Combat, serta peranan acara seumpama ini dalam menyokong agenda Visit Johor 2026 dan memposisikan Desaru Coast sebagai destinasi sukan bertaraf dunia.


    Segmen kedua bersama Murray Aitken, Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru Coast, mengupas peranan jenama antarabangsa dalam menyokong penganjuran acara sukan bertaraf dunia seperti IRONMAN dan World Amateur Golfers Championship (WAGC). Perbincangan turut menyentuh kekuatan infrastruktur, fasiliti, serta kebolehcapaian Desaru Coast sebagai lokasi strategik bagi acara sukan dan MICE.


    Antara acara utama yang bakal berlangsung ialah IRONMAN 70.3 Desaru Coast, 5150 Desaru Coast, Sprint Triathlon, dan IRONKIDS Desaru Coast pada 10–12 Julai 2026, serta World Amateur Golfers Championship (WAGC) pada 23–31 Oktober 2026.


    Ikuti perkembangan terkini di:

    📍 https://www.instagram.com/desarucoastmalaysia

    📍 https://www.instagram.com/hrhdesarucoast

    47 min
  • KS EP187 | U-turn Ujian Diagnostik, IJM-Sunway, Ternakan Babi Selangor, Pergolakan Tentera China

    Episod 187 Keluar Sekejap mencatat sejarah apabila buat pertama kali Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan tidak berada di sofa, dengan episod ini menampilkan Zaidel dan Dr Ong Kian Ming sebagai pengemudi perbincangan.Episod ini dimulakan dengan isu cadangan ujian diagnostik untuk kanak-kanak berusia 5 tahun sebelum memasuki Tahun 1 yang akhirnya dibatalkan oleh Perdana Menteri.Turut dibincangkan ialah perkembangan melibatkan IJM Corporation Berhad susulan siasatan SPRM dan tawaran pengambilalihan bernilai lebih RM11 bilion oleh Sunway Berhad, yang mencetuskan persoalan berkaitan tadbir urus korporat, ketelusan dan keyakinan pelabur.Isu ladang ternakan babi di Selangor yang berlarutan lebih sedekad turut disentuh, termasuk pencemaran, sensitiviti komuniti setempat serta kemurkaan Sultan Selangor terhadap cadangan pemindahan ke Bukit Tagar.Di peringkat antarabangsa, penyingkiran dua jeneral kanan tentera China dibedah dari sudut implikasi geopolitik, selain perbincangan mengenai kontroversi Festival Muzik Air KL sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan potensi impaknya terhadap industri pelancongan.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    1 hr 25 min
  • EP 186 | Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, Kes Rasuah ATM, Visit Malaysia 2026, Greenland

    Episod 186 Audio Siar Keluar Sekejap membincangkan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada minggu lalu. Antara keputusan utama yang disentuh ialah cadangan kemasukan Darjah 1 pada usia enam tahun serta pelaksanaan Matriks Pembelajaran bagi murid Darjah 4 dan pelajar Tingkatan 3.Episod ini turut mengupas kes rasuah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mencatat sejarah apabila, buat pertama kalinya, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan bekas Panglima Tentera Darat ditahan serta didakwa atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.Selain itu, perbincangan turut menyentuh Tahun Melawat Malaysia, yang menyaksikan Malaysia mengatasi Thailand dari segi jumlah pelawat. Namun, episod ini menekankan cabaran berterusan berkaitan perbelanjaan pelancong yang masih rendah di dalam negara.Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap mengulas rancangan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk mengadakan perbincangan segera berhubung usaha mengambil alih Greenland, serta cadangan penubuhan Board of Peace.Kami juga telah melancarkan Kelas Sekejap! Kelas Sekejap ialah Aplikasi Bahasa Inggeris Pertama di Malaysia Untuk Belajar Dengan Bertutur. Dikuasakan oleh AI - Pelajaran disesuaikan ikut minat, matlamat dan tahap anda. Muat turun di Apple Store dan Play Store sekarang!Ikuti Kelas Sekejap untuk pelancaran eksklusif hari ini!Instagram: https://www.instagram.com/kelas_sekejap TikTok: https://www.tiktok.com/@kelas_sekejap

    1 hr 32 min
  • EP185 | KJ Kembali ke PAU, Refleksi PAU 2025, JMYR Stablecoin, Rex Tan Ditahan

    Chats5:02 pmSaturday25/10/202501/10/202521/08/2025ContactsAiman MaskargoAiman MxsAiman Wangsa Majuciman PPKIHey there! I am using WhatsApp.See more chat history on the appGet WhatsApp for MacTodayDah11:14 amOK tq11:14 amNanti aku minta jinggo dari duit kita fam11:14 amOk11:17 amBaik11:17 amAda 1 job ni mcm buat media social11:17 amTp bajet dia ciput la11:17 amKat ne11:17 amForwardedCREATIVE_260112_104501.pdf9 pages•PDF•2 MB11:18 amKalau mcm ni11:18 amBerapa nk charge11:18 amHmmmm11:18 amMacam banyak je11:18 amItu la11:28 amKalau mcm ni berapa11:28 amTp bkn semua11:28 amYang mana11:28 amKena jumpa tanya lu11:28 amDah belum1:05 pmok dah1:23 pmkul keluar1:23 pmkasi tajuk1:23 pmKS-EP185-Audio-Podcast.mp3MP3•195 MB1:23 pmJap1:23 pmBagi diorang dulu1:23 pmkul 61:23 pmTarget 51:23 pmok1:24 pm-KJ Kembali ke PAU-Refleksi PAU 2025-JMYR Stablecoin-Rex Tan1:27 pmThis message was deleted1:39 pmHOOK KJ:11:04-11:20“AAAA Yaa saya masuk dewan merdeka….overwhelming for me”1:47 pmPantas pantas1:47 pmOK jp1:48 pmEpisod 185 Audio Siar Keluar Sekejap membincangkan refleksi Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung minggu lalu, yang sarat dengan pengumuman penting serta isyarat politik yang signifikan.Episod ini turut mengupas pelancaran stablecoin pertama yang disandarkan kepada ringgit, iaitu JMYR, yang dibina di atas rantaian blok Zetrix. JMYR kini menjemput syarikat untuk mengemukakan cadangan (RFP) bagi bidang berikut: Payments, Settlement, Trade finance, Remittance dan Enterprise dan integrasi ekosistem. Hantar cadangan anda ke: [email protected]Selain itu, episod ini turut menyentuh isu penahanan bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, di bawah Akta Hasutan, susulan soalan yang dikemukakan beliau dalam wacana awam bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” di Kuala Lumpur, yang mencetuskan reaksi negatif serta menjadi tular di media sosial.Timestamp EP18500:00 Intro01:45 KJ 50 Tahun06:10 Kemuncalan KJ di PAU Pemuda14:20 Refleksi PAU 202546:00 PN masih berpecah51:40 JMYR Stablecoin1:07:40 Rex Tan DitahanIngin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod #keluarsekejap 2026 +6011-1919 1783 [email protected]

    1 hr 25 min
  • EP184 | Agenda Reformasi 2026, Muafakat Nasional 2.0, Krisis ATM, US-Venezuela

    Episod 184 Audio Siar Keluar Sekejap mengupas Amanat Tahun Baharu Perdana Menteri yang menggariskan beberapa reformasi institusi utama menjelang 2026, termasuk Had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, Pemisahan peranan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Penggubalan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dan Penubuhan sebuah institusi Ombudsman yang bebas.Episod ini juga meneliti pendirian Konvensyen Khas Pergerakan Pemuda UMNO yang mendesak agar UMNO menarik diri daripada kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan serta seruan supaya UMNO dan PAS kembali bersatu atas nama penyatuan politik orang Melayu.Dalam segmen keselamatan negara, KS membincangkan krisis Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan pendedahan kes rasuah melibatkan pegawai kanan serta penyebaran video tular di TikTok yang mendakwa wujud perlakuan tidak bermoral dalam sebuah kem tentera dan implikasinya terhadap integriti institusi pertahanan negara.Bagi isu antarabangsa, episod ini turut mengulas ketegangan antara Amerika Syarikat dan Venezuela, susulan penangkapan Maduro.

    1 hr 42 min
  • EP08 KenaSoal | Politik Malaysia Sepanjang 2025

    Episod terakhir KenaSoal bagi tahun 2025 menutup tirai dengan perbincangan menyeluruh mengenai dinamika politik dan dasar negara sepanjang tahun ini.


    Antara tumpuan utama episod ini ialah kupasan rombakan kabinet, perbincangan Figura Politik Tahun 2025 berdasarkan pandangan dan undian penonton, analisis momen politik terbesar 2025 termasuk Pemilihan PKR dan PRN Sabah, isu dasar utama seperti BUDI 95, serta perkembangan dalam Petronas dan implikasinya terhadap industri serta rantaian sokongan. Episod ini turut menampilkan refleksi terhadap keadaan politik dan ekonomi semasa, serta harapan menjelang 2026.


    Terima kasih kepada semua penonton dan pendengar yang setia bersama KenaSoal sepanjang 2025. Sokongan anda memastikan perbincangan yang kritikal, berfakta dan bermakna dapat diteruskan.


    Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?

    Taja episod KenaSoal 2026

    📞 +6011-1919 1783

    ✉️ [email protected]

    1 hr 56 min
  • EP183 | Kisah Singkat 2025, Kami Sambut 2026!

    Kami di Keluar Sekejap ucapkan terima kasih kepada semua pendengar dan penonton yang setia bersama kami sepanjang 2025! Keluar Sekejap Episod 183 merupakan episod penutup bagi tahun 2025 yang merumuskan perkembangan utama sepanjang tahun serta jangkaan untuk 2026. KJ dan Shahril mengupas landskap politik 2025, perkembangan ekonomi, serta isu-isu antarabangsa yang memberi kesan kepada Malaysia. Episod ini turut menampilkan refleksi terhadap prestasi Keluar Sekejap sepanjang 2025, di samping perkongsian perancangan awal bagi tahun hadapan.Episod ringkas untuk menutup 2025 dan menetapkan konteks perbincangan bagi 2026!Episod ini dibawakan khas oleh Merrytime, sebuah platform industri maritim yang menyediakan perkhidmatan profesional berfokus kepada sektor maritim dan perkapalan. Merrytime akan menganjurkan Career Talk terbuka, dan syarikat serta individu yang berminat dijemput untuk turut serta. Penyertaan adalah PERCUMA untuk syarikat dengan menggunakan kod promosi "KS x Merrytime". Promosi ini terbuka sehingga 31 Disember 2025, Daftar Sekarang! Layari www.merrytime.proSebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel : [email protected]:00 Intro00:31 Rakan Episod 183 : Merrytime14:42 Mengimbas Tahun 2025, Apa Isu Politik Paling Hangat 2025?51:58 Dari Hal Kita ke Luka Mereka, Realiti Antarabangsa01:04:06 Pendengar, Demografi & Episod Paling Popular 2025

    1 hr 27 min
  • EP182 | Amaran DAP Kepada PMX, Kesan Domino PRN Sabah, Rombakan Kabinet, Masa Depan BN

    Episod 182 Audio Siar Keluar Sekejap mengupas kesan domino yang tercetus selepas kekalahan mendalam Kerajaan Madani di PRN Sabah. Perbincangan merangkumi tekanan politik yang semakin memuncak apabila DAP menetapkan tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan reformasi, desakan dalaman daripada saudara Rafizi berhubung isu integriti, serta kegagalan komunikasi kerajaan dalam menyampaikan inisiatif dan menguasai naratif kepada rakyat.Episod ini juga meneliti spekulasi mengenai rombakan Kabinet yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat dan bagaimana langkah tersebut boleh mengubah hala tuju politik nasional.Turut dianalisis ialah krisis dalaman Barisan Nasional, susulan keputusan MIC meluluskan usul keluar BN serta pendirian MCA yang bersedia berbuat demikian sekiranya UMNO memilih bekerjasama dengan DAP. Ketidaktentuan dalam BN ini menimbulkan persoalan besar tentang masa depan gabungan itu dan peranan UMNO dalam landskap politik negara.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    1 hr 6 min

About Keluar Sekejap

From the publisher's feed

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.

Best of Keluar Sekejap

Ranked by our users in the last 21 days

More shows like Keluar Sekejap

The Breakfast Grille by BFM Media

The Breakfast Grille

3 Listeners

Mufti Menk by Muslim Central

Mufti Menk

2,076 Listeners

Nouman Ali Khan by Muslim Central

Nouman Ali Khan

889 Listeners

Omar Suleiman by Muslim Central

Omar Suleiman

1,991 Listeners

百靈果 News by Bailingguo News

百靈果 News

681 Listeners

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

202 Listeners

好味小姐開束縛我還你原形 by 好味小姐

好味小姐開束縛我還你原形

657 Listeners

偷聽史多利 Talking Story by 康納、卡菈

偷聽史多利 Talking Story

2 Listeners

瘋女人聊天室 by Apple 泰辣 G蛋布丁

瘋女人聊天室

178 Listeners

陶色新聞 by 聽說

陶色新聞

33 Listeners

The Official Liverpool FC Podcast by Liverpool FC

The Official Liverpool FC Podcast

115 Listeners

Khabarnya Podcast by Khabarnya Podcast

Khabarnya Podcast

0 Listeners

Mufti Menk Podcast by Mufti Ismail Menk

Mufti Menk Podcast

38 Listeners

Tekan Habis Podcast by tekanhabis

Tekan Habis Podcast

0 Listeners

Financial Faiz by Faiz Azmi

Financial Faiz

0 Listeners